Hanyut

 

Aku sudah pilih jalan aku. Aku tahu jalan aku salah, bagi aku peluang betulkan. Semua orang patut diberi peluang bukan? Aku nak buktikan yang bukan selamanya aku salah, cuma aku tersilap. Kesilapan yang bukan aku sorang je buat. Kau pun pernah buat juga. Aku nak pastikan aku tak pilih jalan yang salah lagi. Aku belajar dari pengalaman aku berjalan kaki di jalan yang mati. Kalau boleh patah balik dah lama aku buat, tapi aku ada rasa ingin tahu. Aku teruskan perjalanan, aku terpijak paku. Aku tahu sakit tapi apa yang ada kat depan lebih aku pentingkan. Aku penat, aku perlukan air untuk mengisi rongga tekak kering aku. Aku perlukan rokok, aku sangap. Kau perokok, kau mesti faham aku. Kau pun akan mencari rokok saat-saat pagi kau terjaga. Perkara pertama bukan kau akan ingat dunia, tapi rokok.

Aku berjalan lagi...

"Bila nak sampai ni, jauh betul jalan ni".

Aku duduk hilangkan lenguh di kaki, aku urut kaki aku perlahan-perlahan. Hampir kejang dibuatnya, berjalan satu hari arah yang sama. Aku nak putus asa, tapi aku teruskan sikit lagi. Lampu neon cerah di depan, aku cepatkan langkah aku. Aku nampak keseronokan, aku terus menyeronokkan diri aku. Aku tak sedar aku lemas dalam keseronokan. Aku hilang punca sebenar aku berjalan di jalan aku lalu tadi. Aku teruskan berseronok, biarkan diri aku ditenggelami keseronokan. Saat hati aku tertutup, aku disedari kawan-kawan aku yang selama ni menyedarkan aku.

"Apa kau buat ni, apsal tiba-tiba kau jadi macam ni", teguran Joe memeranjatkan aku.
"Eh Joe, kau buat apa kat sini, macam mana kau tahu aku kat sini?"
"Aku taktau, aku main bedal je mana aku pergi, semua orang cari kau. Diorang risau pasal kau, kau tau tak?"
"Tolong aku Joe, benda ni tarik aku pergi lagi dalam".
"Kau jangan ikut nafsu kau Din. Ingat, ramai lagi yang perlukan kau".

Aku terus balik bersama Joe. Dia yang selalu ambil berat tentang aku, masih lagi dengan sikap dia. Aku terdiam terfikirkan Joe kata "Diorang risau pasal kau". Aku tak sangka masih ramai yang perlukan aku. Aku ingat aku tak pernah wujud dalam hidup diorang. Aku silap, aku silap. Kali ni aku nak balik, jumpa diorang. Aku nak peluk diorang bagai tiada hari esok. Aku nak curahkan semua kasih sayang aku kat diorang. Selama ni aku buruk sangka kat diorang. Aku bodoh, tak berfikir positif. Aku perlu buang sifat-sifat negatif aku. Aku nak teruskan berjuang dalam hidup aku.

Aku dah keluar dari denai-denai yang aku lalu tadi menuju ke arah keseronokan. Darah yang menitik dari kaki aku dah mula kering. Aku terpacak tegak sekejap. Joe bingung, dia terus memerhatikan aku. Aku tengok dia, dia tengok aku.

"Joe", aku memanggil dia.
"Ya?", Joe terus menjawab
"Takde apa".

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) "takde apa?" mungkin ada sesuatu yg hendak diberitahu? maaf, aku tak faham sgt cerita ni. bukan semua org faham apa yg ada dalam kepala penulis

  • (Penulis)
    2) sebenarnya saya sengaja biarkan cerita ini tergantung. terpulang kepada pembaca entry ni untuk menghabiskan cerita mengikut persepsi masing - masing. hahaha
  • 3) Langit tak selamanya mendung. Jika mendung pun, mentari itu masih ada. Tetap akan bersinar selagi ada hayatnya.

Cerpen-cerpen lain nukilan ll1ll1ll

Read all stories by ll1ll1ll