Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Bidadari

 

Dimli memerhatikan garisan bukit bukau yang terbentang di hadapan matanya. Dia terpesona dengan keindahan senja begini. Seperti kebiasaan, Dimli mengambil gambar matahari terbenam dengan kamera DSLR-nya. Satu, dua , sepuluh kali tembakan. Dimli berhenti dan membelek kembali gambar-gambar yang diambilnya. Gambar yang kesembilan menarik perhatian Dimli.

Seekor burung melintas di hadapan kameranya tanpa disedari.

Dimli menutup tingkap dan berlari keluar ke halaman rumah. Seekor burung merpati putih - kepatahan sayapnya - berbaring di lantai rumput permaidani.

Dimli berkira-kira sendiri tentang apa yang perlu dilakukannya. Perlukah diberitahu kepada tukang kebunnya untuk mengalihkan burung merpati ini ke luar halaman rumah atau patutkah dia membawanya masuk ke dalam?

Dimli segera mengambil sehelai baju di ampaian dan membalut burung merpati itu yang kadang-kadang menggeletik menahan kesakitan. Tersentuh hati Dimli.

Dimli meminta tolong orang gajinya untuk merawat burung merpati itu. Sudah terdetik di hatinya untuk menamakan si burung merpati  namun Dimli tahu terlalu awal untuk dia berbuat sedemikian. Lagipun, usai sihat burung ini, terbanglah dia kembali meninggalkan aku, bisik hati kecil Dimli.

Namun tiga bulan berlalu, burung merpati sudahpun bernama Tori dan walaupun tidak terikat kakinya, burung merpati masih tidak terbang pergi. Walau luas terbuka tingkap, walau kekadang terlupa Dimli memberinya makan, Tori kekal di situ seolah-olah seekor kucing, seekor anjing setia pada tuannya.

Saban hari yang telah berlalu, banyak cerita yang telah dikongsikan Dimli kepada Tori. Tentang hidup, tentang hati. Dimli akui, semenjak datangnya Tori dalam hidupnya, dia merasakan kehidupan sebagai anak tunggal bukan lagi satu perkara yang diresahinya. Sudah tumbuh rasa ingin berkongsi, mekar sifat memberi.

Jiwa DImli rasa lebih lapang dan setiap hari berlalu lebih riang. DI sekolah, DImli senyum lebih lebar dan kawan-kawan pun semakin ramai. Tiada rasa kekok untuk berbicara kerana setiap hari latihannya berada di rumah. Tori bagai sebuah diari, lebih mendengar dari berkata-kata. Namun berlawan dengan sifatnya, Tori tidak akan berpaling setiap kali Dimli sedang bercerita seolah-olah Tori memahami setiap butir perkara.

Kawan-kawan Dimli hairan juga saat mengetahui binatang peliharaannya. Bukan kebiasaan. Andai dipanggil, Tori akan hinggap di telapak tangan Dimli. Hubungan mereka sangat akrab sehinggakan ramai kawan-kawan yang mula mencari binatang peliharaan sendiri. Dimli dan Tori jadi inspirasi.

Malam ini, seperti biasa sebelum tidur, Tori menggeselkan kepalanya di pipi Dimli. Namun kali ini lebih lama dari kebiasaan.

 

 

“Dimli…”

Dimli menggosokkan-gosokkan matanya yang pedih dipanah silau. Dia hairan juga mendengar namanya dipanggil oleh satu suara yang tidak dikenali. Biliknya terang benderang. Cahaya bukan dari komputer ribanya.

Dimli segera memandang ke arah raga tempat tidur Tori. Kosong.

“Dimli, aku ni.. Tori.” Dimli tersentak apabila menyedari kilauan cahaya itu datangnya dari sesusuk tubuh yang sedang berdiri di tepi katilnya.

“Tori?” Dimli mengangkat tangan, cuba menghalang silauan dari terus menyakitkan matanya, sambil mengamati gadis sebayanya itu yang mengaku dirinya Tori. Kulit gadis itu putih mulus, rambutnya putih dan beralun bak sutera, pakaiannya satin suci bersih bak seorang bidadari Greek dan pasti sesiapa sahaja akan menyedari sepasang sayap putih yang terkatup di belakang tubuhnya.

“Aku dah bersedia untuk pergi, Dimli,” Tori mengukirkan sebuah senyuman paling indah yang pernah disaksikan oleh DImli seumur hidupnya.

“Tapi aku belum lagi bersedia untuk melepaskan kau pergi,” Dimli bagai melawan perasaan awalnya sewaktu mula-mula menyelamatkan Tori. Air matanya mula berkaca.

“Kau dah bersedia sebenarnya. Kau tahu hari ini akan tiba dan bertuahlah kita berdua kerana sekurang-kurangnya aku dapat mengucapkan selamat tinggal. Moga kita bertemu lagi. Terima kasih atas segalanya, Dimli,” Sayap Tori tersergam lebar sekelip mata. Dimli dapat merasakan angin kencang bagaikan taufan melanggar dirinya sebelum dia kembali terbaring di atas katilnya, tidak sedarkan diri.

Keesokkan paginya, Tori benar-benar sudah pergi. Dimli hanya mampu menangis di sisi raga tempat tinggal Tori selama tiga bulan itu.

Tiba-tiba pintu biliknya terbuka. Ibu Dimli masuk, hairan melihat anaknya yang sedang menangis dan masih belum bersiap untuk ke sekolah. Dimli berlari dan memeluk ibunya.

“Patah tumbuh hilang berganti,” hanya itu yang mempu diungkapkan oleh ibunya buat memujuk hati Dimli.

 

 

 “Hey, Tori. Aku ni, Dimli,” Dimli memegang tangan Tori sebelum disambut oleh gelak tawa manja Tori.

Benarlah kata ibu. Selang enam bulan kemudian, Dimli menamakan adik perempuannya yang baru melihat dunia, Tori - seorang bidadari tanpa sayap yang membawa cahaya ke dalam hidupnya. Di kamar bilik bayi, tersangkutlah gambar kesembilan yang diambil oleh Dimli pada waktu senja itu.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) reincarnation? mcm cerita dlm komik manga. hey, tapi yg ni mcm lain drp style kau sebelum2 ni

    p/s: lamanya menghilang...

  • (Penulis)
    2) reincarnation or not terpulangla pada perspektif yang membacanya.

    aku terinspirasi dari salah satu penyertaan Bakat Baru Komik Malaysia 2007 - 'Demi Sepasang Sayap'. agakla.. kurang rileks skek cerpen ni. haha

    p/s: fikirkan yang baek2. aku dah pulang.
  • 3) aaw..so sweet.
    oh aku baru perasan cerpen kau setelah aku post puisi aku ngeee!

  • (Penulis)
    4) clarky.. jap ye aku cari puisi ko. haha
  • 5) hehehe. imejinasi kau kadang-kadang macam perempuan tau. kau saja nak buat aku gerami diri kau. roarr.

    kau dah kerja ke weh? di mana pula?

  • (Penulis)
    6) caha, janganlah gerami aku sangat. sudahlah kau tahu perihal aku secara maya!

    lom keje lagi la. grad May ni. masih mencari keje la. kau perlukan seketeri?
  • 7) nasib baik tori bukan toti... haha.. lama hilang kemana terbang?

  • (Penulis)
    8) hahaha toti mungkin cerpen seterusnya

    terbang bersama bidadari la. lupa nak turun ke bumi~
  • 9) Kemain kan bidadari bagai.

Cerpen-cerpen lain nukilan Ancalime

Read all stories by Ancalime