Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Bila Sampai Hari Ku

 

Semakin hari - hari kian kelabu, awan mendung mula berarak kencang menutup tirai atmosfera. Aku terduduk dan termenung akan hari yang menanti aku. Umur yang sudah lanjut menjangkau 80 tahun masih lagi kuat berdiri tanpa dibantu kerusi roda. Ditemani batuk kering yang makin usang, dan pondok kayu yang masih lagi kukuh. Seorang diri mengharung hidup tanpa belaian kasih sayang anak cucu. Semua sedang berseronok dengan kemodenan bangsa yang meruntuhkan akhlak anak - anak muda. Aku hanya mampu menegur dan berharap agar anak cucu ku tidak ditenggelami kejahilan dunia. Rona - rona hidupku aku lalui penuh sabar dan tabah.
Aku mengeluh sendirian "Aku tak mampu bekerja lagi untuk hari ini, aku cukup tak larat"


Datang seorang anak muda menegurku, "Pak cik okay ke? Saya tengok pak cik macam penat je". Aku terus mengeluh "Pak cik penat sangat hari ni, tak larat pak cik nak teruskan kerja", sambil cuba mengekalkan tenaga yang masih ada. Terlintas tanda tanya siapakah anak muda yang tidak pernah dilihat "Siapakah anak muda ni, apakah tujuan ke sini?" Anak muda tersebut dengan senang hati menjawab "Nama saya Farhan, saya sebenarnya mengembara. Saya datang dari Kuala Lumpur sampai ke sini saya ternampak pak cik. Rumah pak cik kat mana? Biar saya pimpin pak cik balik". Sampai sahaja aku ke muka pintu bersama anak muda bernama Farhan aku terdiam lalu menitiskan air mata. Tak pernah ku rasa belaian manja sebegini daripada anak cucuku. Aku bangga anak muda seperti ini masih lagi wujud pada zaman sekarang. Anak muda yang menunjukkan sifat mulia seseorang manusia.

"Kenapa pak cik menangis?" tanya Farhan.

"Sebenarnya pak cik tak pernah rasa sebegini dengan anak cucu pak cik. Pak cik amat tersentuh sebab masih lagi ada anak muda begini", ku jawab sambil tersedu - sedu.


Farhan memerlukan tempat tinggal untuk dia berehat untuk dua malam. Aku hanya mampu membekalkan bantal dan selimut usang yang sudahpun koyak rabak. Farhan tidak pernah pun mengeluh, dia seorang budak yang baik. Budi bicara dia ternyata tidak akan dilihat oleh bangsa Melayu sekarang. Aku faham kenapa dia mahu mengembara, mungkin dia mahu mengenal erti hidup di dunia tanpa berbekalkan apa - apa. Dia mahu berdikari dan mahu buktikan dia mampu.

Malam itu aku ditemani Farhan dan batukku yang makin uzur. Farhan risaukan keadaan aku, kalau dia tak ada. Aku tak tahu apa akan jadi pada hdupku. Aku sejenak berfikir, aku mahukan anak - anak seperti Farhan. Aku menyesal kerana melahirkan anak bangsa sekarang yang lupa pada diri sendiri ditenggelami ombak Barat. Mabukkan harta, dahagakan nafsu sama seperti syaitan. Aku cuba melabuhkan kepala, menutup tirai mata. Tiba - tiba dada aku seperti dicarik - carik kulitnya. Pedih yang amat sangat, aku hanya mampu menjerit layu memanggil Farhan yang lena tidur.

"Farhan!", aku cuba menjerit tapi kesakitan membuat ku layu. Farhan tersedar dan terus merangkak ke arah aku. Dia mengalirkan air mata dan menjerit "Tolong!", berulang kali dia menjerit nyata tiada siapa yang mendengar. Pondok usang ku yang masih kukuh berdiri jauh dari perkampungan. Aku memanggil Farhan dan berbisik "Teruskan dengan cara kau yang sebegini, kau merupakan contoh anak bangsa di masa hadapan. Jangan kau tenggelam denga tsunami Barat. Jangan kau lupa orang tua kau, kau ibarat anak ku. Ada di sisi bila ku pejam mata. Melihat aku mengeluh dan menangis. Terima kasih Farhan, kau membuat aku pergi dengan tenang. Ajal ku sudah sampai, aku akan menjawab ke mana arah ku pergi sekarang".

Perlahan mataku terpejam, semakin kuat tangisan Farhan dilaungkan. Walaupun hanya sehari aku bersama dia, aku rasa sangat lama. Jasadku terbujur kaku, lemah tak bermaya.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hmm tulisan saudara L1L1L seperti sama kategori dengan tulisan saudara PETAK.
    certot yang bermain dengan falsafah.

  • (Penulis)
    2) PETAK kawan rapat saya. saya mula menulis sebabkan dia. dia buat saya mula berminat semula membuat penulisan. =)
  • 3) patutlah hehe. penganggur SPM jugakah?

  • (Penulis)
    4) tak lah. umur saya 20 sekarang. tapi PETAK mentor saya. dia lagi hebat dari saya. hahaha
  • 5) Ya, peringatan buat anak-anak bangsa sekarang yang begitu taksub dengan dunia...
  • 6) syukurlah pak cik pergi dgn tenang. tapi kesian kat anak cucu dia.

Cerpen-cerpen lain nukilan ll1ll1ll

Read all stories by ll1ll1ll