Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Fillus Eden - Part III

 

Cerpen yang ditulis 3 tahun lalu akhirnya habis juga. Maaf atas kelewatan. Bahagian II - Fillus Eden Part II.

****************

Musim sejuk masih bertaut sejuknya, hampir sahaja membekukan seluruh tubuh Ivana. Ivana memeluk tubuhnya dalam cubaan memerangkap sedikit kepanasan hawa tubuhnya. Mana dia ni, sejuk dah ni. Getus hati kecil Ivana. Ivana mula hilang sabar.

Sepasang tangan melingkari pinggang Ivana. Ivana terkejut lalu menoleh. Ivana tersenyum, wajah yang sentiasa membuat hatinya girang kini di depan matanya.

“Lama sayang tunggu?” tutur pemilik tangan itu.

“Lama juga. Sejuk tau. Cepatlah, aku takut.” Balas Ivana ringkas.

============================

Kat adalah seorang tukang masak amatur yang cuba mengukir nama di bidang yang menjanjikan taraf hidup mewah di negara dunia pertama ini dimana umat manusia makan berlebihan dari kebanyakkan penduduk dunia lain dan obesiti adalah satu pandemik. Ruang untuk dia meraih kemahsyuran terbentang luas.

Untuk membuktikan bahawa dirinya berbakat, Kat perlu melakukan keajaiban untuk mendapatkan perhatian. Kat merasa bahawa dia tidak terkalah oleh resepi sos demiglace warisan turun temurun nenek moyangnya, kemahiran memasak yang diasah semenjak dari berumur 5 tahun menolong ibu bapanya memasak hidangan keluarga dan menolong di restoran; yang kurang cuma peluang dan impak pada hidangan. Kat perlu nekad dan berani untuk mempersembahkan masterpiece ciptaannya.

Penilai makanan dari Eropah dan Asia, tukang masak – tukang masak terkemuka dan ahli keluarganya berada di ruang makan restorannnya; hari pertama pembukaan restoran miliknya. Dia mahu mendapat reviu yang terbaik dan impiannya untuk mengutip satu bintang dan tersenarai di dalam Michelin’s Guide tidak dapat ditahan-tahan lagi. Dia merancang untuk mendapat satu bintang dari Michelin’s Guide dalam masa setahun sahaja.

Dia menjenguk keluar, dilihatnya muka-muka terkenal berada di luar; Anthony Bourdain sedang merosakkan paru-parunya sambil menikmati wain merah bersama Marco Pierre White dan Gordon Ramsay. Donna Hayes, Kylie Kwong dan George Calombaris berbual rancak sambil bergelak ketawa.

Di satu sudut, Curtis Stone dan Jamie Oliver seakan berbincang sesuatu yang serius, mungkin koloberasi rancangan masakan antara dua tukang masak selebriti terkenal itu yang bakal menarik jutaan penonton dan laba yang besar.

Reputasi ayah Kat sebagai seorang tukang masak terkenal membantu Kat memulakan langkah pertamanya tetapi dia mahu membina namanya sendiri, bukan di atas tiket kemahsyuran ayahnya.

Kat kembali ke dapur, filet mignon yang dipanggangnya di dalam oven sedang menunggu masa untuk masak. Dia yakin dengan filet yang dipilihnya sendiri dari pembekal yang dipercayainya, dia pasti mampu menambat hati pengkritik dan tukang masak terkenal yang berada di ruang makan restorannya.

=================

“Papa ok?” Tanya Ivana. Dia hanya merenung susuk tubuh yang dulunya tegap dimamah kemurungan. Ivana sedar bukan mudah untuk menghadapi kehilangan orang yang dikasihi apatah lagi teman berjanji sehidup semati.

Tangan Ivana merayap diatas bahu bapanya dan dengan perlahan dia merangkul bahu bapanya. Bapanya cuma diam seribu bahasa, tidak menoleh sedikit pun. Sepi mengisi ruang waktu dan Ivana melepaskan rangkulannya. Perlahan dia menghadap bapanya. Lelaki itu dilihatnya kusut sekali, jambangnya menutupi dagu dan pipinya, matanya merah dan sinar gembira telah hilang dari matanya. Yang bertandang cuma duka yang panjang, tidak bertepi dan tiada akhirnya. Ivana mahu lelaki itu bangkit dari sedihnya, buang semua dukanya dan kembali hidup seperti dulu. Ivana tahu dia kini perlu menjaga dan memiliki hati lelaki itu, mengisinya dengan kegembiraan. Ivana tidak mahu kehilangan bapanya.

