Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cinta Rhizophora

 

Cinta  Rhizophora..

Sinaran kelip-kelip (kunang-kunang) pada pekatnya malam yang mendominasi pokok soneratia.sp di Larut matang ini  benar-benar mendamaikan hatiku.  Rimbunan daun Rhizophora apiculata dan Rhizophora mucronata seolah-olah payung yang memayungi aku . Akar jangkangnya melampui aras ketinggianku. Cahaya bulan menerusi celah-celah daun menambahkan keindahan malam ciptaan Allah. Subhanallah..

Kata-kata anak muda itu masih tergiang-ngiang di telingaku, “ Tak kenal maka tak cinta”. Ringkas tetapi begitu mendalam maksudnya. Aku lihat pada ketekunannya menyemai  biji-biji benih Rhizophora.sp yang panjang dan runcing ke tanah lumpur aras lututnya, sekali-sekala mengutip lokang memasukkan ke dalam plastik di sisi pinggangnya.

Kenangan itu membawa aku lagi ke sini. Khazanah alam yang selama ini tidak diendahkan oleh manusia seperti kita yang selama ini tenggelam dengan arus modenisasi negara. Masih berdiri di tempat yang sama seperti dulu, dan masih menunggu kehadiran lelaki itu.

Mee Udang di Kuala Sepetang membakitkan seleraku, lazat dan enak sekali. Kelibat pelancong-pelancong yang datang ke sini mencuit hatiku apatah lagi melihat telatah anak-anak kecil menghirup kuah mee udang ini menggunakan mangkuk. Aku tersenyum sendiri dan menghela nafas menghabiskan sisa-sia terkakhir makanan ini.

Alhamdulillah dengan bantuan pihak daripada Jabatan Perhutanan (FRIM), aku berjaya menyiapkan kerja krususku dalam menyiapkan modul fotografi hutan semulajadi di Malaysia. Hampir sebulan berulang- alik dari Bandaraya  Kuala Lumpur ke Larut Matang ini akhirnya membuahkan hasil. Tempat ini betul-betul unik dan cantik, jika tidak masakkan ramai juga di kalangan pengantin menjadikan tempat ini sebagai tema dalam fotografi perkahwinan mereka.

Aku meneruskan langkah untuk ke destinasi ke seterusnya, Santuari burung Kuala Gula bersama Dslr kesayanganku. Angin petang yang lembut menyapa pipi terasa sejuk dan nyaman. Aku lihat kelibat lelaki mempersiapkan botnya menuju ke arahku.

‘Lelaki itu!’ Bisik hatiku. Senyum sampai ke telinga, tidak tahu kenapa aku rasa benar-benar gembira melihat wajah itu.

‘ Cik, nah’ Sambil dia menghulurkan jaket keselamatan kepadaku dan beberapa pelancong orang  dari Australia. Mereka juga seperti teruja  ingin melihat keindahan spesis burung yang unik di Kuala Gula ini.

‘Awak ni Encik Rhizophora kan?’ lelaki itu mendongak sambil mengangguk-ngganguk,  mengiyakan sambil tersenyum dengan gelagatku.

‘ Saya, Khairul pemandu bot untuk hari ini, esok saya Encik Rhizophora, projek Anis dah siap ke?’ Tanyanya ringkas sambil senyum. Aku hanya mengangguk sambil mengetatkan tali jaket keselamatanku.

            Setengah jam perjalanan, kami masih belum menemui satu spesis burung pun, namun aku lihat gelagat pelancong-pelancong dari Australia masih tekun dengan teleskopnya meneropong burung dari celah-celah pokok. Khairul melihat gelagatku yang menguap beberapa kali.Tersenyum.

‘Anis, tengok sana!’ Pantas iris mataku mengikut jari telunjuk Encik Rhizophora itu.

‘Burung bangau la!!’ sambil aku bertepuk tangan seperti kebudak-budakan. Subhanallah , alam ciptaan Allah cukup unik. Latar belakang yang mempesonakan mata bersama kelompok burung itu yang singgah di dahan kayu mati itu.

‘Itu bukan bangau, Itu burung Botak Upeh ataupun Mycteria cinerea .Warna bulu Burung Botak Upeh putih kecuali mukanya yang botak dan berwarna merah serta bulu ekor dan bulu pelepah terbang yang panjang dan berwarna hitam-hijau berkilat-kilat. Burung ini tergolong dalam spesies terjejas, akibat kehilangan habitat pantai, pemburuan, serta perdagangan.’ Aku memandang encik Rhizophora itu, kagum dia hanya pemandu bot tapi boleh mengetahui akta spesis burung seperinci itu.

‘Cuba tengok di sebelah kiri sana,’ Aku hanya menghalakan kepalaku ke kiri membetulkan topiku.

