Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Bila lunar bicara sendiri

 

Ok, malam itu bulan hilang. Yup, bulan hilang. Cuma ada bintang-bintang kerdil bergayutan di kolong langit. Dengan sesekali suam angin malam yang berkoleberasi dengan debu berpuput dekat tubir hati. Dia peluk tubuh. Aku peluk dia.Pandangan kami menerobos ke belantara konkrit yang nyaris lemas dilimpahi spektrum gas nadir.Lolong enjin automobil yang belum langsai ansuran bulanan saling sahut-sahutan. Bingit menggigit. Sambil dilorong kumuh belakang bangunan comot ada selonggok dosa dan secubit pahala sedang bercampur.

 

Aku kata dekat dia : u cantik malam ni.

 

Dia pandang sekilas.Sebelum dongak tengok langit dengan wajah polos. Buat aku rasa bangang dan menyesal bersuara.

 

Dia mula bicara : dulu bulan pun orang cakap cantik.Tapi bila dah tengok dekat-dekat baru sedar yang diorang salah.

 

Aku cuba tangkap maksud dia. Sebelum seketul-seketul aku telan. Aku konfiden kali ni takkan salah lagi.

 

Aku pun balas : Tapi u orang bukan bulan...

 

Dia merenung dengan mata bercahaya. Tajam menyembilu kalbu. Semacam mahu menuangkan rohnya ke dalam jasad aku.

 

Kemudian dia jawab : Every one is a moon, and has a dark side which he never shows to anybody.

 

Lepas tu aku tengok dia melayang ke langit lepas. Jauh dan semakin jauh meninggalkan atmosfera bumi. Sejauh 384,403 km.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) everyone is a moon, ada dark side sendiri. wahh.. menarik!
    selamba berbicara dengan si lunar.

    tapi 384,403 km tu dari teras bumi ke teras bulan dah tu

  • (Penulis)
    2) pandainyerrr..
  • 3) tajamnya. :|

Cerpen-cerpen lain nukilan ganjil

Read all stories by ganjil