Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Bisik Angin Teluk Bidara

 

\"\"


“… Ini bisik rindu angin dari laut
tentang pantai ini
yang telah kau singkirkan tanpa rasa
seolah tiada luka
pada daun-daun bidara yang tercarik
dan puntung kayu api berserakan
kau biar terpadam sendiri...”

 

Mungkin sahaja kelakianku rasa tercabar. Hatiku tersentuh dan begitu menghiris dengan setiap patah kata-kata yang terbit dari bibirnya. Lebih terasa pedih hirisannya dari tajam teritip yang mengores kaki telanjang di terumbu karang. Bahkan bisa kata-katanya lebih pantas menyelinap ke jantungku dari bisa sengatan obor-obor di laut.

“Abang masih mahu meneruskan kerja di laut tu?”

“Bukankah Az telah berjanji, berkahwin dengan abang, dan laut ini sekali!”

Aku hanyalah seorang lelaki yang mencintai laut lebih dari segalanya. Namun hasilnya hanyalah sebuah kehidupan yang terlalu sederhana. Tidak ada yang dapat kubanggakan selain semangat seorang lelaki yang kukuh.. 

Yang mampu aku berikan buat isteriku hanyalah cinta suci dan sebuah teratak dari papan yang aku bina sendiri di atas tanah peninggalan arwah ayah tidak jauh dari laut. Teratak di atas tanah lembah yang sering kali digenangi air bila hujan turun di musim tengkujuh. Teratak inilah aku bina sebuah kehidupan sederhana yang tidak sekali pernah mengenali erti kemewahan. Hanya deruan ombak yang terdengar dari jauh dan riuh sang helang berdada merah yang melayang pergi dan pulang di langit pantai Teluk Bidara ke laut luas sahaja yang ada menjadi penghibur.

“Abang mahu anak-anak kita nanti akan menyambung warisan ini?”

Aku hanya diam dengan gelora rasa yang membadai di hati. Kutahan diri dari mengeluarkan kata-kata bernafas amarah.

“Setiap kali bila Az melihat mereka bermain di pantai, dengan badan berbau air laut, hati kecil Az cepat-cepat berdoa, biarlah dewasa nanti bukan lagi bermain bersama ombak, bukan lagi bermain bersama ikan, ketam, sotong dan udang di laut. Biar mereka tinggalkan pantai ini, pergi ke kota untuk kehidupan yang lebih sempurna!“

Ada kata-kata keras membantah yang ingin kulontarkan buatmu isteriku, tapi tidak pernah terkeluar. Kata-kata itu tersekat seumpama cebisan tulang ikan yang dimamah, tersengkang di kerongkong dan dada ini. Itulah aku, membiar sahaja kepedihan itu terpendam segalanya dalam diam.

Isteriku, satu-satu tempat untukku bersandar dari penat dan lelah, juga tempat aku mengadu ketika aku rasakan laut tak lagi mahu bersahabat. Hanya kepada dia ketika aku nyaris putus asa dengan kehidupan ini.

“Pernahkah Az lihat orang yang selalu bahagia dalam hidupnya? Bukankah kesedihan dan kesengsaraan juga adalah imbangan kepada kebahagian dalam kehidupan. Ia membawa pembelajaran dalam hidup. Itu pun kalau kita ingin memahami hikmat di sebalik setiap yang berlaku.”

Aku kini seorang lelaki yang sedang terumbang ambing dilambung gelora laut kehidupan yang mengganas. Walau pun diriku sendiri seorang nelayan yang biasa bermain dengan ombak dan gelombang laut, namun dugaan dalam kehidupan yang aku lalui ini lebih hebat dari  hempasan badai gelombang laut China Selatan di musim tengkujuh.

Kini, ungkapan puisi yang sering merangsangkan diri tidak lagi kedengaran seperti selalu. Tiada lagi bait-bait indah tersusun yang terbit dari bibirnya. Kini setiap kali aku mula melangkah menongkah arus dan ombak laut, yang mengiringku hanyalah lambaian kosong seumpama lambaian sehelai kain buruk yang terbang tanpa haluan ditiup angin.

“Abang, Az sudah puas menelan bilah-bilah sengsara ini. Abang fikir, masih terhimpunkan lagi kesabaran di hati Az?”


****


Laut ini, terlalu besar maknanya dalam hidupku. Sekian tahun bersamanya, aku tidak pernah sekali tunduk menyerah kalah ketika gelora ganasnya membadai. Setiap jengkal kedalamannya, setiap gelombang yang menghempas, segalanya adalah warna-warna dalam kehidupan.

“Penyakit anak encik ini dikenali sebagai VSD atau venticular septal defect. Iatu satu keadaan di mana terdapat beberapa lubang antara atria jantung. Biasa berlaku di kalangan kanak-kanak.” ungkapan Dr Nurul Hasnah, Pakar Jantung Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Aku menarik nafas panjang. Demi tuhan, tidak pernah sekali dalam hidupku pernah mendengar tentang penyakit ini, apa lagi untuk memahaminya. Yang aku tahu Haikal sering sahaja menangis. Pernafasan dan pergerakan nadi Haikal laju. Berat badannya juga tidak bertambah seperti kanak-kanak lain.

Isteriku hanya mampu menangis sambil memeluk Haikal erat. Kebelakangan ini air mata mudah sahaja mengalir keluar di tebing pipinya. Keadaan kesihatan Haikal yang kian menyusut memang memberi tekanan hebat pada isteriku.

