Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PCB#6:Rama & Dhan (2)

 

Di arloji, lima empat puluh minit pagi.

  


“Astagfirullahal 'azim…weh, Dhan!

Bangun la…sahur dah nak abis,

makan la…ada tinggal sikit lagi kubis,

yang mak cik Senah jiran bagi time bebuka,

kang siang nanti ko lapa… jangan nak buat muka…”

 

 

“Ala….bukan kite baru buka ke tadi?

Aku baru je nak drift dalam mimpi,” separa sedar Dhan merungut, memeluk bantal busuk yang dipenuhi peta Nusantara.

 

 

“Baru buka pejadahnya…

aku tak kesah kalau ko kenyang lagi,

lepas makan ko tido la balik,

ok...aku tanya ko lagi sekali,

ko nak sahur ke, nak mimpi drift balik?”

 

 

“Kat kampong aku tak biasa kena sergah,

mak kejut penuh kasih lagi berhemah,

tu je ke tinggal lauk cik Senah?

Takkan kubis je nak ratah…”

 

 

“Mana ada aku sergah,

aku belai lagi dagu kau ni Dhan...

dah ade kobis je boleh ratah,

kalau nak, ko makan la dengan durian...

haaaa..tu la ko taktau,

aku terjumpa satu kat tepi penyapu...”

 

 

“Memandai je kau ni, Rama…

bila pulak kita tanam durian?

nampak je muka skema,

cili pun kita curik pokok jiran.”

 

 

“Aku mintak ok...

ni yang aku cekik ni apa hah?

ko tak nak, aku settlekan sorang..

weh, lagi dua minit orang nak azan dah,

ke kau nak lapa esok siang?”

 

 

“Haihh..

terbayang pulak nasi durian dengan santan,

gaul sekali gula Melaka,

macam dah kat tekak dah ni rasanya telan,

alahai…ngidam pagi-pagi buta,

sebenarnya nasik tu  tadi aku yang abiskan,

sahur awal, ingatkan  kau tak nak makan."

 

 

"Ciss…

Jembalang in the jar

Kurang ajar."

 

 

 

oleh: Rizzy & Cahaya Kekasih

04 Ogos 2011/04 Ramadhan 1432H

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) makan durian pagi2, peh! tak sakit perut ke bang
  • 2) perut naga..telan je apa ada
  • 3) ada-ada saja fi'il budak dua orang tu.
  • 4) dua watak tu adalh refleks dari dua penulis juga..haha

Cerpen-cerpen lain nukilan CK_Rizzy

Read all stories by CK_Rizzy