Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

HIKAYAT CINTA

 

HIKAYAT 1

                Ezra memandang lama bangunan empat tingkat yang tersergam indah di depannya. Masih berkira-kira mahu menunggu di situ atau pulang sahaja. Matanya beralih kepada surat lapor diri di tangan kirinya.

                “Adik, cari siapa ye?” Tanya satu suara. Ezra angkat kepala. Lelaki itu tersenyum padanya.

                “hem..saya nak lapor diri” Balas Ezra ringkas,matanya terarah kepada jaket biru yang berlogo TM dan tanda nama yang bertulis Fikri itu.

                “Oh.. mari abang bawak kamu naik jumpa Puan Aini,jom!”. Ezra membututi Fikri hingga ke tingkat tiga bangunan ibusawat itu.

                “Adik, itu bilik Puan Aini, adik lapor diri kat situ ye..lepas lapor diri, adik turun bilik MDF kat

tingkat 2” Ezra angguk kepala bagai belatuk, walau hakikatnya dia sendiri tidak tahu MDF itu apa. Fikri berlalu meninggalkan Ezra mematung di situ..

                                                                *****

                Lima belas minit kemudian, Ezra turun ke bilik MDF. Matanya terus terarah pada Fikri yang duduk menghadap pintu utama. Fikri menghadiahkan senyuman tatkala mata mereka bertentangan. Ezra berjalan menghampiri Fikri.

                “Puan Aini suruh saya lapor diri pada Encik Fikri. Sebab, saya nak pindah praktikal kat SAF Seri

Iskandar..” Fikri angkat kening ala-ala the rock.

“Kenapa tak praktikal kat TM batu Gajah nie?.tu.. tengok, ada ramai kawan tu..” Sambil jari Fikri

mengarah kepada sekumpulan pelajar yang sibuk bersembang itu.

“Sebab, TM Seri Iskandar lagi dekat denga rumah saya..” Balas Ezra cepat-cepat. Fikri hilang kata-kata.

“Masalahnya sekarang, SAF Seri Iskandar tu tak ramai staff, kamu tak segan ke?nanti kamu kena 

ikut saya melawat cabinet hari-hari, lalu ke kamu nak menjumper di MDF, panjat tiang test

DP,lepas tu pergi rumah customer test streamyx. Sanggup ke?” Panjang lebar Fikri menerangkannya pada Ezra, Ezra hanya mengangguk. Fikri angguk terpaksa.

“Esok lapor diri kat SAF seri iskandar, Pakai seluar & t-shirt, kalau kamu pakai baju kurung

macam nie, macammana nak panjat tiang..?” Kini giliran Ezra pula yang angkat kening.

*****

                “Assallammualaikum..” ucap Ezra di muka pintu pejabat setingkat yang berlogo TM itu. Seisi pejabat terarah kepadanya. Ezra cuba mencari wajah-wajah yang di kenalinya.

                “Waalaikumsalam!” Balas satu suara di belakang Ezra. Ezra berpaling sambil mengukir senyuman. Fikri juga mengukir senyuman,terlihat lesung pipit di pipi kanannya.

                “Mari ke meja saya..” arah Fikri. Ezra ambil tempat di kerusi bertentangan dengan meja Fikri. Ezra mengeluarkan sepucuk surat yang bertaip ‘Bahagian sumber manusia TM utara’ lalu menyerahkannya kepada Fikri.

                “Nur Ezra..betul?” Ezra angguk kepala.

                “Macam ni Ezra, staff kat SAF Seri Iskandar ni ada lima orang je, Encik Talib dan Encik 

                Hasan buat doket, Encik Azlan dan Encik Alang jaga Kabel, Saya pula buat installation 

                Streamyx..”  Ezra sekadar mengangguk. Cuba memahami setiap kata-kata Fikri.

                “Ezra ni umur berapa?”

                “22 tahun..kenapa?”

                “Oh.. Ezra kena panggil saya abang Fikri,sebab saya 25 tahun..”

                “Perlu ke?” Balas Ezra acuh tak acuh..

                “Perlu..” balas Fikri sambil tersenyum.

Bermula dari pagi itu, staff-staff di SAF seri iskandar itu tidak jemu-jemu memberikan ilmu kepada Ezra. Bermula dari penggunaan Webstar, Cass,membaca doket  malah Ezra juga di ajar warna-warna jumper di dalam kotak DP.

 

 

 

 

 

 

 

HIKAYAT 2

01.03.2009. Genap dua bulan Ezra menjalani latihan praktikal di SAF Seri Iskandar. Dan, hampir setiap hari jugalah Ezra akan setia mengikuti Fikri ke MDF, Kabinet, mahupun rumah customer. Dan semenjak dua bulan itu, tidak pernah sepatahpun Ezra merungut apabila di suruh menjumper di Kabinet di bawah terik matahari, atau sekadar menanti di tepi jalan tatkala Fikri sibuk menguji talian di atas tiang. Fikri dapat merasakan sikap Ezra sangat berlainan dengan gadis biasa. Sikap Ezra itu benar-benar menarik perhatiannya untuk terus mengenali Ezra.

“Nah.. ambil doket ni, Ezra jumper kat cabinet ye.. “ Arah Fikri sambil menghulurkan sekeping kertas A4 pada Ezra. Ezra angkat kening ala-ala the rock.

“Boleh ke tak ni?, kan dah pandai jumper untuk streamyx?,macam tak redha je..” Balas Fikri. Ezra geleng kepala. Fikri memberhentikan Vivanya di tepi cabinet yang bertulis BV F351 yang terletak di luar pagar masjid Al-Azim itu.