Ivana akan lakukan segala termampunya untuk menjaga dan memiliki hati bapanya. Ivana pasti!

==================

“Sayang, aku perlukan daging lagi. Boleh dapatkan untuk aku, mungkin dalam 140 pound untuk stok selama 2 minggu. Aku yakin pasti ramai pelanggan selepas pembukaan ini.” Getus Kat.

Ivana cuma mengangguk. Baginya, mudah benar mahu mendapatkan daging di Bandar ini. Bekalannya banyak sekali.

“Mahu yang lelaki ke perempuan?” tanya Ivana.

“Daging ibu kau, Raj dan Roney tu ada lagi jadi aku rasa mungkin seorang lelaki dan seorang perempuan.” Jawab Kat.

“Baiklah, nanti aku cari di ruangan mencari jodoh di internet.” Balas Ivana.

“Sayang, boleh aku tanya sesuatu. Kenapa kau bunuh Heidi?”

“Kau tahu aku bencikan perempuan tua kutuk tu. Sudahlah banyak mengomel, bapaku pula sayang sangat padanya. Kau tahu kan aku sayangkan bapa aku.” Jelas Ivana. Dimatanya membayangkan betapa suatu hari nanti dia akan berada rangkulan bapanya menikmati hidup indah sepasang kekasih. Untuk merealisasikan impiannya, batu penghalang paling besar; ibunya perlu dihapuskan. Sesudah itu, kesedihan pastinya pergi dan Ivana akan mengisi ruang kosong yang ditinggalkan ibunya. Ivana bukan sahaja cantik malah lebih muda dari ibunya, dia pasti bapanya pasti menyayangi kembali. Ivana terlalu sayangkan bapanya!

“Jadi, kau tak sayangkan aku?” Kat cuba menguji Ivana. Ivana memandang serius muka Kat sebelum menguntumkan senyuman.

Ivana mendekatkan mukanya ke muka Kat. Dibawah nafasnya, Ivana mengeluh.

“Tiada yang lain aku cintakan lebih dari kau dan bapaku.”

Bibir Ivana bertaut lembut di bibir Kat. Hangat terasa dan seakan menyuntik semangat baru dalam diri Kat dan Ivana.

Ivana menarik tangan Kat mengajak Kat masuk ke dalam restoran.

“Tahniah Katherine Fillus atas pembukaan Fillus Eden. Moto restoran ini sangat sesuai dengan menu istimewanya!”

Katherina dan Ivana masuk ke dalam restoran beriringan.

Di luar restoran Fillus Eden, dibawah nama restoran itu tertulis moto restoran dalam tulisan merah darah.

Human.Gourmet.Redefined.


Sangat cocok!

 

-Sekian-

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) pehhhh! hahahaha. sick gila endinggg.. haha!
    menengok semula episod 1 dan 2 mengenangkan aku pada zaman kegemilangan kapasitor.
    haha zaman tu jojo pun masih sudi mencemar duli memberi sepatah dua kata membaiki karya orang

    terima kasih kerana mengendingkan cerita ini!
  • 2) gulps..
  • 3) fuh, kalo dalam komik manga ni mesti ada scene satu bilik penuh darah dan ada potongan2 kaki, tangan dan kepala bergelimpangan kat atas meja, lantai dan dalam almari.

    fuh!

  • (Penulis)
    4) caha: nak buat ending camni, 3 tahun bertafakur di gunung semanggol memanggil ilham turun ke minda. hahahaha. ye benar, sekarang cuma komen sikit2, faham kerana jo byk komitmen.

    abang jo: apa yang gulps?

    jojo: tu la..aku bayang kaki badan manusia bersangkut merata2. ilham ada juga dari sweeney todds.
  • 5) Gila dueng. Tak sesia bertapa tiga tahun. Perghh.

  • (Penulis)
    6) ucu: hahaha. aku syukur akhirnya habis jgk. kalau tak, rasa macam berhutang je dgn kapa.

Cerpen-cerpen lain nukilan mangifera

Read all stories by mangifera