Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Senyum

 

 

 

Suasana pagi itu lebih sejuk dari biasa. Selepas aku menunaikan solat Subuh, aku kembali terlentang di atas katil untuk menyambung tidurku. Susah benar untuk aku lelapkan mata. Sudah berkali badanku dipusing kanan dan kiri, tapi mataku masih lagi degil. Akhirnya, selimut ku tarik hingga menutup kepala agar mata ini tidur juga.

 

Baru sahaja mindaku menganyam mimpi indah dengan putera raja, tiba-tiba ada gerangan yang menarik selimut yang menutupi mukaku. Terasa hangat tapak tangan yang menekan dahiku untuk mengukur suhu badanku.

 

Aku menggosok-gosok mataku yang terkebil-kebil untuk melihet imej yang mengganggu tidurku.

 

" Ikhmal!" jeritku serta-merta. Selimut yang tadi menutupi tubuhku beralih ke kepala ku. Bengang betul. Suka-suka dia je masuk bilik tidur anak dara orang. Memang nak kena betul lah housemates aku ni.

 

" Sorry, Min. Ikhmal keluar dulu," segera Ikhmal keluar dari kamarku. Stress betul. Dengan rambut serabai, muka sembab, malu lah aku. Ish!

 

Tudung putih di belakang pintu bilik ku capai lalu menyarungkannya ke kepalaku. Aku keluar dari bilik sambil bercekak pinggang ke ruang tamu. Kelihatan tiga orang housemates ku sedang leka mengemas rumah.

 

" Yang korang bagi Ikhmal tu masuk kenapa?" marah aku tiba-tiba. Masing-masing terdiam tak berani menjawab. Cuma Nurin je berani mendekati singa betina yang tengah mengamuk ketika itu.

 

" Apa salahnya? Bukan bilik tidur orang lain, bilik isteri dia jugak," jawab Nurin dengan wajah penuh tenang. Aku pula yang terdiam. Serta-merta aku teringat status isteri yang aku pegang beberapa bulan yang lalu.

 

Peristiwa ketika cuti summer semasa tahun kedua aku belajar di Galway, Ireland, merubah status bujang kepada status sudah berkahwin. Perubahan status yang tak pernah aku sangka seawal berumur 22 tahun.

 

Masih ingat lagi ketika itu, ayah menghampiri aku.

 

" Min, ayah nak nikahkan Min dengan anak Pakcik Maliki, kawan ayah. Anak dia kerja dengan international company dekat Galway tu. Jadi, elok benarlah kalau Min kahwin dengan dia. Sekurang-kurangnya, kurang beban ayah bila tahu, ada orang jaga Min dekat bumi Ireland tu. Min, setuju ya,"

 

Aku terpaku ketika itu. Suaraku bagaikan tersekat untuk bersuara. Dalam diam aku, aku sebenarnya marah. Aku marah kerana keluargaku merancang perkahwinan tanpa meminta keizinan dari aku.

 

Sepanjang minggu pertama aku tiba di rumah cuti itu aku menangis sebelum melelapkan mata mengenangkan keluargaku. Sampai hati mak tak bercerita dengan aku, sampai hati kakak-kakakku sembunnyi-sembunyi melaksanakan persiapan hari perkahwinan aku.

 

Geram. Dan akhirnya geram itu ku lepaskan kepada Ikhmal, anak Pakcik Maliki. Insan yang aku sendiri tak kenal hati budinya.

 

" Min!" panggil Nurin mengejutkan aku dari lamunan panjang.

 

" Pergi minta maaf balik dengan Ikhmal tu. Tak baik marah dia, dia tu suami Min," lembut tutur Nurin berbicara sehingga berjaya melembutkan hati aku untuk bersemuka dengan Ikhmal yang sedang tunggu di luar rumah.

 

" Ikhmal, Min mintak maaf. Min bukan apa, Min tak sihat and takde mood," ucap aku jujur.

 

" Takpe, Ikhmal faham. Ikhmal datang ni pun nak make sure Min makan ubat and cepat sembuh. Ya lah, Ikhmal ni kan cuma pembantu ayah Min untuk jaga Min dekat bumi orang ni. Ikhmal tak sepatutnya kacau privasi Min, " ujar Ikhmal pula dengan nada berjauh hati. Kesian pulak aku dengar dia berkata begitu.