‘Burung apa tu?’ Penaku sedia mencatat.

‘Burung Kedidi Kaki Hijau. Ia merupakan  salah satu daripada haiwan terlindung di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnyaTringa nebularia.’

Hari semakin gelap menunjukkan hujan akan mulai turun, program lawatan ini perlu ditangguhkan, Khairul menukarkan arah bot untuk kembali ke pengkalan. Hujan lebat menyebabkan kami terpaksa singgah berteduh di kawasan berhampiran. Jika kita menjadi hamba yang suka memerhati tentang ciptaan Pencipta kita, titisan hujan juga adalah sesuatu yang indah di pandangan mata, bunyi yang merdu di dengar oleh telinga. Meditasi yang menenangkan melalui bunyi hujan yang jatuh ke lopak air. Aku memandang encik Rhizophora masih lagi kehujanan menarik boatnya ke tebing dan mengikat tali boatnya ke pokok berdekatan pengkalan. Dia nampak begitu gigih berusaha, pemuda itu mungkin setahun, dua lebih tua dari aku. Entah mengapa hati terasa tercuit untuk mengenalnya.

Dia datang ke arah kami , dalam kehujanan terus bersandar ke tiang wakaf tempat kami berteduh. Mungkin kepenatan. Namun apa yang menarik pada pandanganku dia masih lagi mengukir senyuman pada kami. Pemuda ini fasih berbahasa inggeris, mungkin kerana ini juga dia disukai oleh para pelancong di sini.

            ‘Encik Rhizophora..’ kecil suaraku memanggilnya,dia memandang dengan penuh tanda tanya.

‘Yer saya..’ jawabnya ringkas.

‘Maaf kalau saya tanya, encik belajar sampai mana?’ tanyaku ingin kepastian, kerana kefasihannya dalam berbahasa Inggeris mengatasi aku yang sudah memiliki ijazah sarjana muda. Dia senyum.

‘Saya cuma belajar takat SPM je cik Anis, kehadiran pelancong-pelancong kat sini membolehkan saya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lancar.’ Aku mengangguk.

‘ Hari itu, saya tengok awak dengan beberapa orang pak cik dan mak cik menanam benih Rhizophora, biasanya berapa awak dapat dalam sehari untuk proses penanaman itu?’ Khairul hanya memandang ke arahku. Tenang dan bingkas bangun duduk di kerusi sebelahku. Hujan masih lagi lebat terdengar bunyi katak sahut menyahut.

‘ Tiada bayaran, itu semua untuk anak cucu saya generasi masa depan’ katanya ringkas.

‘Aktiviti sukarela?’ Dia mengangguk. Aku mengerut dahi. Bukankah manusia zaman ini mengejar kemewahan dan wang ringgit, tapi masih ada segelintir masyarakat yang sayang akan alam semulajadi seperti encik Rhizophora ini.

‘Anis..’ Aku pandang Khairul sperti ada sesuatu yang ingin dia ceritakan. Lantas aku menunjukkan reaksi yang aku bersedia untuk mendengarnya.

‘Cik Anis masih ingat  pada tanggal 26 Disember 2004?’ Aku menganalis data-data di dalam otakku. Perkara apa yang berlaku pada tahun 2004.

‘Tsunami..’ Kataku ringkas dan padat.

‘Benar, Gempa ini berkekuatan 9.3 menurut skala Ricther. yang mengakibatkan tsunami menyebabkan sekitar 230.000 orang tewas di 8 negara dan negara kita juga terkena tempiasnya’ Katanya penuh rasa simpati.

‘Tapi, apa kaitan dengan penanaman benih Bakau? Dan kenapa asyik tanam spesis Rhizophora’ Tanyaku lagi. Khairul berlari-lari ke bot mengambil sesuatu dan lantas memberikannya padaku. Sebiji benih Bakau Minyak ( Rhizophora apiculata) aku mengambilnya dengan ucapan terima kasih. Sekali lagi  bajunya basah kuyup. Dia senyum dan menjawab.

‘Hutan bakau  bertindak sebagai pemampan hakisan ombak. Ini kerana akarnya yang berceranggah membantu mengukuh dan mengikat tanah daripada hakisan ombak, malah mampu meluaskan lagi kawasan tanah kerana daun dan sampah sarap yang terperangkap pada akarnya yang berserabut mendap dan menimbun. Kawasan hutan bakau biasanya tumbuh rapat dan padat dan memiliki akar udara yang berceranggah menonjol dari dalam air. Hutan bakau ini mampu memperlahankan aliran air, dengan itu membenarkan bendasing dan lumpur halus yang terapung dalam air untuk mendak membentuk kawasan berlumpur. Proses ini mampu untuk menebus guna tanah dan menghasilkan pantai baru.

