Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

si bodoh dan si bangang 1

 

Di saat waktu semua manusia masih bermimpi akan berjaya di kemudian hari. Bertemulah dua makhluk yang berjiwa agak sama, mungkin. Mungkin tidak. Dan pertemuan mereka ini berlaku di tempat manusia menunggu bas. Bagi mereka ini tempat menunggu  bas. Apa istilah yang sesuai ye? anda tahu?

sibangang: ahhhhhhhh persetankan dengan istilah

sibodoh: errrrr......kau ni kenapa? bangang ek?

sibangang: ehh kau tau mana nama aku?

sibodoh: dah ada kertas melekat di belakang baju kau tu. "saya bangang"

sibangang: bodohhhhhhhh

sibodoh: apasal kau panggil aku pulak???

sibangang: aik nama kau bodoh? eloklah. kau buat apa kat sini?

sibodoh: kau ni bangang jugakkan, of course la tunggu bas.

sibangang: selain tu?

sibodoh: bercakap dengan sibangang

sibangang: bodoh

sibodoh:iye saya

sibangang: kau percaya pada cinta?

sibodoh: apa tidak ada isu lain ke? balik2 cinta, balik2 cinta

sibangang: bagi yang berkasih sayang, agamanya cinta.

sibodoh: Rumi?

sibangang: kau tau jugak bodoh?

sibodoh:mestilah, bila bercinta semua orang jadi bodoh. maknanya semua orang jadi seperti aku. kau percaya tak aku ini pada kehidupan yang lalu adalah Rumi.

sibangang: maaflah aku bukan  bodoh nak percaya.

sibodoh: tapi kau bangang?

sibangang: so what? apa definasi bangang?

sibodoh: maaf aku bodoh dan tak tahu definasi bangang

sibangang:semua itu istilah, manusia yang letak.

sibodoh:kita bukan manusia

sibangang:bukan

sibodoh:terus kita apa?

sibangang: kita makhluk

sibodoh: makhluk apa?

sibangang: makhluk Tuhan

sibodoh:kau tahu kita sudah mengarut jauh, sedangkan ini hanya pengenalan.

sibangang: ouh maafkan aku si bodoh.

sibodoh: tidak mengapa, aku ada ucapan sedikit.

sibangang: ok apa dia

sibodoh: kepada pembaca yang cerdik,bijaksana,kreatif,inovatif,pikap,punyai IQ yang tinggi.....ini hanyalah tulisan yang mahu memberi perkongsian tentang peristiwa2 bodoh dan bangang yang telah berlaku dalam diri penulis.

sibangang:siapa penulis?

sibodoh: pemuja

sibangang:siapa?

sibodoh:ah malas layan ko, aku gerak dulu

sibangang: tapi bas tak sampai lagi.

sibodoh: kat hospital ni mana ada bas.

sibangang: aik kita dalam hospital keeeeeeee.....wuuuu.....wuuuuu.....wuuuuu

sibodoh: woi bangang diamlah. dah jom turun. sejuk pulak lepak atas atap ni

sibangang:ok, tapi matahari lawa

sibodoh: itu bulanlah bangang. dah jom, esok kita datang lagi.

sibangang:promise?

sibodoh:promise....

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ah .. mesej-mesej sinikal dalam bentuk perbualan.

    selamat datang pemuja!

Cerpen-cerpen lain nukilan pemuja

Read all stories by pemuja