 

Aku menunduk melihat rumput yang menghijau di laman rumahku. Alangkah bahagianya hati aku sekiranya hubungan aku dengan Ikhmal setenang rumput itu. Tapi, impian itu umpama mustahil untuk digapai kerana aku juga masih berjauh hati, masih menyimpan amarah dengan ahli keluarga aku sendiri dan juga Ikhmal yang mudah setuju dengan pilihan keluarga.

 

" Ikhmal balik dulu, ok. Jaga diri. Makan ubat. Ada apa-apa, call Ikhmal. Assalamualaikum," ucap Ikhmal dengan gaya penuh gentleman.

 

Jari telunjuk dan jari hantunya yang bercantum dilekapkan ke bibirnya lalu kemudian dilekapkan ke bibirku. Dan setiap kali akhir pertemuan, itulah yang dilakukannya, dan setiap kali itu aku terkedu.

 

***

 

Pagi keesokannya, aku bangun lambat. Boleh pulak terlajak tidur, dan terlajak subuh. Jam di tangan dah tunjuk pukul 7.30 pagi. Dan aku perlu melakukan attachment ku berada di Jabatan Kardiologi di hospital pada 8 pagi. Dan ketika itu aku masih lagi terkial-kial memakai tudung.

 

Kasut yang ku pilih, ku sarung cepat-cepat. Belum sempat aku ingin melintas jalan, kereta Ikhmal terlebih dahulu berhenti di hadapanku.

 

" Cepatlah naik. Nanti lambat pulak sampai hospital tu," ujar Ikhmal. Aku dengan tanpa banyak songeh, terus menaiki keretanya. Suasana dalam kereta tak ubah umpama seorang bisu sedang memandu, dan dan seorang lagi bisu hanya menjadi penumpang.

 

Tepat jam 7.56 pagi, aku sampai di hadapan hospital. Kelihatan rakan lelaki ku juga baru tiba di depan hospital dan menanti ku keluar dari kereta.

 

" Terima kasih Ikhmal," ucapku ringkas.

 

" Min, nanti dah habis attachment, mesej Ikhmal. Ikhmal jemput,"balas Ikhmal.

 

" Takpe. Min balik dengan kawan,"

 

" Dosa melawan cakap suami," kalau Ikhmal dah cakap macam ni, memang tak boleh nak bangkang. Nak taknak, aku angguk juga kepala mengiyakan permintaan Ikhmal.

 

***

 

Masa berehat. Aku dan beberapa orang rakan seperjuangan menuntut ilmu perubatan menjamu selera di kafetaria yang sesak.

 

" Min, kau dengan hubby kau, ok?" ujar Danny sambil mengacau minuman coklat panas di hadapannya.

 

" Yang kau sibuk ni kenapa? Ini urusan rumahtangga orang, mana boleh masuk campur," balasku pula.

 

" Ek eleh. Poyo lah akak kita seorang ni. Taknak mengaku dah ada hubby, dah tu bajet single. Pastu bila tanya pasal hubby dia, suruh jangan masuk campur pulak," ujar Syukur pula.

 

" Come on, speak English please so that I can interrupt, " kata Anne pula, orang Irish yang agak suka bercampur dengan orang Malaysia. Kami bertiga hanya mampu ketawa dengan rintihannya itu. Sering jadi mangsa buli bila bergosip.

 

" About Ikhmal lah, Anne," ujarku ringkas.

 

" I see. He is a good guy isn't? Why don't you live together with him? It's so weird when married couple don't live together, " balas Anne pula. Aku terdiam.

 

" Entah kau ni Min. Aku tak paham betul. Ikhmal tu baik. Sebelum dia kahwin dengan kau, kitorang berdua ni dah terlebih dahulu kenal dia. Dan sekarang, kesian dia. Patutnya lelaki yang baik, dapat lah isteri yang baik. Ini tidak, dapat isteri yang..." ujar Danny sengaja menghentikan kata-kata di situ.

 

" Kau nak kata aku ni perempuan tak baik lah?"kata aku pula tak puas hati.

 

" Kau bukan tak baik, Min. Tapi degil. Tahu tak degil? Kau ni ego tinggi melangit. Kau tu sebenarnya kalau tak cinta dekat Ikhmal tu pun, kau sebenarnya sayang dekat dia kan? Mana ada orang tak sayang suami. Tak kisah lah kahwin paksa ke, kahwin tak kena paksa ke," ujar Syukur panjang lebar. Macam nak bagi ceramah je. Anne di sebelah Syukur hanya membisu kerana tak faham satu apa pun.