Hutan bakau juga terbukti mampu bertindak sebagai pemampan tsunami kerana sifatnya yang tumbuh secara padat dan akarnya yang kukuh dipersisiran kuala, Rhizophora adalah pioneer spesis dan senang di tanam berbanding dengan spesis-spesis lain, namun setakat ini saya juga masih mencari alternatif cara menanam spesis lain di sini.’ Panjang ucapannya. Ternyata pemuda ini luas pengetahuannya berbanding aku.

‘Tapi berbaloi ke kerja awak, encik Rhizophora? Dengan tulang empat kerat dan tenaga kerja yang sedikit, saya rasa macam sia-sia saja kerja ini’ Tanyaku membangkang.

‘Cik Anis, pernah tak dengar satu pepatah. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit?’ Aku hanya mengangguk.

‘Macam tu juga dengan kami, satu biji benih bakau ini mungkin nampak hanya satu sahaja pada pandangan kita, tapi cuba halusi baik-baik. Satu anak benih mewakili satu pokok besar dan satu pokok mewakili beratus-ratus anak benih lagi. Kerana satu, kita dapat menghasilkan banyak lagi pelapis-pelapis genarasi bakau, sebab itu saya katakan yang penanaman ini adalah bonus untuk anak cucu saya nanti.’ Aku tersenyum.

‘Encik Rhizophora, boleh tak esok saya nak ikut encik dengan semua ahli sukarela lain datang menanam anak benih bakau?’ kataku perlahan.

‘Hmmm..tak boleh ‘.katanya berseleroh. Kami ketawa bersama.

            Suasana petang di hutan Paya Bakau agak panas, apatah lagi besama selut lumpur di kakiku aras lutut. Namun kemeriahan menanam anak benih bersama merupakan suatu pengalaman yang penuh makna. Ikan belicat berada di celah-celah jariku, sungguhnya unik kehidupan ini, dengan spesis anak-anak ketam merah berjalan di atas lumpur. Aku senyum tanpa sedar yang lumpur menyapa ke pipiku. Khairul melihat dengan hilai tawa.

Manis air sirap ais membasahi tekat terasa benar-benar nikmat apabila kita benar-benar kepenatan. Kelihatan ada seorang mak cik datang lagi membawa bakul berisi kuih dan makanan. Ibu Khairul, berbual bersama kami seusai sahaja proses penanaman, Terasa seperti eart apabila mak cik itu mengelap wajahku yang berlumpur dengan kain. Aku kagum  dengan aktiviti masyarakat di sini bergotong royong.

            ‘ Anis bila balik KL? ‘ Tanya mak Khairul.

‘Mungkin esok petang kot, mak cik’ kataku sambil memegang tangan tua itu. Baru sahaja berjumpa tapi rasa seolah-olah sudah lama berjumpa.

‘Cepatnya, nanti datanglah sini lagi, boleh minum teh jeruju’ aku mengerut dahi. Tidak pernah dengar ada teh dalam spesis bakau.

Acanthus ebracteatus..’ Kata Khairul sambil senyum kepadaku. Saja membuatkan aku tertanya-tanya. Dia seolah mengenali aku yang sememangnya sangat suka ambil tahu tentang keunikan alam semula jadi ini. Masih lagi terpinga-pinga, spesis berduri di tepi tebing boleh dijadikan teh. Memang menakjubkan.

‘InsyaAllah mak cik, jika ada kelapangan saya datang lagi’ katku memandang wajah mak  Khairul.

            Kembali ke Kuala Lumpur, untuk menamatkan sesi pengajian untuk semester terakhirku, Alhamdulillah sungguh aku tidak jangka, aku dapat merangkul hasil kerja krusus terbaik pada semester ini. Berbaloi dengan usahaku sebulan berulang-alik ke Perak selama ini.

Sungguh aku rindukan lumpur itu dan aku rindukan pada Hutan Rhizophora di sana. Hiruk pikuk bandarraya Kuala Lumpur tidak sama bisingnya unggas-unggas di Matang. Rindukan kelip-kelip di Larut Matang. Aku diam menantikan kehadiran pensyarah baru dari Universiti dari negeri bawah bayu itu. Aku lihat hanya mampu mengapai beg di bawah meja, mengambil pen dan fail.

            Kehadiran pemuda itu di pentas benar-benar mengejutkan aku. Bukankah itu ‘Encik Rhizophora’. Kenapa dia perlu ada di sini. Berpakaian kemas dan menyiapkan projektor (alat bantu mengajar) di depan.

‘Eh, takkan dia kerja sambilan sebagai teknikal di sini juga, ke ada aktiviti sukerela di sini juga’ bisik hatiku, sambil memandang ke arahnya.

