Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PCB#7: Asal Usul Perkataan Bodoh Ep2

  • 3
  • EzzD
  • 12 years ago
  • 9,186
  • FREE

 

Maka Bo dan Do terjun dan meneruskan niat mereka dengan berenang merentasi arus deras sungai itu. Tiada apa yang difikirkan mereka selain ingin sampai ke tebing dan melaksanakan hasrat mereka. Hari semakin gelap. Awan mula berarak mendung. Setitis demi setitis air hujan mencurah dan berlangsung lebat. Kuakan renangan mereka makin perlahan. Do sudah banyak kali tertelan air. Kudratnya sudah mula luntur. Bo melihat keadaan itu segera mencapai tangan Do dan renangan diteruskan. Semakin dekat dengan tebing semakin perlahan kuakan Bo. Tetapi dengan tenaga muda dan semangat ada Bo meneruskan. Mereka berdua pun sampai ke tebing dengan selamat. 

"Alhamdulillah, aku kato doh, itu hanya dugaan kito. Kalu kito tak usaho mano buleh kito sapa sini." ucap Bo bersemangat

"Betul kato mung Bo, tapi aku nyaris nok mati doh sakni. Tapi aku yakin kito bulehdan Allah sentiasa bersamo kito." balas Do sedikit penat,

"Kalu kito duk rumoh tak buat kijo pung, sapa maso kito mati jugok." Bo tetap dengan semangatnya.
 
Perjalanan mereka diteruskan dengan meredah hutan menuju tempat yang sesuai untuk berehat dan bermalam sementara menunggu hari esok. Mereka merentasi denai dan paya sehingga berjumpa satu kawasan perkampungan kecil. Kemudian kita terdengar satu suara seperti orang tengah mengada kuliah. 

"Kami mengemukakan amanat kepada langit, dan bumi, dan gunung-gunung, tetapi mereka enggan untuk memikulnya; dan manusia memikulnya. Sesungguhnya dia sangat aniaya, amat bodoh"

"Mung raso kito ni bodoh ko?" tanyo Do selepas mereka curi-curi dengar.
 
 "Kalu ikut kefahamae aku, orang yang hok tak usaha dan hanya duduk mengharap rezeki. Tu baru bodoh" balas Bo
 
"Pahtu kito ni relo bereney mari kokni pah nk bukok tanah hutae. Dengan kudrat tubuh sajo pulok tuh."
 
" Kito bukae bodoh, kito hanyolah "BO" "DO" ho tak kenal erti letih!"

***

Maka jelaslah untuk kita semua, bodoh bukan beerti tidak cerdik atau pandai. Tetapi orang yang tidak mengambilpeduli sesuatu perkara. Atau yang suka berlagak pandai! 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) yay, ending yang bermesej

    jap, tapi cerita ni .. macam tak memenuhi tema pcb#7.
    tema tu fan fiction / fiksyen peminat.

    hmmmm
  • 2) yeah, bodoh = berlagak pandai! haha

  • (Penulis)
    3) terima kasih caha dan kamalia kerana sudi membaca. owh lari dari tema ya. tape lah. saya tahu ia pasti tak akan menang kan. saya berkongsi jelar ya. maaf2. hihi

Cerpen-cerpen lain nukilan EzzD

Read all stories by EzzD