Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Peluang

 

“kalau kau berpeluang berjumpa dengan diri kau sendiri, apa yang akan kau katakan padanya?”

 

“er…saya tak faham! Apa maksud encik?”

 

“oh! Maaf! Maksud aku, kalau kau jumpa dengan diri kau yang datang dari masa depan, apa yang kau nak cakap kat dia?”

 

“ emm…saya dari masa depan, …emm….kenapa?”

 

“sebab, kau sedang bercakap dengan dia sekarang!”

 

…………………………………………………………………………………………….

 

Petang itu (sebenarnya tak ada yang istimewa tentang petang itu, sama saja keadaannya), seperti hari-hari kerja yang biasa, aku bergegas mahu pulang ke rumah. Seperti biasa aku akan pulang sedikit lewat. Lebih kurang 6.45 petang, sewaktu para penggila sukan dan keringat, baru saja membuat pemanasan badan( kenapa mereka suka main lambat? sampai azan maghrib pun belum tentu berhenti main!).

Aku memenuhkan bakul motor kapcai ku dengan beg galas yang semakin usang. Seusai menyelitkan tali beg ke celah-celah ruang bakul, aku mula menendang pemula motorsikal.

 

“kecepeh! Keceper! Kece brooomm!!!”

 

Tiba-tiba enjin motorsikal ku mati.

Hairan. Baru semalam aku tukar minyak hitam. Aku cuba lagi beberapa kali. Setelah setengah jam, aku tunduk mencangkung dan memeriksa spark plug, minyak dan sebagainya. Pelik! Tak ada apa-apa yang kurang atau rosak. Aku pasrah. Motorsikal aku tinggalkan di tempat letaknya. Aku nekad untuk pulang dengan pengangkutan awam. Setidak-tidaknya, hari ini aku tak akan senak dan kebas di celah kangkang. Jarak rumah dan tempat kerjaku ialah sejauh 70km. Agak kebas juga bila menunggang motorsikal berkuasa rendah. Sudah setahun lebih, aku menanam cita-cita untuk membeli motorsikal berkuasa tinggi. Sekurang-kurangnya yang berkuasa 650cc. Barulah laju! Kebas pun tak sempat nak tumbuh. Tapi masih belum kesampaian juga cita-cita yang manis macam masakan Kelantan ini.

Aku melangkah longlai menuju ke stesen LRT yang berdekatan. Sambil berjalan, otakku tak puas-puas berfikir. Mengenangkan perjalanan hidupku yang kurasa masih belum mencapai kepuasan yang diharapkan. Ya, mungkin sedikit pada keduniaan. Aku juga memikirkan tentang masa depan yang lebih penting. Kamu tentu tahu, tentang masa selepas dunia, sudah tentu. Mungkin terlalu jauh pemikiran sebegitu, bagi sesetengah orang yang sudah terdoktrinasi dengan keduniaan. Tapi, aku sebagai muslim, tak dapat tidak, mesti berfikir dan bersedia untuk masa selepas dunia ini.

Baik, bahagian keduniaan dahulu.

Sepuluh langkah berjalan, aku berfikir tentang kemajuan diriku. Semenjak sepuluh tahun aku bekerja, mengapa aku masih belum boleh dilihat berjaya seperti rakan-rakan sepengajianku? Aku masih menyambung pelajaran. Tak habis-habis! Sedang sahabat satu sekolah, atau yang satu fakulti dulu, ramai yang dah jadi ahli korporat! Ramai yang dah bawak kereta besar-besar! Ramai yang dah kawin dengan perempuan ala-ala model! Ramai yang dah jadi gemuk dan boroi macam orang kaya! Ramai! Ha ha ha!! Aku tergelak kecil mengenangkan bab boroi. Huh! Sampai di bahagian ini, aku sudah hampir sampai ke tangga escalator yang akan membawaku ke ruang membeli tiket LRT.

 

“KL Sentral!”

 

Tiket sehala untuk dewasa ku masukkan ke lubang di mesin pintu automatik. Aku ambil semula tiket yang terjengul di hujung yang satu lagi. Aku perlu menaiki satu lagi escalator. Seminit berlalu, aku sampai di ruangan menunggu LRT. Aku duduk di bangku besi yang paling hampir dengan escalator tadi. Oh! Ya! Aku pun  hairan, kenapa nama stesen utama pengangkutan yang satu ini, namanya KL Sentral? Kenapa tak pakai KL Pusat, ataupun Stesen Pusat. Apakah kesalahan bahasa Malaysia (mereka kata bahasa melayu, sedangkan, Bahasa Malaysia yang sepatutnya!) ?

Aku ternganga seketika, apabila satu kumpulan lelaki dan wanita yang aku yakin berbangsa Tionghua lalu di hadapanku. Yang membuatkan aku ternganga ialah, apabila mendengar ini,

 

“Budi, mengapa tergesa-gesa?”

 

“ah! Tidak! Jangan bilang yang kamu sakit perut?”

 

“nggak dong! Aku okeh saja!”

 

“ jangan bohong! Kamu sakit perut ya kan?”

 

“ya udah! Yang penting, kita kan harus cepat?!”

.........................................................................

Untuk membaca keseluruhan cerpen ini, sila muat turun “Aku Machio el Diablo” :

Himpunan cerpen tulisan Kurusawa yang memuatkan 10 buah cerpen.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) ha ha ha..aku berlatih menaip sebelum nak taip tesis kejap lagi...mengarut je..hihi(kepala berasap)
  • 2) Kadang-kadang memang nak ikut juga macam Kurusawa, tulis je apa yg dirasakan waktu dan membiarkan apa seterusnya yaang akan terjadi, maka terjadi la. Tapi biasanya idea-idea camtu lepas tu tergantung je, tak ade pemula dan tiada penyudah.

  • (Penulis)
    3) saya menyerahkan kepada ilham yang Allah masukkan. juga melalui pengalaman yang dilalui. TQ pak penyu sebab sudi baca.
  • 4) tu la, lain kali jangan tertido dalam LRT time maghrib!
  • 5)
  • 6) Seronok juga ya kalau dapat lihat diri kita masa umur 60 tahun.
  • 7) tiba-tiba ghaib,eh?
  • 8) ada agenda sulit cerita ni. propaganda kuat haha!
  • 9) ni cerpen yg menyuruh org cermin diri sendiri ke?

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa