Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Review macam haram Ombak Rinduw

 

Mengisahkan Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang ditinggalkan ibu dan ayahnya di tepi kedai dobi layan diri berhampiran restoran makanan segera McDonald di Shah Alam kerana tidak pandai mengeja. Justeru itu ayah saudaranya, Taha secara tidak sengaja telah memelihara Izzah sampai beliau membesar menjadi seorang model lawa yang dipakaikan baju baju kampung yang orang kampung sekarang pun tak pakai dah. Pada masa yang sama, Pak Cik Taha banyak berhutang kerana ketagih main Texas Holdam Poker di fesbuk lantas memaksa Izzah untuk bermain fesbuk 24 jam sehari sementara beliau keluar mencari kerja.
 
  Disitulah Izzah berkenalan dengan seorang samseng siam bernama Hariz (Tony Jaa) setelah sama sama menyertai page pencarian Gadis Kampung Lawa Macam Model dan Lelaki Samseng Handsome. Hariz telah menegur cara Izzah mengeja perkataan rinduw dengan menambahkan huruf W, tetapi Izzah tidak mempedulikannya dengan membalas "Sayew x peduliw lerw. Kewl kot ejew macam niew". Disebabkan rasa marah yang meluap luap, Hariz telah membuang Izzah daripada senarai rakan fesbuknya. Namun begitu, Izzah menyedari yang beliau mencintai Hariz setelah terdengar lagu Cinta Muka Buku di Youtube, tapi segalanya telah terlambat apabila Izzah mahu menambah Hariz kembali di fesbuk, Hariz sudah pun in relationship with  Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan yang suatu ketika dahulu popular dengan entry blog "Saya tak ada dara, saya okay". 

  Hariz memberi syarat kepada Izzah supaya mengubah ejaan  perkataan yang entah apa apa tersebut jika mahu berkawan dengannya jika tidak, Izzah mungkin maut terkena serangan Lutut Gangster Siam milik Hariz. Sementara Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan turut menggunakan ejaan yang bukan bukan di belakang Hariz. Dapatkah Hariz menemui gadis yang mampu mengeja dengan betul di zaman ini? Saksikan Ong Bak Rinduw di pawagam berhampiran anda.

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Jenaka

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hahaha...sarkastik gila kau ni!
  • 2) kahw kahw kahw..~teruskan menulis sinopsis . hehe
  • 3) kahw kahw kahw..~teruskan menulis sinopsis . hehe
  • 4) cam heremmm
  • 5) HAHAHAHAHAHA!! Terbaik!! aku mmg suka btul karya2 sarkastik sebegini
  • 6) sinikal dan kreatif!
  • 7) hahaha... kejam betul!

Cerpen-cerpen lain nukilan zombie

Read all stories by zombie