Kedekut

 

' Kau sayang dia?' ada satu suara berbisik saat aku tenung wajahnya. Aku tahu dia tak perasan. Asyik benar menilik buku di tangan.

 Kalau aku jawab soalan itu, mungkin dia akan kata aku gila. Dia tahu teman aku cuma dia di saat itu. Ah, biarlah aku bermonolog dengan diri sendiri sahaja. Seperti biasa.

 Sayang. Bukan susah sangat pun nak mengungkapkan kata sayang. Sayang pada kawan, emak, ayah, adik, kakak, basikal. Cakupannya terlalu meluas.

 Tetapi si dia ini. Si dia di depan mata. Pasti aku sayang benar pada dia. Dengan siapalah lagi tempat bermanja. Bukannya aku tiada ibu ayah tetapi di perantauan begini, jauh.

 Jangan cuba berkhutbah tentang kasih sayang pada Tuhan. Aku ini remaja. Sudah pasti ini adalah masa di mana aku lebih pentingkan kekasih.

 ' Awak?' suara serak-serak basah itu mengejutkan aku dari lamunan.

 ' Iya?' hampir sahaja lidah aku tersasul menambah sayang.

 ' Saya mahu yang inilah,' si manis itu memecah kesunyian yang entah berapa lama sudah wujud antara kami berdua.

 ' Betul mahu yang ini?' bukan aku tak dengar kata-katanya tadi, aku sengaja ingin bertanya. Sengaja ingin rasa berguna buat si dia.

 Dia yang manis, berbaju merah hari ini, mengangguk, tersenyum.

 Aku pegang buku braille di tangannya. Jangan tanya apa tajuknya, aku belum mahir 'membaca' braille. Mungkin tidak akan mahir.

 ' Mari,' aku pegang tongkat si gadis. Dia selesa begitu.

 Sayang, bukan aku tak sayang tetapi dia keras benar menolak. Bagi dia, dia tak sama taraf dengan aku yang elok penglihatan. Dia bimbang kalau-kalau perasaan aku hanya kasihan.

 Aku kesat air yang bertakung di kolam mata. Sampai hati si manis. Aku cuma ada enam bulan lagi sebelum penyakit ini membunuh aku. Kedekut benar dia, mahu simpan rasa sayang semata untuk diri sendiri.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hmm, penulisan uculer dah memekar ke arah certot. hehe. dah ala-ala PETAK juga sikit stailnya.
    cuma tak cukup NOIR (bak kata kurusawa)

    apa yang mengilhami kau untuk menulis kisah sebegini uculer?

    'bukan aku tak saying' adalah sangat ms word. hihi!
  • 2) aku benci ms word..dan2 je..

    setuju dengan caha.. karya ucu juga xsusah dihadam..

  • (Penulis)
    3) caha: ini diambil dr blog peribadi aku. lama dah jadi aku dah lupa ap yang mendatangkan ilham pada aku.
    ah oke baik noted! terima kasih

  • (Penulis)
    4) caha (sekali lagi): mungkin NOIRnya akan datang nanti. ini certot aku yang pertama. mmg buruk
    paktam: mmg MS word saja cari pasal kan? letih tau edit.
  • 5) aku suka cerpen yang super pendek. Sweet.

    aku setuju dgn caha, klu cukup noir mesti lagi ummph!
  • 6) kenapa nak noir lagi? mcm ni pun dah sedap (sekadar pendapat). tapi pendek bebenor, tak puas baca
  • 7) haha. NOIR yang aku sebutkan bukanlah satu kelebihan atau kekurangan. lebih kepada perbezaan karya ini dengan karya petak.

  • (Penulis)
    8) eh tak rely komen ke?

    toti; nntlah belajar nak tulis secara noir.
    kamalia: tak puas? hurm
    caha: takpe, paham.
  • 9) Pendek dan padat.
    Buat pembaca ada sedikit rasa marah pada gadis tersebut.

    Tapi setiap orang ada alasan tersendiri.Agaknya.

  • (Penulis)
    10) 26life: ini sbnrnya cubaan nak tulis sesuatu yang pendek dan maksudnya sampai. kalau ada rasa marah, mungkin cerita ini sampai maksud
  • 11) Cerkon yang saya kira sangat baik elemen monolognya. Padat dan tepat.
  • 12) Ridh: terima kasih sudi baca
  • 13) alahai *kesat air mata juga*

  • (Penulis)
    14) usahlah sedih ck. nnt rizzy marah ai.

Cerpen-cerpen lain nukilan uculer

Read all stories by uculer