Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Bilik kosong yang pintunya rona merah berbentuk hati
Menurut Khalil Gibran setiap orang punya Salmanya masing-masing. Kalau Romeo ada Juliet, Majnun ada Laila, Uda ada Dara dan aku ada N. Tapi siapa N? Dia bukan Cinderella. Dengan mata hitam telanjang tanpa kanta lekap, teksture rambut yang kurang sihat, berhidung rata dan kulit yang kusam menjadikan dia tak jauh berbeza dengan watak manusia perempuan dalam realiti hari-hari. Dengan segala yang selalu ditafsir sebagai kekurangan, dia tetap terpandang istimewa. Setidak-tidaknya dimata aku. Sehingga membuat aku edan kasmaran. Kata orang dari mata turun ke hati. Dan itu benar-benar jadi.
Aku tumbuh menjadi pemuja N (siapa kira cinta itu hanya terbit dari hal yang indah-indah?). Seawal pagi sewaktu mentari mula mengintai dari celahan pohon pine hingga terbenam jauh di dada horizon. Hari-hari aku tak lengkap tanpa melihat mata, rambut, kulit dan segalanya tentang dia. Love is blind dakwa Shakespear. Gharib tapi benar. Jangan ditanyakan alasannya, sebab dalam hidup ini banyak hal yang berlaku tanpa alasan. Aku panggil itu mirakel. Ya, mirakel.
Pertama kali aku kenal bahagia bila dia sudi menumpangkan aku dalam bilik kosong yang pintunya rona merah berbentuk hati. Tak akan ada pakar bahasa yang mampu menterjemah rasa itu penuh seluruh. Sejak itu aku dan N seperti mana kebiasaan pasangan lain di belahan dunia, bersama-sama merai cinta dan kemudaan tanpa perlu berlagak suci. Tiada bohong-bohong indah bergantungan dibibir kami. Dan aku pun tak pernah mengimpal janji yang muluk-muluk baik tentang anak-anak comel ataupun kehidupan urban dengan rumah banglo tiga tingkat ditengah kalbu Kuala Lumpur. Aku dan N mewarnai cinta itu dengan cara kami yang biasa-biasa. Tiada pari-pari. Tiada tongkat sakti.
Tapi hidup ini semacam laut. Ada masa tenang dan ada waktu merusuh. Dalam realiti basahan istilah happily ever after adalah bidaah. Bencana tak datang dengan salam atau mengetuk pintu rumah sambil berkata : boleh kami masuk? Segala berlaku sepicing mata.Tak terjangka. Setelah lama berhubungan dalam kondisi yang aku kira mengalir, diam-diam N telah memplot mimpinya sendiri. Seperti ditembak dengan revolver Smith &Wesson 460xvr tepat ke jantung, bila meyedari dalam lakaran kasar pelan tersebut tak ada aku. Pelbagai andaian impressionistik aku olah untuk mewajarkan semua itu tapi tiada satu pun yang munasabah. Brengsek.
Big girls need big diamonds. Kata Elizabeth Taylor ini menjelaskan semua. N ingin mekar dipuncak bukit yang jarang dipanjat orang. Bukan kembang menjalar dipagar karat dewan serbaguna perumahan rakyat yang tak ada CF. Dan mengikut perhitungan arimatik dan logik, walaupun aku berkerja keras, katakanlah sekeras balau hingga mencecah umur 60 tahun dengan semua wang simpanan ditambah dengan KWSP sekalipun aku masih tak termampu untuk menghadiahkan N cincin permata dari Jacob and co. Tak mungkin.
Aku putus untuk mengosongkan bilik yang pintunya rona merah berbentuk hati itu. Melangkah keluar dengan hati relai bersama iringan lagu Too Much Love Will Kill You yang menderu dari langit. Dan hari itu aku gayung pelajaran baru dalam hidup. In revenge and in love woman is more barbaric than man is. Salut Nietzsche. Fak N!
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen CintaCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) Ganjil, Cerita kau ni membuatkan aku membaca lebih laju. Terkesima dan ada ruh-ruh sastera yang lain, ilmu kata-kata hikmah, jalan belakang dan bawah tanah. Salut untuk karya kau.
- khairulr
- 12 years ago
-
2) Saya suka.
- Leona_dja
- 12 years ago
-
3) pertama, aku suka tajuk cerpen ni.
kedua, aku suka ayat pertama cerpen ni.
ketiga, keseluruhan cerpen ni berjalan seolah-olah macam naik sampan kat tengah-tengah laut. santai, tapi kadang2 berombak.
keempat, aku rasa Nietzsche memang suka menyindir- kamalia
- 12 years ago
-
5) personafikasinya padat dan menarik.
tulisan-tulisan kau pasti aku akan ikut lepas ni. menarikness!- cahatomic
- 12 years ago
-
6) suka!
- Kurusawa
- 12 years ago
-
7) Fak N!
- DLHaqifa
- 12 years ago