Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PCB#7 : Muslim.

  • 7
  • PETAK
  • 13 years ago
  • 7,101
  • FREE

 

“Hai,” tegur Brian. Riak wajahnya antara tidak pasti ; senyum ataupun tegang. Angin petang menyapa lehernya yang basah kepeluhan. Dia memandang Rohani yang asyik tersenyum tanpa berkata apa-apa. Enjin kereta yang masih mendengus di luar rumah menemani singkat sunyi itu.

 

Rohani memandang Brian. Sekali-sekala matanya pantas menjeling ke bawah. Dia menggelengkan kepala. Brian tersedar dan tersipu sebentar. Pantas sahaja dia memalingkan badannya kebelakang, keluar semula dari rumah dan membuka kasut yang tersarung di kedua-dua belah kaki.. Suara kecil Rohani mula berbisik dengan gelak yang sopan, menutup mulut.

 

“Duduklah. Saya ambil air,” kata Rohani perlahan. Dan sebelum sempat dia bergerak memalingkan badan, Brian menahan. Bahu Rohani dipegang lembut.

 

“Tak payah. Saya dah minum tadi. Dengan mak,”

 

“Ha? Bila mak awak sampai?”

 

“Ha?”

 

“Mak awak kat rumah?”

 

“Ya. Dekat Penang,”

 

“Ohhh. Awak dari Penang?”

 

“Ya,” dan jawapan itu buat Rohani tersenyum sekali lagi. Mereka berdua melangsungkan perbualan di sofa lembut di ruang tamu rumah itu.

 

“Mak sihat?” Brian diam. Sekadar mengangguk.

 

“Akhirnya awak balik. Seronok mak, dapat jumpa awak,” Rohani menyambung. Brian, yang jarang-jarang tersenyum, akhirnya menzahirkan bibirnya ke atas.

 

“Saya ke gereja semalam. Teman mak,” kata Brian. Kali ini, Rohani pula yang merapatkan rahangnya. Dia memandang Brian tekun-tekun dan bersedia untuk mendengar apa yang bakal diceritakan oleh guru muda ini.

 

“Dah lama saya tak masuk ke sana,” Brian memandang ke luar tingkap, dan meneruskan butir bicaranya.

 

“Rasa seronok, lihat manusia ber-Tuhan,”

 

“Semua orang punya Tuhan, Brian,” balas Rohani perlahan.

 

“Rohani,” Brian mengangkat kepalanya  dan memandang kepada gadis muda itu. Rohani membuka matanya sedikit besar, mendekatkan dirinya dengan Brian.

 

“Kalau awak, awak memilih agama, atau Tuhan?” tanya Brian. Rohani tersenyum. Dan sebelum sempat dia menjawap, Brian bertanya sekali lagi.

 

“Tuhan, atau agama?”

 

“Saya pilih keduanya, Brian. Saya ber-Tuhan dan saya ber-agama,”

 

“Mengapa keduanya sekali?”

 

“Kerana dari Tuhan, agama itu tercipta,” Brian terdiam mendengar jawapan dari Rohani. Dia tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Di dalam dunia ini, terlalu banyak agama yang dicipta. Dia tidak tahu.

 

“Mana Ana?” Brian tidak mahu melanjutkan perbualan sebegitu terlalu lama. Pantas dia menukar tajuk perbualan.

 

“Ana di Kuala Lumpur. Dia tak mahu ikut. Nak jaga ayah,”

 

“Macamana sakit ayah? Teruk ke dia?”

 

“Teruk juga. Strok,”

 

“Dulu, masa ayah awak sihat, dia layan awak dengan teruk. Dia sakitkan hati Ana. Dia tak peduli tentang kalian. Tapi, hari ini dia sakit, kalian berdua lah yang menjaganya,” kata Brian, sambil terus melepaskan keluhannya yang panjang.

 

“Brian, awak boleh mendendami siapa sahaja yang awak mahu. Tapi, hanya dengan berdendam, awak tak boleh tamatkan semua masalah. Baik atau buruknya dia, dia tetap ayah kami. Dan kami akan tetap memaafkan dia, seperti mana kami selalu mengharapkan dia memaafi kami,” Rohani tersenyum.

 

“Macam tu juga awak dengan ayah awak. Mesti awak dah memaafkan dia, kan?” Rohani menyambung. Anak gadis berambut pendek persis lelaki ini memandang Brian dengan dalam. Dengan satu pandangan yang meminta jawapan. Tetapi Brian masih diam, memandang ke luar, memerhati seekor-dua burung yang terbang tanpa arah tuju.

 

“Saya masih kecil pada waktu itu, Ani. Rohani, apa yang saya buat, langsung tidak setimpal dengan hukuman yang diberikan ayah. Saya tak tahu kenapa dia berlaku begitu. Seolah dia adalah Tuhan yang tak mampu lagi memandang wajah hambanya. Sangat murka. Dia seperti itu, waktu itu. Seperti saya ini terlalu derhaka dan tak lagi layak diterima syurga,”

 

“Mungkin itu cara dia mengajar awak,” kata Rohani. Dan selepas beberapa minit mereka menyepi, azan dari surau yang berdekatan berkumandang membelah angkasa. Brian mendiamkan diri. Rohani masuk ke dapur dan membiarkan lelaki muda itu seorang diri. Benar-benar sesudah azan dilaung, Rohani sekonyong-konyongnya keluar semula ke ruang tamu dengan membawa sehelai kain berwarna putih ; telekung.

 

“Hurm, Brian. Awak kisah tak kalau saya tinggalkan awak sekejap?” tanya Rohani.

 

“Awak nak ke mana?” Brian tidak menjawap soalan Rohani, malah menghulurkan soalan yang lain pula.

 

“Oh. Dah Asar. Saya ke surau sekejap,”

 

“2 ; 43” balas Brian.

 

“Ha?”

 

“Rohani, semasa awak di Kuala Lumpur, saya ada pergi ke Pusat Islam,” Brian berkata, lancar dan telus.

 

“Ha?” dan kebingungan kali kedua ini, menampakkan kaca-kaca jernih di bibir mata Rohani.

 

Brian tersenyum, dan melepaskan senyumnya perlahan-lahan. Dia bangkit dari duduknya yang sekian lama, dan terus melangkah ke pintu. Rohani masih di tempat asalnya, tidak berganjak sambil menanti jawapan yang dibingungkan itu. Brian memandang Rohani, dan antara berbisik atau tidak, dia menyebut,

 

“ 7:172”

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) yes...yes suka cerita ni! adakah ini sambungan dari filem Muallaf? dan nombor-nombor tu, suka juga!

  • (Penulis)
    2) Terima kasih. Ya, Muallaf.
  • 3) bagus brian ni. dia suka indekskan quran dan hafal terjemahannya.

  • (Penulis)
    4) Alhamdulillah.
  • 5) stailo!
  • 6) malu aku dgn brian... nais petak... tp klu ko letak nama surah lg bagus sbb no surah dgn no ayat tu mcm general sgt. Sekadar berbagi pendapat xde maksud lain.

  • (Penulis)
    7) Terima kasih.

    Berfikir tu bagus, Toti.

Cerpen-cerpen lain nukilan PETAK

Read all stories by PETAK