Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cerita Tanpa Tajuk #14

 

Gua ingat lagi, gua ingat. Tahun lepas, gua langsung tak puasa. Dua tahun lepas, kalau tak silap gua. Gua rasa ada macam tiga hari je gua puasa. Gua pelik juga, setiap kali gua bangun tidur, gua tak kena ikat. Sedangkan gua sendiri rasa gua lagi setan dari setan. Tapi tahun ni, gua ada rasa macam nak berubah. Gua nak puasa penuh, itu yang gua nak. Saja jadi baik, bukan selalu gua dapat jadi malaikat dalam diri gua.

 

Pernah gua terfikir, "Kenapa kawan kawan gua rajin pergi terawih? Tapi solat lima waktu yang wajib diorang tak buat?".

 

Gua bukan nak aibkan kawan kawan gua, mungkin diorang punya feel  masa puasa lain. Cuba nakcollect  pahala yang ada, selagi masih mampu. Nak senang gua ceritakan lah gua punya feel  masa puasa.

 

Pernah gua tanya, "Kau puasa tak?", tanya gua kat sorang brader yang tengah hisap rokok. Gua tahu dah jelas dia tak puasa.  Dia jawab "Puasa", peh maderfaker. Lu hisap rokok depan gua, lu mengaku lu puasa. Macam cilake perangai.

 

"Aku tahu kau mesti pelik, aku puasa dari makan minum. Kecuali rokok." brader tu terus tersengih sengih tengok gua. Hebat brader ni, walaupun tak puasa tapi dia punya ada feel  tahan lapar dan dahaga. Gua memang respek brader tu, walaupun dia memang salah. Mana lah gua tak respek, kalau gua tak puasa macam brader tu. Gua memang dah ketuk ketuk kuali kat dapur. Makcik belakang rumah dengar pun ingat gua tengah siap siap nak buka.

 

Ada sorang mamat ni, dia memang perangai serupa bangsat. Tak puasa tu dah satu hal, lepas tu nasihat kawan kawan puasa. Dia punya alasan memang otai "Aku dah puas puasa, kau muda lagi". Masa tu kebetulan gua lepas berbuka, pekena Winston. Gua terus canai muka dia atas meja. Barua.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) budaya-budaya baru sentiasa muncul hasil evolusi masyarakat.
    tapi hukum tetap yang sama.

    sisi-sisi aneh yang sebenarnya satu realiti.

    kalau kau rename nama tajuk ni, letak PCB#6 depan dia bagus juga din. automatik masuk dalam pertandingan yg belum ada entri lagi tu. berpeluang menang duit raya rm50.

    kau boleh lihat banner di tepi itu untuk maklumat lanjut.
  • 2) Bila sudah ditelan arus duniawi, beginilah. Tidak biasakan yang betul, tidak betulkan yang biasa...

Cerpen-cerpen lain nukilan ll1ll1ll

Read all stories by ll1ll1ll