Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Nasihat.

 

Nasihat.
Perlu sebenarnya kepada nasihat.
Atas kelemahan, dan kesilapan
adami.

Jangan pernah luki' (kedekut) dari memberi nasihat.
Yang baik akan kembali ke kita juga, akhirnya.
Redha Tuhan ; pandangan baik orang
dan terima kasih diri sendiri, yang belajar daripada kisah-kisah kehidupan
akan lebih mudah diingati.

Seperti angin yang turun ke lembah-lembah
lalu memenuhinya
dengan berkah
mencanting senyuman
melimpah kesyukuran
di pagi hari
lalu ia berterima kasih
berjanji untuk kembali semula esok pagi

~~

Terutama lagi kita
di awal mekar
sementara masih segar

kelopaknya masih mau diembun
bagai istighfar sang abdi
di hening malam

bunga biru di bawah rembulan

~~

Knowing
ini simbolisma terlarang.
Tapi aku ikhlas.
Bukankah itu yang terpenting?

Nasihatilah aku, yang sentiasa buat kesalahan
tanpa sengaja

ataupun

yang mahu disengajakan

seperti keterujaan
untuk terbang
lalu jatuh
dari buaian

sang ibu.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Autobiografi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) saya kira sepatutnya karya sebegini di seksyen puisi

  • (Penulis)
    2) sebentar saya pindahkan. terima kasih.

Cerpen-cerpen lain nukilan BulatBulat

Read all stories by BulatBulat