Seluar Koyak

 

"Eh? Kenapa dengan kau?", Azrie pelik melihat perbuatan Azizie. "Kau nampak tak seluar aku? Tadi aku letak kat sini". Azizie kelam kabut mencari seluar dia bagai tiada seluar lain untuk dipakai. Azrie serabut melihat Azizie yang dari tadi lalu di belakang dia. Azrie sedang sibuk menulis blog, rimas dengan Azizie yang dari tadi berhimpit di belakang kerusi. "Kau pakai je lah seluar apa-apa, kan banyak lagi seluar lain", Azrie dengan sedikit marah mengeraskan suara dia. "Tak boleh, aku nak pakai seluar tu jugak. Seluar yang aku potong sendiri tu lah aku pakai masa aku first timejumpa dia".


"Kau ni, kan kau dengan dia dah takde apa sekarang, kenapa kau still nak fikir benda-benda tu lagi?", Azrie dengan sedikit kecewa dengan adiknya Azizie itu. "Aku sayang lagi kat dia, aku tak boleh lupa masa aku dengan dia", bertakung air mata sedih Azizie teringat kisah lama dia. Azizie terus mencari seluar jeans yang dia gunting sebelum ni. Seluar yang selalu dia pakai bila keluar, nampak kemas dengan personaliti dia. Berbadan sedikit berisi, pendek dan rambut pendek seakan botak. Seluar yang dari tadi dia cari terjumpa bawah kerusi sofa tingkat bawah rumah dia. Dia terus pakai dan keluar rumah.


"Aku sayang kat kau, aku harap kau ingat seluar ni bila kita jumpa nanti", Azizie gembira nak berjumpa dengan orang yang pernah dia sayang.


Azizie sampai sahaja di stesen LRT Setiawangsa menunggu bekas kekasih dia. Dia membakar rokok yang dia ambil dua batang daripada Azrie dari rumah tadi. Dia mula mencepatkan ajal dia perlahan-lahan. Dia sedut dalam-dalam sebab satu hari dia tak merokok. "Fuh, dapat pun lepas sangap", Azizie lega dapat memuaskan nafsu dia. Azizie mula mencapai earphone, dia cuba mencari lagu untuk dia dengar sementara menunggu bekas kekasih dia.


"Hey, you still pakai seluar time kita first jumpa ke? Sweet...".

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) azizie yg sweet atau seluar tu yg sweet? hehehe
  • 2) touching boy.. memori dgn ex kdg2 ssh nk lupakan..smpi dah kawen pun nnt aku rs still lekat.

  • (Penulis)
    3) kamalia : hahaha. dua2 sweet sebenarnya. azizie tu kawan saya. dia comel

    paktam : ni cerita saya buat untuk kawan saya, ex dia sekarang awek saya. saya buat cerita ni untuk dia faham. bukan saya rampas awek dia. tapi lepas diorang break baru saya couple dengan dia. tapi saya masih respect pada azizie =)
  • 4) Oh, kebanyakkan ceria awak adalah dari kisah hidup ya.
  • 5) rasanya banyak penggunaan 'dia' yang kurang tepat. patut pakai 'nya'. Tajuk macam nak sama dengan tajuk cerpen lama saya."koyak jugak?" he he..tapi cerita awak lain.

Cerpen-cerpen lain nukilan ll1ll1ll

Read all stories by ll1ll1ll