Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Paku

 

Tali leher yang berwarna ungu aku perbetulkan letaknya di leher ini. Cermin di hadapan aku tatap betul-betul. Rambut kemas disikat belah tepi. Cermin mata terletak elok di atas hidung. Baju merah jambu yang penat ku gosok pagi tadi berkali-kali, nampak kemas dimasukkan ke dalam seluar slack hitam.

           Lepas ni mata pelajaran Kemahiran Hidup kelas 2 Tabah. Kelas hujung. Kelas budak lelaki semua. Kelas bodoh. Kelas bangang. Kelas yang suka menyusahkan aku. Buku di atas meja ku ambil. Dengan bacaan Basmallah aku mula menapak ke bengkel.

***

          “weh bangang! Bagi lah balik. Tu kayu akulah bodoh! Mangkuk betullah kau ni! Hawau!” Amran, budak Melaka.

          “weehoo! Kejarlah aku Leman. Ambiklah balik kayu kau ni! Weehoo!” dia berlari sekeliling bengkel.

          “Amran! Berapa kalilah saya nak cakap. Kuku ni dah panjang sangat ni. Tak potong-potong jugak. Setan dah beranak, bercicit dah,” aku menggeleng. Sudah tugasku sebagai guru disiplin untuk memastikan penampilan mereka terbaik.

          Hanya Amran yang tinggal di bengkel memandangkan projek kayunya belum siap lagi. Aku lihat jam di tangan kiri. 6.54 p.m.

***

          “dah bangun?” Amran di hadapanku memejam celikkan matanya. Tangannya aku sudah ikat di belakang. Begitu juga dengan kakinya sudah ku ikat.

          “saya dekat mana ni cikgu? Kenapa yang lain?” aku hanya senyum. Tukul kuku kambing yang berada dalam genggamanku, aku sorokkan di belakang badanku. Aku menghampiri Amran yang terduduk atas kerusi bengkel. Aku senyum lagi.

          “ingat tak apa yang awak jerit-jeritkan siang tadi?” oh lupa nak cakap. Hari sudah malam. Lama sungguh Amran  ni tidur.

          “jerit apa cikgu? Mana ada saya jerit-jerit,” Amran mula panik. Dia mula menggelupur mahu lepaskan diri. Heh. Jangan harap. Aku dulu pengakap la weh. Semua jenis ikatan aku tahu.

          “bangang? Bodoh? Mangkuk? Hawau? Orang tua-tua cakap, mulut macam awak ni baik dicilikan je. Tapi zaman dah moden. Dunia dah maju. Kita guna cara lain pulak ye,”

          Di atas meja ada sekotak paku. Macam-macam jenis. Aku ambik satu paku yang panjangnya 5 cm. Kepala Amran aku posisikan betul-betul di bahu meja. Lidahnya aku tarik keluar. Paku 5 cm tadi aku letakkan di atas lidah. Macam projek-projek kayu yang lain, aku mula mengetuk paku. Sebelum tu, aku baca bismillah. Mak aku ajar, nak buat apa-apa kerja, kena mula dengan bismillah. Aku kan anak mithali.

          Paku mula terbenam sedikit demi sedikit. Amran mengerang kesakitan. Menangis. Heh. Dasar bapok lemah-gemalai. Paku kedua ku ambil. Aku memaku di hujung lidahnya pula. Darah mula bertakung.

          Habis lima paku melekat kejap di lidahnya, aku mengangkat tangan kanannya pula. Aku letak di atas meja. Paku yang paling nipis berukuran 3 cm, aku ambil.

          “ini untuk bunuh setan-setan dalam kuku kau ni,” aku mula memaku bermula di kuku jari kelingkingnya.

          TUK! TUK! TUK!

          “hikhu. Hangan huat haye maham ni,” dia mula merayu, mungkin. Sebab aku tak faham apa yang dia cakap. Jari hantu pula.

          TUK! TUK! TUK!

          Selesai sepuluh jari aku pakukan, aku berhenti sekejap. Haih. Lama betul aku tak memaku ni. Peluh di dahi, aku lap. Kemudian, aku mengambil paku yang paling panjang aku jumpa. Sekitar 7 cm.

          “ni pulak untuk telinga kau yang tak berapa nak dengar cakap aku tadi,” aku lihat Amran sudah menutup mata. Hish, bukan kau yang buat kerja. Boleh pulak main tidur-tidur.

          Paku di tangan kiri, aku masukkan sedikit ke dalam telinga Amran. Selepas memastikan paku tidak bergerak, aku mula mengetuk paku kuat ke dalam telinga. Amran yang tadi tidur, sudah terbuka matanya. Haa. Bangun pon. Aku ketuk lagi kuat-kuat.

          TUK! TUK! TUK!

          Selesai, aku undur satu langkah ke belakang. Aku senyum, puas. Kau ingat budak sekolah je yang ada projek. Cikgu pon ada.

***

          45 minit sebelum itu...

          Aku kacau-kacau kopi di hadapanku. Serbuk putih yang aku masukkan tadi, sudah hilang sebati dengan air kopi. Tangkap lentoklah kau Amran lepas ni.

          “Amran nak kopi?” aku senyum. Mestilah kena senyum. Mak kan dah kata, anak mithali kena selalu senyum. Baru orang suka. Aku senyum lebih lebar.
          “Nak,” aku kan anak mithali...         

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) nasib la cikgu KH aku dulu tak macam ni. sebab aku paling tak suka kerja kayu, asyik salah paku je

    peh, cerita2 kau semua psiko

  • (Penulis)
    2) hahaha mungkin darah psiko tu dah ada dalam badan ni. haha
  • 3) kau nihhhhh. aku dah lah tak sihat ni. maunya pitam mengadap cerpen kau. isk.

    *rindunya keje kayu!

  • (Penulis)
    4) hahaha cerpen tutup kan ada. baca tu. komfem baik.haha
  • 5) tak jumpa pun?

  • (Penulis)
    6) eh adalah. tengok dekat semua karya
  • 7) dah baca. -_-

  • (Penulis)
    8) haha why the face?
  • 9) baca senafas je. fuhhh~

  • (Penulis)
    10) haha jangan nanti pengsan oh

Cerpen-cerpen lain nukilan ArepZul

Read all stories by ArepZul