Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
PCB#6:Rama & Dhan (3)
Berbuka nasi dengan ikan kerisi, Rama dan Dhan duduk mengisap rokok di depan pintu rumah bujang mereka. Lalu, selepas solat maghrib, mereka merenung skrin laptop masing-masing mengadap laman sosial. Beberapa ketika selepas itu, azan Isyak pun berkumandang memanggil sembahyang.
“Dan dan la kau Dhan…
Bila aku ajak terawih, ko buat alasan,
Konon sakit perut makan terlebih biskot,
Konon lenguh badan tak boleh jalan..”
“Mana ada aku buat alasan,
Dah memang betul salah makan
Hari tu masa beli tak perasan tarikh luput,
Tu yang menyucuk-nyucuk sampai perut..”
“Agak-agak la nak ngelat,
Ko ingat aku bodoh sangat
Tah bila la ko nak solat,
Bulan puasa ni la elok bertaubat..”
“Walaupun aku ni bekas mat rempit,
hari-hari aku pegi masjid
takkan nak kecoh satu kampong,
nanti riak, pahala kosong..”
“Yela, yela…
aku pegi sorang la
sebak dada aku tau tak,
kau tak nak teman, aku ajak.. :’( “
“Laaa..
Tibe-tibe ko nak emosionnnnal kenape?
Aku bukannya tak nak suke-suke,
Dah perut aku ni tak selese nak buat camne
Nanti aku teman la, bukannye esok nak raye..”
“Kalau kawan dah tak rele(a)..
Memang takleh nak buat ape dah
Biarlah aku sarung selipe(ar),
Pelan-pelan susun langkah.. “
“Apahal la nak tacing-tacing,
Macam aku taktau… kenapa ko beriya nak pegi
Ade ikan kau nak pancing,
Nak tunjuk alim….ngurat anak haji Mail teksi
Kan?”
“Weh,
Ape kes anak G-Mail,
Aku aim cucu Nek Murong lah
Semalam aku dah tengok emel,
Kat Facebook dia ajak aku jemaah
So,..orang dah ajak
Takkan aku nak tolak~”
“Ahah~! Tu dia,
Mengaku jugak akhirnya..”
“Huhuhuhuhuuhu.. :p”
oleh : Rizzy & Cahaya Kekasih
9 Ramadhan 1432/ 9 Ogos 2011
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen EksperimentalCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) cerita dailog?
- edward101
- 13 years ago
-
2) haikk. semayang pun sebab nak ngorat. haiyo
jemaah laki and pompan lain la. ni mesti moreh duk tayang2 muka belah pompan ni.- cahatomic
- 13 years ago
-
5) 26life: memang direct je..heheh...ikut apa terlintas
- Cahaya Kekasih
- 13 years ago
-
6) hihihi comel
- kamalia
- 13 years ago
-
7) Realiti, ini realiti...
- ridhrohzai
- 13 years ago