Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Janin

 

          Ugh! Ugh!

          Daun nanas aku tusuk-tusukkan ke dalam alat kelaminku. Manik-manik peluh timbul menghiasi wajah. Sikit lagi.

          Ugh! Ugh!

          Air ketuban pecah membasahi celah kelangkangku. Dengan itu daun nanas lebih laaju aku tusukkan. Keluar. Masuk. Sesekali bilah-bilah tajam daun mengoyak daging kemaluan.

          Buk!

          Satu benda jatuh ke lantai bilik air. Bukan benda. Janin. Baru berusia sebulan. Darah merah membaluti janin itu. Melekit, aku angkat. Kecil sahaja. Hanya sebesar tapak tangan kananku. Kecil sedikit.

          Balang lutsinar di lantai aku ambil. Janin di tangan ini aku masukkan ke dalam balang itu. Aku bergerak ke dapur. Sesekali langkahku sumbang kerana masih penat selepas menggugurkan janin ini.

          “Kita mandi ye baby,” paip dibuka. Janin di tangan aku biarkan ia mandi di bawah air paip. Setelah kesan darah hilang dibasuh, aku letakkan ke dalam balang tadi. Cuka aku ambil dan ku tuang ke dalam balang tersebut.

          “Comellah baby duduk dalam ni,” balang tersebut aku belek-belek. Senyum. Setelah balang ditutup, aku melangkah masuk ke dalam bilik istimewa. Bilik tersebut tidak besar. Mungkin sesuai untuk buat stor sahaja. Hanya ada rak buku terletak di dalam bilik itu. Tiada benda lain lagi.

          Aku letakkan balang tersebut ke atas rak buku yang tiada satu buku pun aku simpan. Hanya penuh dengan balang-balang lutsinar berisi baby-baby ku yang lain. Ya. Baby. Aku senyum. Ada 20 balang kesemuanya.

          Aku memang ibu yang baik. Aku senyum lagi.

 

 

 

 

***

          6 tahun kemudian...

          “Tak suka! Tak suka! Tak suka!”

          “Maria. Go to the room. Now!”

          “Tak nak!”

          Aku tarik tangan Maria yang berumur 4 tahun itu. Langkah aku menuju ke bilik istimewa. Aku menyuruh dia duduk di dalam bilik itu. Pintu bilik ku kunci.

          Diam. Sunyi. Aku senyum.

          “Tengok tu bang. Kan saya dah cakap. Bilik istimewa ni berguna. Awak tu je yang tak percaya,” aku pasti Maria tergamam melihat abang dan kakaknya di dalam bilik itu. Aku senyum lagi.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) arghh....!!!!...ringkas,padat,dan berkesan....ntah ape yg aku pikir lepas bace tulisan nie...

  • (Penulis)
    2) ngilu mungkin? haha
  • 3) psiko mak dia ni. baru aku tahu cara nak mengajar anak dengan betul

  • (Penulis)
    4) nanti kalau dah ada anak, boleh cuba cara ni. haha
  • 5) tahniah! berjaya buat saya rasa nak pitam. T_T

  • (Penulis)
    6) muahaha *gelak jahat*
  • 7) ohh itu ..sangat sakit .euwwwwwwwwwwwww~ mesti maria tu mati sakit jantung .terkejut bebenor tengok bilik tu kan kan ? O.o
  • 8) jangan naya nenas
  • 9) pengajaran yang membelakangkan struktur moral.

    ada lagi?

  • (Penulis)
    10) tengah carik idea.. haha
  • 11) memang saiko tul la ko nie...adesss....sbb tu aku syg org2 kt sini...dulu aku ingatkan aku jer yg saiko...kat sini ramai member...wakakakaka

  • (Penulis)
    12) saya innocent je --.-- haha
  • 13) agaknya maria keluarkan balik bayi2 tu dan usap2 macam mainan gitu T_T

  • (Penulis)
    14) kadang kadang kot. haha
  • 15) tahan muntah.... cuma tak jelas reasoning dia buat bnda gitu..

  • (Penulis)
    16) nak didik anak dia mungkin. haha
  • 17) terasa ngilunya. serius!!!!
    huhu

Cerpen-cerpen lain nukilan ArepZul

Read all stories by ArepZul