Cici dan Cimi

 

“gedebang!!!  Addoiihhhhhh!!!!!!! Isykh! Isyk!! “

Khalidah terguling dan terus terlentang di atas ambal yang suam dan menggerutu. Hari sedang malam. Jam di pinggangnya menunjukkan baru nak masuk waktu untuk menonton sinetron ; “Haram dan Makruh yang Mencintai Sunat dan Harus Ya Kan Pak Ferdi? : episode ke-3779”.

Tangan kirinya terketar-ketar memegang  remote control televisyen. Khalidah mengurut-ngurut dahinya yang membengkak. Betul-betul di atas kening kirinya yang ayu.

“addoihh!! Sakitlah!!!”

“he he..he! Padan muka kau…he he…bak sini!!”

Satu rentapan yang agak pantas meleraikan genggaman tangan Khalidah daripada terus memegang remote control kepada TV yang bersaiz  112 inci itu. Sambil melentang dan menatap syiling asbestos, Khalidah terus berkata,

“bagilah can, akak nak tengok episode yang ni je…dah nak abis dah cerita ni…!”

Adik  Khalidah yang baru mencecah usia belasan tahun itu mendiamkan diri di sebalik senyuman sinis.

“adiiikkk…..tolonglah ye?...nanti akak belanja..”

“hah! Nak belanja apa?”

Khalidah bangun dan melunjur. Matanya tak lekang daripada menatap TV.

“belanja….”

“belanja apa?...”

“belanjaa…….makan ….remote TV!!! Ha ha ahahah!!!!”

Secepat kilat yang menyambar pucuk pokok kelapa sewaktu ribut tropika, Khalidah merampas remote control daripada adiknya yang baru saja menanam benih angan-angan di benaknya.

“kakak!!!! “

“…Pak Ferdi!!!”

“ha hahahahh!!!!”

“kakak!!!”

“Haram! Aku tak mencintai kamu, aku…kangennn amat..sama…”

“kakak!!!”

“ha hahahahah!!!!”

“kakak!!!”

“kakek Ferdi!!”

“hhahahahha!!!”

“pom! “

Kedua-dua adik beradik itu terdiam. Asap meliuk-liuk menari-nari bagaikan penari  belly dancing yang kelelahan.

…………..

“begitulah…anak-anak, kalau asyik nak bergaduh dan berebut saja, dua-dua pun kalah! Meletup TV! semua orang tak dapat tengok!”

Kata Pak Ferdi kepada dua orang anak gadisnya Cici dan Cimi, seraya menamatkan ceritanya.

“ala…bah…takkan macam tu habis cerita Khalidah dan adik dia?”

“ha..ah bah! TV meletup? Macamana boleh meletup?”

Pak Ferdi terdiam dan berfikir sebentar.

“macam ni…. Cici, Cimi. Kalau dua orang adik beradik berebutkan satu benda, dan sorang pun tak nak mengalah…nanti benda yang direbutkan tu akan meletup!”

Cici dan Cimi pula terdiam.

“faham tak?”

“faham abah!!”

Serentak jawapan Cici dan Cimi.

“hmmm..abis tu…malam ni abah nak dodoikan  siapa dulu?..Cici ke  kakak?”

“a.ah abah..malam ni dodoikan  Cimi dulu ye?”

Pak Ferdi tiba-tiba merasa serba salah. Setiap malam, semenjak isterinya meninggal setahun yang lalu, dia akan membacakan cerita dan mendodoikan kedua-dua anak perempuannya si Cici dan Cimi, sehingga mereka tertidur. Cici berusia 7 tahun. Cimi pula 9 tahun.

“hmmm…dua-dua lah....”

“Cici dululah bah…”

“Cimi lah…abah..”

“Cici lah…!”

“Cimi!!”

“Cici dulu!”

“Cimi dulu!!!”

“Cici!”

“Cimi!!!”

“akak!!!”

“adikk!!!”

“pom!!!!”

…………


 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1)
  • 2) Pak Kuru awal2 lagi sudah sengih lebar =..=''
  • 3) camni aku nak berebut masuk UM lah, biar dia meletup! he he he!
  • 4) meletup-letup punggung aku bila baca cerita diatas. hehe
  • 5) hahaha macam2 la pak kurus ni!
  • 6) apakah...apakah ini??
  • 7) alahai Pak Kuru..dia punya pena dan idea ,boleh diagak..menjadi selalu!
  • 8) Uish, takutlah nak bertekak dengan adik macam ni. Takut meletup.
  • 9) Kalau berebut orang yang kita tak suka, care jugak. Hmmm...

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa