Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Dilusi cendawan konkrit tengah-tengah playground

 

Bayangkan tengahari terik. Matahari menjelirkan lidah berapinya dengan bahang yang menjalar macam Pseudonaja textilis mengodam rahim bumi. Lopak pada rumput cowgrass yang kelmarin basah jadi kontang segersang planet Nibiru. Pendek kata hari tu memang panas gila. Ekstrim. Ekstrim macam golongan ultra puritan.

Nun dekat bawah kembang cendawan konkrit tengah-tengah playground yang penuh dengan grafiti  ilegal itu ada mamalia lelaki sedang lelan sendiri. Dia duduk dibangku batu yang tertera nombor telefon bohsia bernama Maya. Peluh yang berkilat macam labuci dekat dahi perlahan-lahan meleleh ke muka sebelum tumpah jatuh ke tanah. Dia cuba mencari worm hole dalam ingatannya untuk pulang ke masa lampau. Mengimbau semula nostalgia dan tragedi.

Tapi flashback mamalia itu tak panjang. Terganggu dengan kelibat figur biru. Dia tahu apa yang dia nampak tadi bukan halusinasi. Insting mamalianya kuat mengatakan ada sesuatu dibelakang kerusi batu  bersetentang dengan dia. Bingkas bangun mendapatkan jawapan. Dia jadi terenjat bila nampak ada susuk genit warna biru disitu. Kecil macam pari-pari. Tapi tanpa sayap. Dia rasa mahluk tu sungguh familiar. Dia lupa dekat mana dia pernah jumpa. Sampai dia teringat satu nama, SMURF!

Mamalia tu tanya smurf macam mana dia boleh ada dekat situ. Kata smurf dia lari selamatkan diri sebab kampung dia kerajaan ambil buat kilang proses nadir bumi. Orang kampung dia pernah hantar surat bantahan suruh batal projek tu, tapi tak dilayan. Kemudian diorang panjangkan masalah tu ke skuad aduanrakyat yang khabarnya selalu ambil berat. Senyap tak ada jawapan. Mungkin diorang ingat spam. Mintak tolong perkasa, tapi diorang kata smurf bukan melayu.

Smurf pulak tanya dekat mamalia apa dia buat dekat situ tengah-tengah hari buta. Mamalia tu tak terus jawab. Dia pandang kiri dan kanan. Seakan mencari sesuatu yang berharga. Mamalia tu kata dulu dia skizofrenia. Semua orang tuduh dia gila. Tak ada sapa sudi berkawan dan mengawan. Kecuali satu mamalia perempuan yang nama Surya. Ikut cerita dia Surya tu cantik dan lentik macam Kila Fairy. Setiap waktu tengahari Surya akan jumpa dia dekat bawah cendawan konkrit. Dan diorang akan bermesra sampai merelop.

Smurf pandang muka mamalia itu yang berbalut energi gelap macam quintessence. Akibat tak mampu lagi menahan rasa suspen dia pun tanya apa dah jadi dengan minah tu. Mamalia kata selepas dia usai menjalani rawatan psikologi dan makan ubat anti psikotik, sejak tu Surya tak pernah terlihat lagi. Hilang macam pelangi. Setiap hari dengan setia dia tunggu dekat bawah cendawan konkrit  berharap Surya akan muncul. Tapi hampa.

Tup-tup dia nampak ada susuk berjalan gaya hurairah ke arah cendawan konkrit. Makin lama makin dekat. Figur mamalia perempuan dengan wajah menyala seperti prominensa. Ada senyum terbit pada bibir mungilnya yang minta dibasahkan itu. Mamalia lelaki tadi menoleh riang memandang smurf lantas dengan bahagia dia rejek kata Buddha:

 Three things cannot be long hidden: the sun, the moon, and the truth.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan ganjil

Read all stories by ganjil