Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Bainun kini gadis manis 17

 

Bainun kini gadis manis 17. Tak macam remaja sebaya dia, Bainun anti kapitalis dan benci Justin Bieber. Bila ditanya kenapa, Bainun jawab : aku punya selera, aku punya sukalah. Kau peduli apa? Memang sejak lahir dia pelik. Kata ibunya, Bainun lahir tak menangis. Puas nurse tepuk-tepuk belakang  nak paksa Bainun menangis, tapi Bainun tetap tak menangis. Degil.

Bainun tumbuh dengan susu badan. Dia tak minum susu skim. Dia tak peduli meski susu itu ada rumusan membesar bagai johan, dia tetap suka susu badan. Susu yang dinyonyot dari kantung perempuan yang ditapak kakinya ada surga. Dari situ bermula lah evolusi Bainun sebagai seorang manusia yang berbeza dengan teori Darwin.

Bainun melangkah ke alam sekolah dengan penuh rasa teruja. Tiada tangis dan sedu sedan. Dia mengulit buku teks  seperti pelajar lain tapi dari sudut pandang yang berbeza. Dia jenis yang jarang bertanya. Tapi kalau dia menyoal, pasti menjengkelkan. Pernah satu hari dia bertanya: Cikgu, kenapa bendera kita sama dengan bendera Amerika? Disebabkan cikgu tak ada jawapan, dia dicop tak patriotik.

Time discover truth kata ahli falsafah Rom, Seneca. Bainun bukan ahli falsafah dan dia pun tak kenal  pun siapa Lucius Annaeus Seneca. Tapi dia akur dengan kebenaran tersebut. Memang usia itu mematangkan. Dia banyak belajar dari masa perihal yang tak diajar disekolah. Kini dia mula beranjak masuk ke fasa remaja. Fasa untuk mengenal dunia. Ketika yang lain sibuk terkinja-kinja di Facebook, dia belajar membangunkan hubungan sosial dengan persekitaran tanpa campurtangan Mark Zuckerberg.

Bainun tak kebulur untuk menjalin cinta picisan dengan mana-mana budak lelaki hingusan yang horny. Bainun bukan lesbian. Dia ada siasah diri dan tahu meletakkan sikap. Dia tak mahu jadi bangang dan ikut-ikut.  Dia ingat pesan atuknya, pejuang kemerdekaan yang tak dikenal itu: Akal itu percuma. Jadi berfikirlah, jangan malas! Sejak itu dia memilih untuk jadi kritis. Berfikir hingga ke akar umbi, sampai pada hakikat, essensi atau substansi hal yang difikir.

Tapi dalam cerita ini Bainun masih seorang manusia. Dan sebagai manusia Bainun juga tahu horny dan perlu cinta. Cuma selera Bainun sedikit aneh.  Dia lebih turn on dengan ucapan amor fati dari I love u. Pertama kali dia jatuh cinta apabila terbaca kalimat : Di atas robohan kota Melaka kita dirikan jiwa merdeka. Mulai detik itu Bainun jadi intim dengan jalur kidal. Dia juga rasa Burhanuddin Helmi itu bukan sahaja ganteng tapi romantis. Lama kelamaan Bainun makin galak . Dia bermastubasi dengan jalan pemikiran dan falsafah tokoh-tokoh kiri . Masturbasi hingga puncak orgasme.

Bainun kini gadis manis 17. Tak macam remaja sebaya dia, Bainun benci k-pop dan tak baca karya pop. Bainun lebih suka makan karipap dari baca novel cinta. Cerkon ini pun Bainun takkan baca. Jangan harap. Bainun bukan poyo, tapi belajar jadi selektif. Kata orang : Choosing to live your life by your own choice is the greatest freedom you will ever have.  Jadi Bainun rasa sebagai anak merdeka dia berhak untuk berkata ya atau tidak. Tapi dia tak kisah kalau ramai yang suka kapitalis, Justin Bieber, K-pop atau karya pop. Itu selera masing-masing. Tapi jangan tuduh dia pengkhianat bila dia minat Samsiah Fakeh.

Bainun memang pelik!

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) best gila! padat dengan sindiran. baca tak bosan hingga akhir.
    Petak mungkin boleh ambil ni jadi rujukan untuk cambah inspirasi.

  • 2) mungkin Bainun tak pelik, tapi ramai yang stereotaip, jadi Bainun nampak pelik. aih...

    p/s: "Akal itu percuma". Dem, baru aku sedar! haha!
  • 3) benci semua benda yang popular kot?
    Bainun punca radikal yang lurus.

    dia mungkin cantik yang menarik, atau gemuk yang hitam tapi hati sama macam orang lain.
  • 4) Jangan risau, Bainun. Orang yang suka Bieber, K-Pop dan Karya Pop tak datang baca cerkon ini.

Cerpen-cerpen lain nukilan ganjil

Read all stories by ganjil