Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Liku - Liku Kehidupan.

 

Tersengih Din bila teringat semula kenangan semasa dia kecil. Dia yang dulu nya kuat menangis dan lembik. Melihatkan diri nya sekarang, jauh berbeza sekali. Din sekarang seorang yang malas, dia bukan seorang yang suka belajar. Dia belum pernah terlintas dalam fikiran dia mahu masa depan. Dia tak pernah fikir akan ada nya hari esok.

"Sial hidup aku, lagi sial hari esok", Din maki pada dunia.

Din mencapai rokok Dunhill lalu merosakkan dirinya menghirup asap-asap nikotin. Semakin hari semakin kuat dia merokok. "Aku hari ni heavy sial smoke", dia mengeluh marah. "Taktau lah bila aku nak stop ni".

Din sekarang sudah hampir berumur 20. Dia tidak bekerja dan masih belum mencari kerja. Melihat kehidupan dia yang cukup senang. Hairan kenapa dia begitu. Adik beradik Din semua pandai. Ramai yang pernah kata Din seorang yang pandai. Tapi jelas Din tidak termakan dengan kata-kata dorongan tu. Dia masih tetap dengan cara hidup dia. Dia suka mengarang cerita sambil merokok pada waktu malam. Dia teringat pada Petak, inspirasi dia menulis. Petak yang kerap membuat zine dan lagu sendiri membuatkan Din kagum. Din mahu jadi seperti dia. Petak pernah bilang "Kau jangan ikut cara aku, kau menulis dengan cara kau", Petak mengajar Din untuk membuat penulisan yang menarik.

Din yang akur dengan Petak, dia mula mengikut cara dia. Tidak lagi bahasa-bahasa yang formal dalam hari-hari dia menulis. "Itu bukan aku, aku lebih suka mencarut. Bukan untuk maki, tapi kebiasaan. Huh. Babi", Din tersenyum melihat dia menulis dengan cara dia. Lebih selesa tanpa perlu memikirkan ayat-ayat yang sangat kreatif. Hanya dengan cara nya sendiri.

Rokok kedua ternyala, Din mahukan lebih banyak masa dihabiskan untuk membuat satu penulisan dia. Dia begitu rajin menulis sekarang. Dia berharap akan dapat membuat zine seperti Petak. "Kau buat zine nanti aku tolong kau jual", Din teringat kata-kata Petak tu. Dia banyak mendorong Din dengan kata-kata yang penuh ideologi. Petak ibarat Punk yang penuh dengan kata-kata sendiri pada bangsa. Nampak tak berguna, tapi kata-kata itu beri kesedaran.

Kadang Din bergaduh dengan awek, dia jadi tak keruan malam-malam. Dia tak mampu berfikir untuk membuat penulisan. Dia berhenti untuk satu malam. Menenangkan fikiran. Itulah Din, bukan seorang yang suka serabutkan kepala otak sendiri. Seorang yang suka mendengar. Dulu suka memberi kata-kata dorongan pada kawan-kawan. Tapi tak lagi sekarang, kawan-kawan dia sudah berubah. Bukan seperti dia kenal dulu. Dia rasa tak selesa nak menyuluh diri kawan-kawan dia. Sekarang dia biarkan kawan-kawan dia mengorak langkah sendiri. Mereka mungkin dah pandai buat pilihan.

Malam-malam Din akan menghabiskan masa tidurnya dengan menulis. Dia insomnia, tak boleh tidur waktu malam. Dia pasti akan terlelap selepas subuh. Kadang dua hari dia tak boleh tidur. Dah biasa dengan inti hidup dia. Dia sendiri pun cuba mengenal diri sendiri yang dia belum lagi kenal siapa. Dia faham erti kehidupan. Dia bukan seorang yang terus mengalah dalam cinta. Dia tak juga istimewa, hanya lelaki biasa dengan cara yang sendiri.

Dia tak mahu jadi orang lain, dia mahu orang menerima dengan sikap dia yang kadang-kadang dingin, ceria. Selalu nya ceria saja. Dia suka bergurau kasar dengan orang. Siapa yang tak kenal dia pasti terasa. Tapi Din tak kesah, Din faham apa perasaan diorang. Dalam fikiran Din dia tau segala apa yang berlaku perasaan orang dia cuba faham. Kalau ada saja benda yang dia tak suka, dia akan terus blah. Kawan sendiri pun dia akan tinggalkan kalau dibagi taik.

"Kau buat taik dengan aku, aku bagi kau peluang untuk berubah. Tapi kau still sama je", Din berbisik keseorangan.

Din tak punya ramai kawan. Dia cuma ada lima kawan yang paling dia sayang. Kawan yang boleh bunuh dia. Dia akan mati kalau diorang takde. Din seorang yang ego yang takkan tunjukkan yang dia sayang diorang. Cukup sekadar diorang tahu Din pentingkan diorang. Itu sahaja.

Tiap malam Din teringat kekasih dia, Jaja. Dia faham Jaja tak dapat menemani malam-malam suram dia. Dia meneruskan pelajaran. Jaja seorang yang pandai. Masih jauh lagi hidup yang mesti dilalu Jaja. Din tak mahu menjadi penghalang. Din tak suka itu, tak suka ini. Din cuma diam. Dia akur dengan keputusan Jaja. Itu yang Din akan buat. "You jaga diri tau nanti, i love you", Din pesan sebelum memeluk Jaja. Jaja hanya tunduk menahan air mata peluk seperti tiada hari esok.

Jaja sayangkan Din. Din tau tu, tapi Din tetap cuba curi hati Jaja. Jaja bukanlah seorang yang biasa-biasa saja. Dia takde persamaan dengan Din. Din sendiri pun tak faham sebenarnya. Kalau ditanya "Kenapa kau sayang dia?", Din pasti taktau. Tapi itulah perasaan sayang. Datang tiba-tiba, susah untuk lepaskan. Mungkin itu jawapan bagi teka-teki yang bermain dalam fikiran Din.

Malam ini lain bagi Din, dia tak merokok pun untuk menulis. Rokok Dunhill semalam dah habis Din hisap. Menghancurkan badan sendiri. Malam ni dia cuma diteman buah jambu batu dan air kosong. Satu malam Din tanpa panggilan Jaja dari sana. Din jadi buntu, tak keruan hidup dia malam-malam. Dia tentu akan update blog dia dengan kisah-kisah hidup dia. Cerita-cerita yang dia buat sendiri. Puisi yang tiba-tiba datang dalam kepala. Apa saja yang muncul, dia pasti tulis. Sampai sekarang dia masih lagi teruskan menulis. Dia akan habiskan hidup dia dengan menulis.

"Aku nak habiskan cerita aku, kalau aku mati. Cerita aku pergi pada kawan-kawan untuk ceritakan pada orang". "Cebisan nota aku jatuh, tolong kutip"."Mencari cerita hidup sebenar. Mana klimaks cerita aku? Oh KAU Jaja".

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ok jaja, bersedia. din nak cerita tentang kau.

    p/s: yang ini aku suka

  • (Penulis)
    2) hahaha. aku din. jaja tu awek aku.
    kau dah kenal sapa aku =)
  • 3) CEH!!!

  • (Penulis)
    4) PETAK, jangan ganggu aku. aku akan terus berkarya macam kau. aku akan jadi lebih hebat dari KAU !
    hahahaha
  • 5) Oh, kenalan Petak ya. Gayanya lebih kurang sama tetapi persembahannya berbeza. Saya nantikan tulisan anda yang seterusnya.

Cerpen-cerpen lain nukilan ll1ll1ll

Read all stories by ll1ll1ll