Dia nampak yakin membetulkan mikrofon seolah-olah ingin mengajar.

‘Eh tak mungkin, ini slot pengajaran dari Profeser Ngah Ibrahim, kenapa pulak mamat ni ada ni’ Mengelabah di buatnya.

            ‘Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Mohd Khairul bin Hassan, saya bukan pensyarah di sini, tapi saya datang untuk mengantikan kelas Prof untuk hari ini, Prof tak dapat hadir sebab ada mesyuarat dengan WWF, saya pelajar sarjana Prof yang membuat kajian tentang ekologi muara bakau dan harap adik –adik dapat memberikan tumpuan tentang topik ini sebagi perkongsian ilmu ye’. Aku menutup muka, malu yang teramat. Setahu aku Prof ada seorang pelajar Phd bawah seliaannya. Memang benar aku sudah terperangkap dalam cinta Rhizophora ini. Kelas itu berakhir dengan baik, teknik pengajaran Encik Rhizophora amat berkesan. Aku mengalas beg dan ters ke pintu belakang, moga tidak terserampak lagi dengannya.

Aku menyuapkan roti ke dalam mulut, tidak terasa apa-apa, terasa hambar saja sementara air milo ais di depanku ku teguk. Terpandang lelaki itu ke arahku. Berdegup kencang jantungku, masih lagi malu dengan pemuda itu kerana sepanjang perkenalan aku selalu mempersoalkan itu dan ini padanya.

            ‘Anis, tunggu’ Balas pemuda itu. Ternyata dan sah itu suara encik Rhizophora. Aku senyum mengelabah.

‘Ye saya Encik Khairul, hmmm maaaaf’ kataku bergetar.

‘ Bukan, saya Encik Rhizophora’ katanya sambil senyum. Aku hanya diam.

‘ Saya suka tengok hasil kerja krusus awak, prof Ingah Ibrahim ada tunjukkan pada saya hari tu, katanya hasil kerja krusus terbaik, sejak bila awak mula pandai menulis cerpen?’ tanyanya padaku, kerana aku menyelitkan cerita pendek pada pengakhiranku hasil kerjaku.

            ‘ Gambar saya banyak masuk dalam hasil kerja awak, dah jadi artis rasanya’ katanya sambil gelak.

‘Saya minta maaf’. Aku rasa bersalah sangat. Khairul hanya memerhatikan gelagat aku, terasa bersalah menyakat aku dari tadi.

‘ Anis, saya gembira sangat sebenarnya dengan kunjungan awak ke Larut Matang, ibu asyik tanya awak, tunggu kejap ye’ Katanya sambil pergi ke arah keretanya.

‘Nah, ini teh jeruju yang ibu kirimkan, nanti InsyaAllah ada kelapangan kita tanam pokok bakau sama-sama lagi ye’ Aku hanya senyum.

‘InsyaAllah’ Jawabku ringkas.

Sungguh, dia membuatkan aku jatuh cinta pada keindahan alam semula jadi ini, dan dia banyak mengajar aku tentang  makna kesederhanaan dalam hidup dan di akhir ceritaku ini Rhizophora menemukanku dengan suamiku. Terima kasih Ya Rabb atas segala pertemuan ini.

 

Nukilan : Emilia Hazrina Bt Ashari

email: emiliahazrina86@yahoo.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Hehe.. Sweet name. 'Mr. Rizophora'.

    Teringat belajar tentang spesies bakau semasa sekolah menengah dulu.

  • (Penulis)
    2) aah fira..
    dlm topik ekosistem dinamik
  • 3) cantik cerita ni. saya suka! penceritaan boleh dikemaskan lagi.

    cerita betul ke? ehem!

  • (Penulis)
    4) thanks skali lg cahatomic..
    Sy baru je belajar menulis karya...hihi byk sgt kena baiki lg..
    hmmm..cerita ni rekaan je..
  • 5) cerpen yang ada info! akak suka cerpen macam ni.

  • (Penulis)
    6) time kaseih kak tiara..^^ masih byk yg kurang dlm penulisan emy kak..
  • 7) tulisan penuh info

  • (Penulis)
    8) time kasih kamalia
  • 9) Banyak yang saya belajar tentang pokok bakau dan ekosistem melalui cerpen ini. Terima kasih untuk ilmunya. Sepanjang saya membaca cerpen ini, tidak ada "info-dumb" (lambakan maklumat) yang syaa temui kerana diceritakan dengan jelas dalam pemerian dialognya. Syabas!

  • (Penulis)
    10) terima kasih ridhrohzai..semoga kt dpt berkongsi ilmu..InsyaAllah

Cerpen-cerpen lain nukilan emilia

Read all stories by emilia