“Begini, sejumlah darah yang mengandungi oksigen dari bahagian kiri Jantung terpaksa masuk ke bahagian kanan melalui dinding penyekat, apabila terdapat lubang pada dinding tersebut. Darah yang berlebihan ini kemudiannya dipam semula ke dalam paru-paru yang menyebabkan kerosakan kepada paru-paru anak encik. Haikal perlu dibedah segera!” Ujar Dr Nurul bila melihat aku hanya berdiam diri tanpa bertanyakan soalan.

Ingin sahaja ku katakan pada diri sendiri bahawa aku ini sedang bermimpi, dan  sebaik aku bukakan mata, yang aku ingin lihat adalah laut dan kebiruannya. Tiada ombak, tiada gelora, tiada gelombang, tiada tiupan angin. Biar yang ada cuma sekumpulan camar riang berterbangan di dada langit.

Aku impikan melayari laut luas yang tenang dan damai. Pernah juga ku dengar, laut adalah misteri yang tidak akan pernah selesai diselami. Namun masih laut itu adalah satu-satunya tempat di mana aku merasa kalau sendiri itu kadang-kadang baik adanya.

“Kami tiada kepakaran pembedahan jantung yang melibatkan 4 injap. Tambah lagi Haikal juga mengidap down sindrom. Kos dan penjagaan pesakit jantung down sindrom sama seperti menjaga dan merawat 3 orang pesakit jantung biasa. Haikal mesti dihantar ke Institut Jantung Negara. Kuala Lumpur.”

Mahu sahaja aku anggap kata-kata lembut yang keluar dari doktor wanita di hadapanku ini sebenarnya adalah sekadar gurauan sahaja. Atau mungkin sahaja apa yang diperkatakannya sebentar tadi adalah tentang orang lain, orang tidak pernah aku kenali.

“Kami dah berhubung dengan pihak Institut Jantung Negara untuk pembedahan Haikal pada bulan Disember ini. Kosnya sebanyak RM60,000 membabitkan caj katil, makanan, prosedur pembedahan, penjagaan, ubat-ubatan dan ujian.”

Alangkah baik kalau pada waktu ini aku adalah seorang yang pekak dan tuli, yang dapat aku dengar di telingaku hanyalah bunyi deruan ombak yang menghempas pantai. Mana mungkin untuk orang seperti aku, seorang nelayan kecil mencari wang sebanyak itu. Jangankan memiliki, melihat wang sebanyak itu pun tidak pernah. Aku hanya seorang hamba tuhan yang mengharapkan sepenuhnya rezeki dari limpahan laut yang jumlahnya tidak menentu, malah pernah juga aku pulang hanya dengan tangan kosong.

“Abang…”

“Akan abang usahakan…”

Aku masih tetap  seorang lelaki yang tidak akan membiarkan dugaan yang datang mengganggu keyakinan aku. Kepercayaanku pada takdir Tuhan tidak pernah goyah. Pasti setiap yang berlaku sentiasa ada hikmah di belakangnya.

“Tiada apa lagi yang tinggal di badan Az kecuali cincin perkahwinan kita.”

Tidak lagi aku terbaca harapan pada setiap lontaran kata-kata mu seperti dahulu. Bebola api ketabahan tiba-tiba layu di matamu.  Kita mulai tidak bersama menghadapi dugaan dan ujian tuhan yang datang silih berganti.


*****


Tiada apa yang akrab dengan diriku selain dari laut pantai ini. Dari laut ini aku belajar erti kehidupan, belajar untuk tidak cepat putus asa dalam mengharungi kehidupan yang begitu mencabar. Ombak dari gelombang laut yang bergelora ini, aku sangah dengan tenaga tulang empat kerat lelakiku. Laut yang aku warisi ini membuat aku percaya bahawa aku perlu menjadi lelaki yang kuat dan tabah.

“Mak!”

Haikal merengek perlahan. Anak bongsuku ini yang baru berusia tiga tahun segera kupeluk. Badannya yang kurus berbahang panas. Matanya merah berair. Kuusap rambut Haikal, terasa hangat kepalanya. Ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital tidak pernah lupa kuberikan, namun tahap kesihatannya tidak pernah berubah.

“Mak!”

Haikal merengek lagi. Anak kecilku ini segera aku baringkan di atas lantai berlapikkan tikar mengkuang yang dianyam sendiri oleh isteriku. Sambil membelai ubun-ubunnya, aku menyanyikan lagu tentang laut, seperti yang ibunya sering lakukan untuk menidurkannya.

“Anis, buatkan adikmu bubur nasi.”

Tak sempat habis menjemur ikan di pangkin, Anis, anak sulungku....... 

Puisi : http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/4767\"
Gambar : Unknown

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Suami Isteri

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) Salam.

    Dah lama tak hantar karya ke Kapasitor. Moga masih diingati di sini. Selamat membaca. kalau nak komen silakan.
  • 2) aku terkulai layu...aduhai dunia...
  • 3) aduh .. rindunya dengan karya sebegini.
    gelap juga orang laut abg sham. sure dia menusuk2 baca cerita gini.

    saya kerja maritim malaysia, so kira orang lautlah juga hihi.

    sampai hati az. anak-anak sanggup ditinggalkan.
  • 4) terima kasih caha..benar katamu..hingga aku tidak sanggup menghabiskan pembacaanku...
  • 5) kelajuan ceritanya sangat tenang.. gambar hiasan pun mendamaikan. memang banyak pengalaman dan ketenangan.
  • 6) like3...upenyu mmg berbakat.....sy mmg suke karya2 mcm nih..ada cite2 kemasyarakatan dan kekeluargaan..
    sblm ni baca novel RESTU je...ada sapa tau..?
    kalo ade nk suggest msg kan saya ye...tq

Cerpen-cerpen lain nukilan Upenyu

Read all stories by Upenyu