Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Bagai Terkurung.

 

Sebesar sangkar mana kau dikurung, seluas mana pun. Kau masih dikurung. Aku faham apa yang kau rasa, aku pernah rasa. Perasaan terkurung menjerit kebebasan. Hati tersepit dicelahan besi yang mengurung jiwa kau. Kau cuba nak rasa bebas, kau menyesal hidup dalam kurungan tu. Aku tahu pada awal kau cuba nak merasakan kehidupan tu. Tapi sekarang kau menyesal dengan apa yang kau nak.

"Aku nak balik, aku taknak duduk kat sini dah. Seksa gila babi", kau meronta - ronta.

Mereka yang hidup dengan kau dalam sangkar bukan seperti kau, mereka dah biasa hidup terkurung. Bagai kaki dirantai. Kunci dicampak entah ke mana. Kau tak mahu jadi seperti mereka. Ya, aku tahu. Aku pernah rasa benda - benda tu. Aku tahu sekarang kau nak lari. Aku akan cari kunci tu untuk kau.

Aku tak kira tajam mana semak tu, aku tetap akan cari kunci tu. Kunci yang boleh bebaskan kau. Banyak mana pun titisan keringat aku menyimbah lantai bumi. Aku tetap teruskan pencarian. "Mana kunci ni!", aku marah. Aku takkan berhenti. Selagi tak jumpa kunci tu, selagi tu aku akan cari.

Aku pernah cuba gergaji rantai yang mengikat jiwa kau, tapi besi yang cukup kukuh mematahkan gergaji aku. Aku pasti mengeluh, dan hampir berputus asa. Melihatkan kau sudah tak tahan, aku teruskan juga. Kau pernah bilang "Taknak balik". Aku tau kau taknak balik pada sangkar usang berkarat tu. Tapi situ ada benda yang kau nak pelajari. Hidup berdikari, tapi bukan sekarang. Jangan lah sekarang. Kahwin dengan aku, kita akan mula hidup berdikari.

Aku menyeluk saku kiri aku cuba mengambil kain untuk mengelap peluh aku. Jatuh satu benda yang nyaring bunyinya ke atas batu.

"Eh, kunci apa ni?".

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) jiwa dan minda kita memang sentiasa terkurung. jika tidak dengan doktrin sempit pemerintah zalim, mahupun doktrin kebebasan garapan akal manusia.

  • (Penulis)
    2) kita sebagai rakyat untuk bersuara. menyuarakan apa yang kita nak. tapi kuasa semua pada tangan mereka. kita boleh bersuara. tapi tak boleh buat apa-apa. zaman sekarang
  • 3) Harap-harap kunci itu juga mampu membuka besi-besi yang merantai dia.
  • 4) nice!!tersirat...
    seringkali kita mencari jalan keluar..
    tapi jalan keluar tu adalah terletak pada diri sendiri..

Cerpen-cerpen lain nukilan ll1ll1ll

Read all stories by ll1ll1ll