Kalau Aku Tahu...

 

Baru kejap tadi, aku pergi makan malam dengan keluarga aku. Saat - saat aku dengan keluarga aku jejakkan kaki di restoran tu, aku ternampak sepasang kekasih yang umur lebih muda dari aku. Langkah mereka aku perhatikan ingin menuju tempat yang sama aku tuju, "Mungkin nak dinner jugak kot", aku fikir. Sampai saja di restoran tu, tinggal satu meja saja yang terduduk di situ tanpa ada pelanggan. Meja - meja yang lain ada yang ditempah dan ada yang diduduki orang lain. Sampai saja di meja tu, keluarga aku dan pasangan tadi bertembung.

"Eh, takpe lah dik, adik duduk je kat meja ni. Pakcik tunggu meja lain kosong", ayah aku memberi meja yang kosong tadi kat kekasih tadi.
"Eh, takyah lah pakcik, biar orang yang dah dekat masa dengan kubur je duduk dulu", lelaki tu bersuara. Aku tahu dia cuma bergurau, tapi gurauan dia agak kasar. Keluarga aku terdiam seperti ingin marah terus duduk di meja tu. Pasangan kekasih tu terus melangkah keluar, mungkin mencari tempat makan yang lain aku agak.

"Kurang ajar betul lah budak tadi tu", ayah aku tegas bersuara rasa tak puas hati. Aku hanya mendiamkan diri terfikir apa yang dikatakan lelaki tadi. Dia agak muda tapi kurang sopan, lagak dia seperti mat rempit yang selalu aku nampak. Aku bengang juga, nak je aku tumbuk muka dia. Dia sepatutnya hormatkan orang tua, lagi - lagi orang tua tu ayah aku. Sampai saja makanan yang kami order tadi, kami terus jamah. Lupakan apa yang dikatakan lelaki tadi.

Lepas saja makan aku terus keluar pergi hisap rokok. Sejak pagi tadi aku tak makan rasa puas bila dapat hisap rokok. Aku hisap dalam - dalam rokok aku tanpa membiarkan awan asap - asap rokok dibazirkan. Aku puaskan diri aku, membahayakan nyawa aku. Aku dah faham apa yang lelaki tu cakap tadi. Dia maksudkan keluarga aku semua lebih tua dari dia, akan mati dulu sebelum dia.

Habis saja merokok, aku terus masuk semula ke dalam, menghabiskan air Ice Lemon Tea yang aku order tadi. Aku dan keluarga aku terus balik ke rumah selepas makan malam tu. Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku ternampak satu kemalangan melibatkan motor dengan kereta. Penunggang motor, dua - duanya mati. Aku tengok dari jauh dua badan yang kaku tu, rupanya pasangan yang aku bertembung di restoran tadi.

"Kalau aku tahu kau yang mati dulu, dah lama aku bagi kau duduk kat meja tu", aku berbisik seorang diri.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) salams,

    Pertamanya , saya ingin mohon maaf jika komen ini menyinggung kamu.
    Tetapi tak sanggup rasanya saya untuk memendam apa yang berada didalam hati setelah membaca karya ini.

    Saya membaca karya kamu, dan didapati ianya lebih 'molek' jika dimasukkan kedalam penulisan bentuk blog (dan bukan cerpen).

    Umpama membaca satu cerita yang terlalu lurus, tiada pangkal dan dahan yang cantik.

    Begitu juga dengan beberapa karya yang telah kamu hantar.Ya, ada diantaranya bagus dari segi tulisan, tapi setakat itu sahajalah.

    Ada inti rebel dan memberontak, bagus.(percayalah, kita mungkin dalam 'opsyen' yang sama)Cuma terkeliru dengan gaya blog.

    Mungkin saya juga begitu, tapi disini ada banyak kategori yang telah disediakan oleh pengendali.Seringkas mana sekalipun, tetap ada ruang untuk dipamerkan kepada pembaca disini (serta dinilai dengan wajar, bukan sekadar 5 markah pada permulaan)

    Terus terang saya lihat, umpama 'tak cukup rempah ratus'.Mungkin kelihatan terlalu menghina, tapi saya percaya kamu mampu tulis dengan lebih elok serta mampu pergi jauh.

    Mungkin ramai ingin bersuara tapi tak pasti apa kaedahnya.Ataupun mereka juga bersetuju dengan penulisan sebegini dihantar.Saya tunggu respons ahli yang lain dengan terbuka.

    sekian

  • (Penulis)
    2) waalaikumusalam
    hahaha. sebenarnya tak kira apa feedback dari semua orang. sebab comment semua dinilai untuk membantu penulis macam saya dan juga kamu. btw, betul juga. maknanya saya salah dari segi cerpen dan blog lah?
    lepas ni saya tukar opsyen tu. penulisan saya tahu agak teruk sebenarnya. saya cuba perbaiki lepas ni. terima kasih
  • 3) terima kasih saudara 26, kerana menyatakan pendiriannya dengan baik dan jelas.
    tahniah juga saudara din kerana membalas komen itu dengan terbuka.

    secara umum, saya juga bersetuju karya sebegini adalah lebih molek ditempatkan di blog. dan terasa kekurangan ramuan untuk dikategorikan cerpen.

    tapi saya juga faham tentang kepelbagaian aliran penulisan kontemporari, contohnya seperti buku "kasut rubina biru - sufian abas" dan beberapa buku frinjan lain. (terima kasih putri_alya yang mendedahkan saya kepada terbitan buku genre berkenaan). karya-karya di dalamnya bergenre seperti tulisan din inilah.

    oh kejap, saya baru teliti semula bukunya. tidak dilabel cerpen. hanya dipanggil "koleksi fiksyen pop". ha ha!

    kepada penulis-penulis: andalah pencorak akaun kapasitor anda. anda boleh berhujah dan bermain dengan garisan-garisan kelabu memisahkan cerpen, blog, puisi dan genre eksperimentasi olahan anda. kapasitor selaku platform seboleh-boleh tidak mengubah setting dan seksyen yang anda pilih untuk hantar karya (melainkan terang-terang melanggar etika atau tersalah genre).

    cuma anda harus ingat, di platform ini juga tempat tinggal orang lain. berjiranlah dengan harmoni sesama tetangga. jika anda memilih mahu bekerjasama, capailah keseragaman dan kesepunyaan dalam peraturan penulisan, ya tanpa menggadaikan prinsip aliran yang anda pegang.

    saya, dalam mengelola seksyen bahasa melayu di sini percaya:
    setiap penulis akan melalui fasa-fasa ingin mencuba dan selagi tak cuba dan ekspreskan diri melalui penulisan begitu rasa tak lengkap. di akhirnya, secara gradual mereka akan memekar ke arah yang lebih konsisten dan selari dengan tulisan-tulisan yang lebih diterima massa.

  • (Penulis)
    4) oh sufian abas. saya kenal dia. saya baru menceburi bidang-bidang penulisan sebegini. jadi saya tak tahu apa genre yang patut saya pilih. jadi lepas ni saya akan tukar kepada blog. terima kasih
  • 5) Teringin nak 'like' komen Abang Caha.

    Saudara Din,
    Cerpen itu terbina dari beberapa struktur. Yang utamanya perlu ada pendahuluan, perkembangan, klimaks/konflik dan penamat. Jika empat elemen utama ini wujud, maka ia adalah cerpen yang lengkap.

Cerpen-cerpen lain nukilan ll1ll1ll

Read all stories by ll1ll1ll