Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Peti Simpanan Suara

  • 6
  • gelap
  • 11 years ago
  • 4,708
  • FREE

 

Dalam sebuah kotak kosong, tanpa sebarang cahaya, dan segala pintunya tiada, sering berlaku perbualan yang sunyi, tetapi sangat bergema.

"Kenapa kau berada di sini?"

"Aku temani kaulah!"

"Aku tidak perlukan teman, apatah lagi rakan sebilik. Lebih baik kau berambus!"

"Aku takkan berambus!"

"Aku benci dengar suara kau. Kalau kau ingin tinggal lebih lama di sini, lebih baik kau diam"


"Baiklah, kalau itu yang mampu kekalkan aku di sini. Lagipun kau adalah tuan di sini, aku hanya menumpang."


Keadaan yang gelap pekat itu menjadi semakin sunyi. Suasana yang normal itu menjadi sangat pelik kesunyiannya, sangat hitam dan sangat pekat gelapnya. Hanya kerana kesunyian.

"Kenapa kau berada di sini?"

"Aku temani engkaulah!"

"Kenapa kau nak temani aku?"

"Sebab aku terpaksa!"

"Siapa yang paksa engkau?"

"Tuan akulah!"

"Siapa tuan kau? Berani dia buat kau macam ni. Biar aku lanyak tuan kau!"

"Kalau kau berani, kau pergilah jumpa dia. Tapi aku tak jamin kau akan berjaya. Dia degil dan keras kepala. Sikapnya yang lebih banyak berdiam dan hanya bercakap bila perlu membuatkan aku takut untuk membantah. Sebab itu aku lebih rela berada di sini.


********************

Dalam sebuah bilik yang lain, tetapi di persekitaran yang sama. Seorang lelaki sedang duduk termenung. Mendengar setiap bebelan dari hati dan mindanya. Masih mencari jawapan.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) kadang-kadang kita memang suka bergaduh dengan diri sendiri.

  • (Penulis)
    2) kadang-kadang...?mungkin sokmo2 kot...hehehe
  • 3) konflik diri macam ni boleh diselesaikan .. cuma pendekatan dan arah tuju kena betul
  • 4) kena jadi pulis suksis macam Caha dulu kot?
  • 5) bertarung dengan diri sendiri; aku ke AKU yang menang?

  • (Penulis)
    6) ermm....aku kau aku kau.....semua tewas...

Cerpen-cerpen lain nukilan gelap

Read all stories by gelap