 

" Betul. Ego tinggi melangit. Kot ya kau memang tinggi, ego tak boleh lah sama tinggi dengan kau. Step down sikit Min, bagi chance lah dekat Ikhmal. Jangan sampai housemate kau sendiri yang rampas Ikhmal dari kau, sudahlah. Masa tu, kau jangan nak jumpa kitorang, nak ceritakan problemo kau ya," kata Danny pula.

 

Ini apahal ni dua-dua orang mamat ni serang aku serentak ni. Selalunya mesti ada salah seorang sokong aku. Ini tidak. Dua-dua sekali bangkang aku.

 

" Apa kes kutuk-kutuk aku ni?"tanya aku geram. Rasa macam nak meletus bom atom.

 

" Haa tengok tu, cepat naik angin. Cool down lah. Kitorang bukan kutuk, bagi nasihat je. Sebab kitorang ni sayang kau lah kitorang cakap macam ni, kitorang nak kau happy dengan hubby kau je. Bukan dengan setiap hari datang kelas, datang hospital dengan muka 20sen kau tu," tambah Danny lagi menguatkan hujah.

 

Sememangnya kata-kata Danny dan Syukur ada benarnya. Semuanya bergantung pada aku sama ada mahu ambil kisah atau tidak. Kepala aku kembali berserabut. Aku bingkas bangkit dan meninggalkan mereka bertiga.

 

***

 

Seperti yang dijanjikan, Ikhmal menjemput aku petang itu. Keretanya tidak dipandu ke arah jalan raya menuju ke rumahnya, tapi ke suatu tempat yang lain.

 

Connemara. Salah satu tempat yang indah di Galway. Dengan bukit bukau, dengan tasik dan langit membiru, landskapnya memang begitu menakjubkan.

 

" Cantik kan tempat ni?" soal Ikhmal setelah kami berdua keluar dari perut kereta. Aku masih mencari kata-kata yang sesuai untuk mengungkapkan keindahan ciptaan Tuhan.

 

" Subhanallah. Tak tahu nak cakap macam mana, tapi tempat ni sangat cantik!" ujarku dengan bersemangat.

 

" Waktu zaman Ikhmal single dulu, selalu juga lah datang sini bila tension dengan kerja Ikhmal. Lepas kahwin dengan Min, Ikhmal hilang sebab untuk datang kat sini, sebab sesusah mana pun kerja, Ikhmal sentiasa rasa gembira, " ujar Ikhmal panjang lebar.

 

" Sepatutnya Ikhmal kena lagi kerap lah datang sini. Dengan beban kerja lagi, dengan Min yang, erm, Min yang degil ni," balasku sedikit gagap. Ikhmal gelak tiba-tiba mendengar hujahku. Apa yang kelakar?

 

" Mengaku diri sendiri degil, ya? Sebab Min degil lah, Ikhmal rasa gembira, sebab setiap hari, Ikhmal akan fikir macam mana nak jinakkan Min yang keras hati ni. Dan sampai sekarang, Ikhmal tak jumpa lagi jalan penyelesaiannya, "balas Ikhmal pula sambil pandangan ditala ke arahku.

 

Aku mengalihkan pandangan ke arah bukit-bukau. Tak sanggup nak bersemuka dengan orang yang dah banyak berkorban melayan kerenah aku sepanjang 5 bulan usia perkahwinan.

 

" Min tak paham. Kalau Ikhmal fikir bagai nak rak cara nak lembutkan hati Min, patutnya Ikhmal jadi lebih tension lah,"kata aku pula.

 

" Tak. Sebab teringat Min pun dah cukup untuk buat Ikhmal senyum sepanjang hari,"ucap Ikhmal sambil menghadiahkan senyuman paling manis. Jantungku bagai nak tercabut mendengar kata-kata Ikhmal dan terpaku dengan raut wajahnya indah umpama landskap Connemara juga.

 

" Istimewa sangat ke Min ni?"

 

" Ya. Sebab sebaik Min sah jadi isteri Ikhmal, Ikhmal tahu Min ni seorang yang baik, yang tak sanggup hampakan harapan dan permintaan ayah Min," jawab Ikhmal jujur dari hati.

 

" Kita balik, Ikhmal," ujarku ringkas. Tak berdaya rasanya untuk menentang kata-katanya yang semakin lama semakin melekat di sanubari.

 

***

 

Buku di hadapan ku ketika itu umpama tidak kelihatan. Fikiranku jauh menerawang mengenang kembali pertemuan di Connemara tempoh hari.

 

" Min, jom teman aku keluar jap. Aku nak beli fast food. Lapar lah. Kau tak lapar ke?" ujar Zulaiha yang mula mengendeng-ngendeng di sebelahku.

