Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PCB#6:Rama & Dhan

 

 

Rama bosan. Dia menepuk bahu kawannya Dhan sambil berkata,

"Aku lapar la wei…gile ah. Dari pagi tak makan..."

 

Dhan membuat gaya terkejut pelik seraya membalas,

"Dah ko puase memang la lapar..kalau tak nak merengek, takyah la niat puase arini... aduhhh..."

 

"Abis tu kita nak makan apa buka nanti weh?" Rama mengorek hidung.

 


"Tu..ko dah buka dah tu..." Dhan memuncungkan bibir ke arah hidung Rama.


"Korek hidung mana batal…aku bukan masuk drip..."

 


"Semalam kita makan roti dengan telur,

arini apa yang tinggal kat dapur?"

 


"Telur 6 bijik semalam dah habis,

ada pun saki baki kubis."

 


"Kubis boleh bikin masak air,

apakata kita buat ikan sumbat taugey..."

 


"Kubis menyelam dalam lautan,

eh confirm ke ada lagi ikan?"

 


"Entah..kelmarin aku rasa macam ada terpandang,

kalau  takde cuba kita try rebus kerang...

susah sangat kita pergi bazar Ramadhan,

ushar sikit apa yang ada boleh makan..."

 


"Bazar Ramadhan memang la kelasss,

tapi aku rasa ayat tu patut letak last..."


 

"Haha...aku ekceli fulus tak bape nak ada,

apakata kita bukak esbok cari kerang,

manalah tau ada sekor dua,

boleh gak campur dengan kuah pindang..."

 


"Apa barang kerang pindang,

rebus je lah cicah cili kicap,

makan sure tak ingat orang belakang

perghh... meleleh air liur  gua cakap!"

 


"Ok gak tu.. tapi lu kalau makan memang tak ingat,

gua punya nasik pun tergugat,

tapi dari kita duduk kat sini,

jomlah pegi mulakan operasi...

ingatkan kerang ada boleh rebus,

entah-entah kubis pun dah lama dah hangus..."

 

 

"Ya Allah!! Bulan puasa pun ada pencuri,

ni tong gas kita mana dia bawak lari?

tapi pintu kan dah memang kunci,

aku syak mesti kerja orang dalam ni…"

 


"Weh...selama ni aku berangan esbok pintu otomatik,

dapur gas elektronik,

baru ku sedar kita miskin,

mana ada penyamun nak check-in…"

 

 

Dhan terdiam mengerut dahi luasnya, lalu tersengih bak kerang busuk. Terpaksa mereka menelan roti kosong lagi hari ini.

 



oleh: Rizzy & Cahaya Kekasih

        03 Ogos 2011 / 03 Ramadhan 1432


Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) yeah!! rama dan dhan kembali lagi!!
  • 2) ni baru 1st time Rama n Dhan muncul la....mana datang lagi nye..heheh...CK_RIzzy yang muncul lagi
  • 3) ramawan dan dhansih

    ni lagi satu. dah kira boleh sertai PCB ni. silalah tambah PCB#6 di pangkal tajuk.

    dialog cerpen pun dah jadi rhyme skarang ya.
  • 4) adeh caha....limit penyertaan berapa? 26?? huhuhu

    p/s: bajet macam boleh buat ari2 je...
  • 5) kerang cicah cili kicap tu yang tak boleh tahan tu...!
  • 6) haha....lapar la pulak tak sahur ni
  • 7) Wah, beritma setiap dialognya. Susah nak buat tu. Kagum, kagum...
  • 8) kamalia n caha: dah abis puasa ni pun rasa lapar gak

    ridh: err..xde la susah sgt kot..hehe..tq

Cerpen-cerpen lain nukilan CK_Rizzy

Read all stories by CK_Rizzy