Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Di Sayap Kupu-Kupu Terbang

 

\"Kupu-Kupu

Karya : Upenyu

                               

Di dalam kehidupan ada masanya kita perlu membuat pilihan. Pilihan antara kebaikan dan keburukan, yang mana imbangannya tetap sama. Sememangnya kita tidak akan pernah tahu samada pilihan yang kita buat dalam menjalani kehidupan ini adalah tepat, sehinggalah kita sampai ke penghujung kehidupan itu sendiri.

 

“Hidup menawarkan banyak pilihan, Fathin.” Ujarku lembut sambil sedikit berpaling ke arah Fathin yang duduk di sebelahku.

 

Hujan malam yang turun agak lebat membasahi kota ini, memaksa aku memandu keretaku dengan perlahan dan berhati-hati. Sesekali terlihat kilat memancarkan cahayanya berserta dentuman guruh yang agak kuat. Fathin memeluk dirinya sendiri sambil merenung jauh ke arah kegelapan di luar kaca tingkap kereta.

 

Dia meluruskan kaki kehadapan dan kemudian mengeluarkan sekotak rokok dari beg tangannya. Sebatang rokok jenama terkenal terpacak di bibirnya. Tidak berlengah lalu menyalakannya. Disedutnya dalam-dalam kemudian dihembuskan kembali.

 

“Kamu merokok Kamal?” Soal Fathin sambil memandang ke arahku.

 

Aku menjawab soalan Fathin hanya dengan mengelengkan kepala. Asap rokok yang dihembus Fathin memenuhi ruang kereta. Mataku sedikit kepedihan. Cermin tingkap kereta kuturunkan sedikit. Rembisan air hujan segera menerjah masuk menampar mukaku.

 

Fathin menyedari aku kurang selesa dengan keadaan itu, lalu cermin tingkap kereta dibukanya sedikit, puntung rokok yang masih panjang itu dicampak keluar. Cermin tingkap kereta kembali ditutup.

 

“Tak bosankah dengan kehidupan seperti ini?” Ujarku berhati-hati mengucapkan kalimat tersebut.

 

Fathin hanya diam tidak menjawab pertanyaanku. Aku melirik semula ke arah Fathin. Dia terlihat sangat cantik. Paras wajahnya yang memukau seperti bulan yang bercahaya. Rambut hitamnya yang keperangan dipintal-pintal perlahan. Pakaiannya yang berwarna hitam mendedahkan sebahagian pehanya. Aroma perfume yang dipakainya menyucuk-nyucuk hidungku.

 

 “Setiap orang, baik lelaki mahupun wanita, pasti pernah berfikir mengenai perkara ini.” Aku berusaha melontarkan pandanganku sebaik mungkin.

 

 “Aku tak mampu menjawabnya, Kamal. Kamu tidak akan pernah tahu ukuran kebahagiaan bagi aku. Begitu juga sebaliknya. Kita berbeza dalam mentafsir erti kebahagiaan.” Jawab Fathin perlahan masih menumpukan pandangan ke arah luar kereta.

 

“Apakah Fathin menganggap bahawa apa yang Fathin lakukan selama ini sama seperti apa yang Fathin bayangkan sebelumnya ?” Balas ku kembali.

 

 “Aku bukan orang yang munafik, Kamal. Setiap orang memiliki cara masing-masing untuk memaknai kehidupannya Tidak bermaksud aku mengatakan yang aku menolak kehidupan seperti mereka yang lain. Berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.” Balas Fathin tegas.

 

Aku menarik nafas putus asa. Aku tak mampu berkata apa-apa lagi. Aku sedar, Fathin cukup tegas memegang prinsipnya. Aku berusaha menenangkan diriku. Tidak lagi mahu memanjangkan suasana. Mendiamkan diri lebih baik.

 

“Tahap penilaian kita amat berbeza, Kamal. Kita tidak berkongsi pandangan yang sama. Hidup ini dipenuhi dengan pelbaga kemungkinan. Apa yang bakal terjadi di masa hadapan, kita tidak dapat menjangkakan. Dan ia sering kali juga tidak sama seperti apa yang kita bayangkan walau sebaik mana kita merancang.” Ujar Fathin dengan suara bergetar.

 

Hujan yang turun sepanjang perjalanan kian melebat. Pandangan ke hadapan dipenuhi kabus tebal. Tiada yang dapat aku lihat dengan jelas, semuanya kabur. Fathin kulihat memejamkan matanya  seolah enggan melihat apa yang berada di hadapannya.

 

“Impian kamu itu terlalu sempurna, Kamal.” Jawab Fathin perlahan, seolah tidak lagi berminat meneruskan perbualan kami.

 

Segalanya bermula tiga bulan yang lalu. Kemalangan yang berlaku itu telah mempertemukan aku dengan Fathin. Kemalangan yang berlaku kerana kecuaianku. Kereta yang dipandu Fathin terbabas ke longkang apabila cuba mengelak dari melanggar kereta aku yang keluar dari simpang. Kereta Fathin mengalami kerosakan agak teruk. Mujurnya Fathin tidak mengalami kecederaan teruk kecuali kepalanya sedikit berdarah.

 

Aku membawa Fathin ke hospital dan berjanji akan menguruskan serta menanggung kos membaiki kerosakan keretanya. Sebagai tanda permohonan maaf, aku menawarkan diri untuk menghantar dan mengambil Fathin pulang dari tempat kerjanya, sehingga keretanya siap diperbaiki.

 

“Kamu tidak akan mampu melakukannya setiap hari.” Jawab Fathin seolah menolak tawaranku.

 

“Apa sahaja, asal kamu memaafkan saya.” Balasku.

 

“Baiklah. Kamu mesti menghantar saya ke tempat kerja setiap hari jam 8.00 malam dan mengambil saya pulang sekitar jam 2.00 pagi.” Jawab Fathin sambil menjeling kepadaku seolah-olah menyangka aku tidak akan mampu melakukan tugas itu.

 

Aku hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala. Tidak terlalu sukar bagiku sebenarnya. Sebagai seorang lelaki bujang, permintaan Fathin itu bagiku mudah sahaja.

 

“Seperkara lagi, jangan sesekali bertanya tentang pekerja saya!” Ujar Fathin dengan nada yang sedikit tegas.

Mulai saat itu, hampir setiap malam tepat jam 8.00 malam, aku menjemputnya di sebuah kodominium mewah yang terletak di pinggir kota, kemudian membawanya ke suatu tempat yang sentiasa berubah, dari satu hotel ke hotel yang bertaraf empat bintang di sekitar Kuala Lumpur. Walaupun kian merasakan tugas ini menyusahkan aku, hari-hari seterusnya, aku tetap menjalankan tugasan itu tanpa bertanya apa-apa sebagai sebahagian dari tanda permohonan maafku.

 

Sebagaimana permintaannya, tidak pernah sekalipun aku bertanya apa pekerjaan Fathin yang yang sebenar. Sepanjang menghantarnya pergi dan pulang, kami hanya bercakap perkara-perkara yang biasa sahaja, malah cukup membosan sekali. Aku merasa tidak lebih sebagai seorang pemandu pribadi sahaja kepada Fathin tidak lebih dari itu.

 

Namun minggu-minggu terakhir ini, Fathin sudah mula berani bercerita tentang kisah-kisah peribadinya........ 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) 1bulan 1cerpen. Masih dalam peringkat draft. Insyaallah mungkin masih ada pengubahsuaian dan penambahan. Hanya sebuah cerita biasa tentang Kupu-Kupu Malam, cerita mengenainya sering boleh dibaca dimana-mana, malah telah banyak ditulis penulis-penulis lain juga.

    Dijemput membaca.
  • 2) idea yang menarik. dari kemalangan muncul keindahan.

  • (Penulis)
    3) Biasa la klise camtu..hahahaha..
  • 4) bole layan cerpen ni sambil dengar lagu yuna, cinta sempurna
  • 5) Antara moral dan air mata cinta.
    Sang kupu-kupu lupa , kita telah hilang sempurnanya sejak berzaman.
  • 6) “Seperkara lagi, jangan sesekali bertanya tentang pekerja saya!”
    ehem!

    pak penyu, apakah kekurangan lelaki tu sampai dia malu nak meluahkan perasaan? adakah kekurangan fizikal di organ-organ kritikal?
  • 7) 1bulan 1cerpen tu usaha yang baik bang sham setiap bulan ada contoh yang baik untuk diteladani
  • 8) Kurang sedikit rencah ni Pak Penyu. Hmm...

  • (Penulis)
    9) Terima kasih semua.

    One, rasanya mungkin kena olah balik, kena masukkan satu ata dua watak samada lelaki pelanggan(sebaya usia ayahnya) atau bapak ayam yg melindungi dia. Mungkin tambah konflik sampingan.

    Mungkin olah semula tu nanti hanya untuk siaran media (ada ke media nak siarkan cerita cam ni..)
  • 10) singgah baca.

Cerpen-cerpen lain nukilan Upenyu

Read all stories by Upenyu