 

" Jom. Kau belanja!" jeritku kesukaan. Apa sangatlah belanja makanan fast food bagi Zulaiha. Dia anak orang berada. Tak pernah sekali pun dia menolak untuk membelanja aku.

 

Kami menuju ke restoren Fish & Chips yang berhampiran, salah satu restoren halal di Galway. Mataku ligat memandang insan-insan yang sedang menikmati hidangan. Dan akhirnya mata ku berhenti pada dua imej yang aku kenal. Ikhmal dan Nurin, housemate aku bergelak ketawa sakan.

 

Apa yang mereka berdua buat dekat sini? Dating? Kalau nak dating, dating je lah depan rumah tu. Nak dating kat sini, apahal? Wait, apasal aku kecoh dua orang insan ni nak dating pun? Siapa kisah?

 

Ya Allah! Memang aku kisah!

 

" Zue, aku sakit perut tiba-tiba. Aku pergi public toilet. Kau balik dulu lah nanti. Aku balik sendiri," ujarku menipu. Aku sendiri sebenarnya tak mampu menipu perasaan aku. Aku cemburu. Aku tak boleh terima mereka duduk semeja.

 

Jiwaku kusut. Tatkala itu aku memerlukan rakan lelaki ku untuk mengadu.

 

"Jangan sampai housemate kau sendiri yang rampas Ikhmal dari kau, sudahlah. Masa tu, kau jangan nak jumpa kitorang, nak ceritakan problemo kau ya,"

 

Kata-kata Danny menjengah ke ruang minda. Masin mulut Danny.

 

Apa yang aku mampu lakukan adalah mengucap dan berisgtifar. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui hati-hati manusia. Aku mengalah dengan takdir Allah. Mungkin aku ditakdirkan mendapat suami di usia muda, mendapat housemate yang baik dan bercerai di usia muda. Aku redha.

 

***

 

Malam yang hening. Peristiwa menyayat hati petang tadi begitu menusuk kalbu. Masih terbayang kegembiraan Ikhmal dan Nurin. Mungkin betul kata Danny, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Dan aku mengaku, aku tidaklah sebaik, selemah lembut Nurin yang penuh dengan ciri wanita idaman.

 

Telefon bimbitku berbunyi minta dijawab. Tertera nama Ikhmal. Mungkin nak putuskan hubungan yang terjalin.

 

" Assalamualaikum, Min," ucap Ikhmal bernada ceria.

 

" Waalaikumusalam,"

 

" Min macam orang tak sihat je bunyi suara?" soal Ikhmal.

 

" Min okey,"

 

" Min, esok Ikhmal nak balik Malaysia. Ada kerja sikit. Nak bawak Min, Min busy dengan attachments dekat hospital," kata Ikhmal pula.

 

" Takpe," ucapku sambil air mata yang ditahan semakin galak ingin menuruni pipi.

 

" Min,"

 

" Erm,"

 

" Min nangis eh?" teka Ikhmal. Tak semena-mena takungan air mata pecah juga ketika itu.

 

" Min janganlah menangis. Nanti berat hati Ikhmal nak balik Malaysia tengok Min macam ni," ujar Ikhmal lagi. Aku sekadar membisu, tak mampu bersuara.

 

Aku terlampau sedih, kerana aku bakal menerima kenyataan bahawa aku akan kehilangan insan yang sebenarnya aku amat sayangi.

 

" Okey macam ni, esok Ikhmal minta tolong Syukur dengan Danny datang jemput Min pergi airport," kata Ikhmal lagi cuba memujuk.

 

" Tengoklah macam mana esok," balasku dengan suara serak-serak basah lalu menamatkan talian. Malam itu ku tidur bertemankan linangan air mata mengenang takdir Ilahi.

 

***

 

Pagi minggu itu, aku keluar senyap-senyap menuju ke lapangan terbang. Aku tekad untuk membetulkan simpulan yang berbelit antara aku dan Ikhmal. Aku cuma mahu keputusan muktamad dari dia.

 

Di lapangan terbang yang sesak dengan kelompok manusia di sana sini, aku insan kerdil mencari-cari kelibat Ikhmal. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 8.12pagi. Penerbangan Ikhmal bakal berangkat jam 9.10 pagi.

 

Dalam hati, aku berdoa agar Allah memudahkan usaha ku mencari Ikhmal. Dan Allah Maha Penyayang, ku lihat Ikhmal berada tepat di hadapanku. Lalu aku berjalan longlai menuju ke arahnya.

