Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Lelaki yang mencetuskan bau citrus

 

Peah bukan perempuan. Dia lelaki tulin. Tapi kawan-kawan panggil dia Peah. Kononnya dulu ada gedebe pernah jumpa cd Rafeah Buang dalam kereta Ford Laser hitam dia yang garang tu. Sejak itu semua orang panggil dia Peah. Ikutkan dia tak berkenan. Tapi apakan daya, dia insan yang lemah dan hanya mampu berserah. (macam lagu Rohana Jalil).

 

Dulu hati dia pernah hilang. Kena ragut dengan perempuan yang dagu macam Raja Farah.Jadi waktu tu dekat tengah-tengah dada dia ada jurang macam black hole yang seluas Dubai. Kosong tak ada hati. Dia pernah try masukkan kaberator wira aeroback yang ada sound system gempak, tapi tak muat. Lalu dia nekad pakai hati unta buat sementara waktu.

 

Lama dia kembara. Cuba bunuh rasa masyghul. Lepas habis layan semua lagu kompilasi jiwa kacau, dia dapat semangat baru. Perlahan-lahan dia bangun merai hidup. Tapi dalam proses itu ada benda ganjil jadi . Dia perasan setiap kali dia suka dengan mana-mana perempuan, badan dia mencetuskan bau citrus. Mulanya dia rasa itu ilusi dia semata. Kebetulan pulak dia memang minat gila dengan band Ilusi. Tapi bila orang keliling dia pun ikut hidu bau sama, dia tahu ini real.

 

Awalnya dia rasa pelik. Macam-macam teori konspirasi dia buat. Dia syak mungkin dia mangsa eksperimen sulit kerajaan untuk mentransformasikan rakyat yang anti ameno menjadi buah bagi memastikan objektif meraih undi majoriti dua pertiga masa PRU 13 termakbul. Kejap dia rasa mungkin dia terkena santau orang yang jaki dekat dia. Tapi bila dia fikir balik, macam tak masuk akal. Apahal orang nak dengki dekat dia? Dia bukan Khairul Fahmi Che Mat. Sudahnya dia fedap. Dan belajar terima hakikat.

 

Nak jadikan cerita satu malam tu Peah yang tiba-tiba jadi melankolik curahkan perasaan dekat satu awek gotik. Kisah dia, perempuan yang dagu macam Raja Farah dan hati unta. Dia pun tak tahu macam mana dia boleh cerita semua tu dekat awek ni. Awek tu pun dengar dengan sabar. Sambil sesekali dia membenam pandang ke dada Peah yang leper. Dia tahu ini bukan pickup line. Dia nampak ada kelibat duka sedang menyelinap dipinggir nubari. Dia faham bahasa patah hati.

 

Sebaik Peah usai bermonolog, dia langsung menyeluk tangan mulusnya ke dalam dada. Mengeluarkan separuh daging berona pink yang sewangi bunga lily lalu disuguhkan ke Peah. “U amik ni buat ganti hati u yang hilang”. Terlongo Peah sekejap, bungkam terkesima. Antara percaya dengan tidak. Dia mula syak yang awek ni mungkin ada kena mengena dengan Criss Angel. Jantung Peah berdenyut neves. “Kenapa, tak percaya ek?”soal awek tu. “Tapi kenapa?”balas Peah gubra sambil menatang rapi hati tadi dengan telapak tangan. Awek tu senyum memperagakan ke dalaman lesung pipit. Sambil mendekat. Rapat. Sampai bibir mungilnya bersilaturrahim dengan telinga Peah.Dalam risih dia berbisik:

 

“coz sharing is caring”.

 

Malam itu seantero cakerawala didominasi bau citrus.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Very nice. Teringat dark fiction, pulp-fiction.. Again, very nice..
  • 2) sangat sangat sangat nais!
  • 3) hebat !!
  • 4) gua suka ayat lu bro. hehe.
  • 5) hahaha. frinj habis. cantekk!
  • 6) ayat slumber tapi ada makna tersirat..
    best!
  • 7) Ah, saya suka bau citrus.

    Kemas dan menarik.
  • 8) ooooh...so romantic!

  • (Penulis)
    9) gracias!
  • 10) sumpah romantik yang tak geli. thumbs up!
  • 11) bez...tapi tak faham bile msuk part akhir....

Cerpen-cerpen lain nukilan ganjil

Read all stories by ganjil