Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Dunhill dan Cricket
Terdapat dua sahabat yang sangat rapat iaitu rokok, Dunhill dan pemetik api, Cricket. Suasana malam yang dingin mengundang Dunhill untuk dinyalakan. Dunhill memanggil Cricket untuk membakar badannya. Tidak seperti selalu, Cricket enggan mendengar cakap Dunhill.
Dunhill : Kenapa dengan kau Cricket?
Cricket : Aku tak sanggup hilang kawan aku seorang demi seorang disebabkan aku
Dunhill : Tapi itu sifat semula jadi kita. Aku dihasilkan untuk dibakar dan kau untuk membakar
Cricket : Tapi aku taknak kau pergi meninggalkan aku. Kita kan sahabat rapat. Aku tak mahu kau pergi tinggalkan aku.
Dunhill : Semua benda yang ada akan pergi juga. Kau juga akan pergi meninggalkan aku nanti bila gas yang selalu menjadi bahan bakar kau makin habis.
Cricket : Aku rasa aku faham apa yang kau cuba sampaikan Dunhill. Kalau kau pergi pun, kau tetap kawan baik aku. Aku sentiasa akan ingat pada kau.
Dunhill : Ya Cricket. Kau akan sentiasa jadi sahabatku. Menemani aku hingga akhir nyawaku.
Sahabat yang sukar dicari seperti Dunhill dan Cricket. Tetap bersama walaupun Dunhill dibakar hidup - hidup hingga ke akhir nyawa.
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen UmumCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) memang sahabat yang sukar dicari, kerana fitrah manusia tak mengizinkan kita menjalin hubungan gila begitu
- cahatomic
- 13 years ago
-
2) hahaha. tapi cukup indah
- ll1ll1ll
- 13 years ago
-
3) yeah..kayo2 isap Dunhill tu...layan Nusan la din..baru cara..
- paktam85
- 13 years ago
-
4) takde lah paktam. sebenarnya malam tu saya keluar dengan awek saya. dia smoker juga. saya hisap rokok murah je RM4 sekotak, John. tapi sebabkan rokok saya habis. saya belilah Dunhill untuk dia hisap sekali. bila saya balik saya hisap rokok tu, bakar rokok saya dengan cricket. terus saya teringat nak buat benda tu jadi subjek cerita malam saya. haha
- ll1ll1ll
- 13 years ago
-
5) Yang patah kan tumbuh lagi, yang hilang kan berganti. Ingat tu cricket.
- ridhrohzai
- 13 years ago