“ Ini kuncinya “.

“Kalau tiba-tiba line customer tak boleh pick-up, abang jangan salahkan saya ye..” Jawab Ezra, Fikri tersenyum. Sengaja mahu menduga keyakinan Ezra.

“Abang pergi toilet kejap.. buat betul-betul..” Fikri mengukir senyuman sambil berlalu ke dalam kawasan masjid. Ezra hanya mengangguk tanda mengiyakan arahan Fikri itu. Setelah siap kerja-kerjanya, Ezra duduk di batu berhampiran cabinet itu, matanya terarah pada Viva bernombor pendaftaran WQP 489 itu. Ada kenangan dan kerinduan yang bakal di tinggalkan di situ.

“ Rileks nampak?dah siap?” Tanya Fikri sambil angkat kening..

“Dah laa.. abang Fikri tengoklah, kalau salah, jangan salahkan saya..” Ezra pula mengugut.

“Ye laa..” Balas Fikri sambil berlalu ke cabinet.

 “Betul ke E-side dengan D-side ni?” Tanya Fikri, sengaja mahu menduga.

“Entah.. kalau salah, maknanya..abang Fikrilah yang salah ajar saya..” Balas Ezra sambil angkat kening.Sengaja tidak mahu kalah. Fikri geleng kepala.

“ Jom pergi rumah customer pulak, nak test modem nie.. lambat tinggal!” Fikri cepat-cepat berlalu ke keretanya. Ezra cepat-cepat ambil tempat di bahagian penumpang.

“Ezra sayang, cuba tengok pintu cabinet tu..tak kan nak biar terbuka macam tu je?” Ezra turut memandang ke tempat yang di maksudkan Fikri itu. Ezra mula angkat kening ala-ala the rock.

“Saya ke?” Balas Ezra tidak puas hati. Fikri mengangguk. Dengan muka yang mencuka, Ezra kembali ke cabinet, ‘nasiblaa ni cabinet pouyet..’ bisik Fikri sendirian.

“Dah” Tanya Fikri. Ezra hanya mengangguk.

“Nah..” Fikri menghulurkan sekuntum bunga lili kepada Ezra.

“ Bunga lili je?” Balas Ezra tidak puas hati.

“Nanti abang bagi bunga mawar ye..” Jawab Fikri slumber.

“Tak naklah.. Ezra nak bunga cactus!”

“Pulak? Tak pe, kejap lagi.. kita singgah rumah customer poyo semalam, nanti abang rembat 

cactus dia, okey?” Mereka sama-sama ketawa.

 

HIKAYAT 3

26.05.2009

                “Abang Fikri, hari ni.. hari akhir Ezra kat sini.. Sebenarnya...” Ezra kehilangan kata-kata. Matanya di larikan tatkala terpandang pandangan redup Fikri. Fikri angkat kening.

                “Sebenarnya, Ezra minat dengan abang Fikri..” Fikri tergamam, kehilangan kata-kata.

                “Ezra…” perlahan suara Fikri menyebut nama Ezra. Ezra masih menundukkan wajah, malu mahu menatap wajah tampan berkaca mata itu.

                “Sebenarnya, abangpun minat dengan Ezra…” Ada riak gembira di wajah Fikri. Ternyata, lima bulan adalah satu jangka masa yang panjang untuk Fikri lebih mengenali siapa Ezra sebenarnya.

 

HIKAYAT 4

                Pagi itu, semua sanak –saudara telah berkumpul di kawasan rumah Ezra, semua sudah tidak sabar untuk menyaksikan detik-detik Ezra di lamar menjadi tunangan orang. Ezra apatah lagi,dia sendiri tidak menyangka keputusan yang di ambil oleh Fikri untuk melamarnya adalah bukan satu gurauan.

                Sedang Ezra menanti untuk di solek oleh mak andam, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ada riak kerisauan bertandang di wajahnya tatkala nombor yang di lihat tidak pernah menujah skrinnya.

                “Kak Ezra?.. Ni Risya,adik abang Fikri, kak.. akak kena kuat..”  Ezra masih terdiam. Menanti Risya meneruskan kata-katanya.

                “Abang Fikri dah tak ada, abang accident setengah jam yang lalu..”  Ezra tergamam, telefon di tangannya terjatuh.Ezra kelu, air matanya tiba-tiba gugur. Terbayang-bayang di matanya Fikri yang sedang bersandar pada Gen-2 Putih tersenyum padanya.

*****

Aku telah lelah mengikuti

Semua langkah kakimu

Dan mengharap bisa memiliki

Berbagai cara telah aku lakukan

Untuk hidupmu

Hingga aku mengorbankan hidupku

Buka hatimu

Bukalah sedikit untukku

Sehingga diriku

Bisa memilikimu

Betapa sakitnya

Betepa perihnya hatiku

Selalu dirimu tak menganggap ku ada..

            Ezra menghayati bait-bait lagu ‘Buka Hatimu’ dari Armada.

“Abang Fikri, lagu ni untuk abang…” tutur Ezra Slumber.

“Ye laa.. abang ni buta kayu, tak pandai nak feeling-feeling..”Balas Fikri

Ezra menyeka air mata yang semakin galak turun ke pipinya. Ada nada sedih dalam hikayat cintanya. Hikayat Cinta yang tak pernah kesampaian..

~Kerana cinta itu hanya satu hikayat, dan hikayat tak selalunya benar-benar berlaku~

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) erkk.. wahh. .sad ending (
    huhuks. kenapa abg fikri pergi dulu tak tunggu ezra

Cerpen-cerpen lain nukilan rasyidah

Read all stories by rasyidah