 

" Kenapa tak datang dengan Syukur, Danny dengan housemates?" soal Ikhmal.

 

" Min nak jumpa dengan Ikhmal tanpa libatkan orang lain," ujarku tegas.

 

" Min, ada benda nak bagitahu Ikhmal?" tanya Ikhmal lagi. Aku menggigit bibir bawah sambil otak ku sedang aktif menstrukturkan ayat yang perlu dituturkan.

 

" Apa hubungan Ikhmal dengan Nurin?" tanya ku pula.

 

" Nurin tu housemate isteri Ikhmal," jawabnya tenang.

 

" Please be serious, Ikhmal," kataku dengan volume suara yang meninggi satu bar.

 

" Min ni kenapa?" Ikhmal pula yang kelihatan tak puas hati.

 

" Semalam, Min nampak Ikhmal makan semeja bergelak ketawa dengan Nurin. So?" soalku pula.

 

" So, what? Min tak suka? Cemburu? Benci? Answer me, Min," Ikhmal menunjukkan ketegasannya buat pertama kali dihadapan ku. Terkedu aku seketika.

 

" Yes, I am. You're my husband, and I think it is not appropriate for a married man to go out with another women except his wife!" lancang aku pula berkata-kata. Terasa jantungku mengepam laju, menghantar oxigen selaju mungkin.

 

Tiba-tiba, kelihatan sekumpulan manusia menuju ke arahku. Nurin, Zulaiha, Syukur dan Danny. Apa yang mereka buat dekat belakang dinding tu tadi?

 

" Min! We're so proud of you Min! You're finally manage to keep your ego as low as you can! Congrate Ikhmal! Min already admit that you're are hers," ujar Danny dengan penuh kegembiraan.

 

Aku buntu seketika. Apa yang dah jadi?

 

" Min, aku minta maaf. Aku terpaksa buat kau jeles tengok aku dengan hubby kau ni, so that engkau sedar, kau tu sebenarnya sayang dekat Ikhmal ni. Tapi taknak mengaku," kata Nurin pula menerangkan keadaan sebenar.

 

Terasa darah dari kaki dah naik ke muka. Aku jadi malu tiba-tiba dengan semua orang dan pada masa yang sama terasa mahu ketawa sepuasnya kerana gembira aku masih memiliki Ikhmal.

 

" Eh, jom lah. Jangan kacau married couple nak berdating. Let's go!" ujar Syukur mengajak rakan ku yang lain beralih dari situ.

 

Terasa begitu kekok aku berada di hadapan Ikhmal. Tak pernah aku rasakan sekekok itu selama ini. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 8.46pagi.

 

" Min, terima kasih banyak-banyak. Doa Ikhmal supaya suatu hari nanti Min terima Ikhmal dah termakbul. Dan Ikhmal akan cuba sedaya-upaya Ikhmal untuk menjadi suami idaman Min," tutur Ikhmal dengan tulus sambil kedua belah tangannya erat menggengam tangan ku.

 

" Ikhmal, Min mintak maaf sebab layan Ikhmal bukan macam suami. Min cuma perlu masa. Dan sekarang, Min dah punya cukup masa," balasku pula.

 

" It's okay, Min,"

 

" Thanks, Ikhmal,"

 

" Min, Ikhmal kena naik flight sekarang,"

 

" Okey,"

 

" I'm going to miss you,Min"

 

Satu kucupan kasih sayang dihadiahkan di dahi dari seorang suami yang baru diterima sebagai suami oleh isterinya. Satu sahaja yang ku pinta, moga hubungan yang terjalin disimpuli dengan kasih sayang, kejujuran dan yang paling penting, kesetiaan. Ameen.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) its so weird when married couple dont live together. here, we live together even when we are not married yet! hihi!

    a well written story addinshah!

    kemas, ada mesej yang baik dan menarik. tahniah untuk karya pertama di sini! saya menunggu tulisan addinshah yang seterusnya!
  • 2) tak dapat bayangkan kahwin dgn orang asing. cerita yang kemas
  • 3) Happy happy ending.
  • 4) Menarik kisahnya dan digarap dengan kemas. Cuma, maaf, saya agak terganggu dengan sudut POV cerita ini. Pada saya, 'ku' itu tidak perlu diletakkan dalam setiap perenggan. Ini adalah kata ganti nama diri pertama, maka ia adalah pencerita kepada kisahnya sendiri.

Cerpen-cerpen lain nukilan BenzAlif15

Read all stories by BenzAlif15
No stories.