Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Juadah

 

Engkau akhirnya lega kerana Syawal menjelma. Engkau mulai berniat mahu mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Di telefon mudah alih, engkau titipkan mesej 'forward' atau lebih dikenali mesej kopipes kepada hampir semua nombor yang terdapat di buku telefon mudah alih engkau. Di Facebook, engkau ucapkan di dinding sendiri dan di dinding manusia-manusia yang tedapat dalam senarai kawan di Facebook. Di Twitter, kamu berkicau-kicau mengatakan perkara yang sama dan me'retweet' kicauan manusia lain atas perihal yang sama.

Menjelang pagi Syawal, engkau turut menyertai solat berjemaah Hari Raya di masjid, perihal solat subuh atau solat-solat wajib yang rongak pada Ramadhan itu kira dipadamkan dengan beranggapan engkau sudah minta maaf dengan Sang Pencipta. Sekembalinya di rumah, engkau bersiap sedia menyiapkan juadah untuk rakan dan taulan yang datang bertandang sekejap lagi. Engkau pastikan kuih dan biskut yang molek untuk dihidangkan, biar nampak unggul walau hanyalah kuih dan biskut. Begitu jugalah rendang dan ketupat serta lain-lain mengikut hidangan tradisi di negeri masing-masing. Baju Melayu/Baju kurung yang bersarung di badan masih bau kedai, fesyen terbaru dengan songkok KLCC/tudung langsir dengan jenama yang bukan calang-calang harganya. 

Maka, tiba lah rakan dan taulan bertandang. Engkau bersalam-salaman, memeluk-meluk mereka,meminta maaf atas segala perihal kecelakaan yang dilakukan sebelumnya. Rakan yang ditikam dengan pisau, dipujuk ceria memulakan sekali episod baru persahabatan. Emak dan bapa yang ditengking laung dipohon ampun akan kesialan diri yang tidak mengenang perut yang mengandung dan sperma yang berjaya sampai ke ovum. Usai meminta maaf, engkau jemput mereka menikmati juadah bersama engkau, di hari baru dalam bulan suci kata engkau. 

Juadah dimakan dan dinikmati bersama. Ada yang makan gelojoh, ada yang menguyah pelan-pelan, ada yang menolak makan. Engkau makan sehingga perut kembung. Bulat. Lauk-pauk yang terhidang adalah daging-daging saudara seagama engkau sendiri. Engkau menjilat jari. Kenyang. Lauk-pauk itu punya ulat-ulat kecil yang menerobos isi daging. Engkau mengambil bahagian yang paling banyak. Kunyah hingga lunyai. Kenyang. Bersendawa. Kemudian engkau berkata, " Ah, sedapnya. " 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ya, engkau perlu diingatkan. jangan hanya jadi hayawan..hehe..
  • 2) seorang pentipu? wahh! hehe.

    oh ada pula yang menolak makanan di pagi raya. ini mesti senggugut kelas 1.
  • 3) ada isi.. tapi ceritanya mudah sgt...
  • 4) pesta makan mlm dah abeh, pesta makan all day long pulak mari... yahuuu!

Cerpen-cerpen lain nukilan xConRadx

Read all stories by xConRadx