Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kisah epik si India Muslim, nenek Cina bongkok tiga dan pukau

 

Seperti kisah epik Hollywood yg selalunya awesome. Bismillah..

(Sila skip ke nombor 9 jika cepat klimaks)

((Perkataan epik yg digunakan adalah  b u k a n  epik trend masakini))

 

1. Seperti biasa, pulang kerja aku akn tunggu bas dipersimpangan jalan Chow Kit slepas naik turun tren. Tp hari ni aku terlewat sikit dr kebiasaan sbb meeting harini habis jam 19:15. Ah dem, dan dan pulak hujan..then dgn prasaan tak malunya aku pun trus kluar opis tanpa mnunggu Maghrib, takut trlepas bas shuttle katenye. Dan seperti kisah-kisah epik melayu / hollywood hujan renyai2 membawa petanda..

 

2. Dalam meredah hujan renyai2, dari jauh aku ternampak kelibat seorg lelaki berkulit gelap yg kelihatan seperti cuba meminta wang dari beberapa manusia pelbagai kaum yg lalu lalang disitu. Tak sampai seminit mamat ni dtg kat aku sambil meminta 80sen. Kemudian slepas aku bg 80sen tu, dia trus bukak crita dia nak blk Seremban, sambil ajak aku dtg rumah dia kalau ada kesempatan. Dgn sbelah tlinga aku sumbat earphone aku pun dgr la crita tak sampai sminit dia tu..

 

3. Lepas tu dia tanya nama aku sambil hulur tgn nak salam, then salam pun lama dia pegang tgn aku sambil sesekali kasi lite touch. Ah sudah..ini gesture2 awal nak pukau ni. Mata aku pun melilau la tgk tempat lain sambil pekak kan tlinga dgn sebelah earphone berintikan reggae.

 

4. Kemudian, kluar satu ayat dia yg paling epik bg aku bila dia ckp "I'm muslim but I dont like PAS, I dont know how about y...."  pap! Trus aku potong ckp dia, "Woah same to me! I dont even like politic! Pas or what ever it is, as long as it is politic, I will hate it!" Lepas tu aku tgk baju dia, sbb tiba2 terdetik, "Eh ni org BN ke nak bg ceramah jalanan ni?" den tgk baju bukan politik. Ok teeerus aku off Walkman sambung topik..dr situ, kami bercakap tentang mcm2, penipuan org2 diatas, ultra politik yg byk membinasakan dr menyatukan, hudud, vandalism, pastu byk gila heavy topic yg buat aku sgaja tinggalkan bas dan smoke bersama2, dalam hujan renyai2..epik.

 

5. Lepas tu topik kami beralih ke arah topik keagamaan, sesuai dgn rokok yg dah habis. Hahah ianya dimulai dgn bagaimana kami sependapat yg yahudi bangsa hebat dan uber pandai, bagaimana tringinnya nak ke Gua Hira, (nx week katenye dia nak ke Mekah, wallahualam) bagaimana, Allah itu maha hebat maha kaya (Serius time ni hujan renyai2 selamatkan aku dr kantoi mata bergenang). Dia tak henti2 pesan kat aku, umur muda, blajar slagi mampu, kerja jgn suka lompat2, stick dgn satu bidang, Insyaallah berjaya. ("I guaranty you!" Kate dia berkali2.) Aiseh..aku baru nak bercita2 nak jd photographer full time in the next job..hm.

 

6. Kami saling bertukar pendapat, ttg keEsaan, ttg bgaimana nature manusia yg mmg sifatnya saling memusnahkan, dan bagaimana hakikatnya Allah sayangkan kita dgn bukti2 yg nyata bg yg benar2 mahu melihat. Dia juga mention ttg bbrapa kitab yg dia dah baca, ttg kebenaran stiap kitab yg benar ttp bgitu payah stiap kaum tu nak ikut. Ttg nabi2 Ulul Azmi. Kemudian, si India Muslim ni ckp, dia takut..takut dgn keadaan sekarang. Samalah aku.

 

7. Topik kami kemudian berubah, mungkin sbb aku terdiam ligat mmikirkan topik2 td yg padu. Dia bercerita pulak pasal Battleship yg xbrapa best (serius aku rasa best je) dan The Cabin In The Wood yg gila menakutkan. Jujurnya, aku trkejut beruk brdasarkan pakaiannya yg agak..slekeh~

 

8. Again, seperti kisah epik filem2 epik dlm dunia; perbualan kami terhenti akibat seorg nenek Cina tua bangka bongkok tiga bertongkat pendek dtg kat kami minta tlg pimpin dia ke hujung jalan (bukan seberang jalan) akibat matanya yg dah tak nampak. Lantas Jamil, nama si India Muslim yg street smart ni pimpin tgn nenek tua td sambil ckp kt aku, "I hope we will see again next time Hafiz! Insyaallah!"

 

9. Dihujung jalan aku trnampak nenek tua tu sembah dia, mungkin sbgai tanda trima kasih. Wallahualam, ini je yg aku dpt imbas blk dr sepanjang perbualan kami. Memori aku xcukup besar lah, salahkan kretek! Hahah!

 

Hormatilah setiap elemen, belajarlah selagi mampu belajar, berkongsilah selagi mampu berkongsi, bersangka baiklah selagi mampu bersangka baik, dan mari lah mula berbuat sesuatu dari duduk sahaja kerjanya mengungkit, mengamok tak tentu hala saling membenarkan diri sendiri & saling menyebarkan fitnah.

Buatlah kebaikan (dalam pelbagai cara) selagi mampu bernafas..berhati2 lah dgn org yg tak dikenali.

 

 Kadang2 aku rasa politik ni lah dajjal sbnrnya..

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) walaupun tulisan guna short form sakitkan mata .. tapi isi yang baik macam ni buatkan bacaan sampai habis.

    jangan pernah berhenti belajar! terutama dari kehidupan itself.
  • 2) nape nnek tu sembah dye?
  • 3) tulisan ala PELIT. ekspresi rasa.

  • (Penulis)
    4) @abang_jo: Hahaha maaf la bang, saya nak bikin sempoi2 untuk golongan malas membaca sebenarnya. Nanti saya edit! Hehehe~

    Ya, menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim!

    @Tiara: Sebagai tanda terima kaseh..mungkin~

    @cahatomic: Yeap, akibat pengaruh baca buku M.Jayzuan kot..hmm hahaha


    Terima kasih semua sudi baca!
  • 5) sori nak bertanya (sebab tak berapa reti). macam ni kira cerpen gaya apa eh? interesting nak baca, sebab macam bercerita direct. best best.
  • 6) Lompat2 kerja x semestinya x bagus betgantung kpd bidang. Kalo sekejap finance, sekejap sales, sekejap teknikal, sekejap support maka mmg x elok sbb x focus. Ya, umur muda ni mmg seharusnya buat baik sebyk mungkin semampu yg ada. Bila dh kurang muda takut dh x mampu ;)
  • 7) Politik ini mmg kotor permainan dia. Selalu kan jadi mcm ni? Jumpa org-org sebegini di tmpt yg tak tersangka.

  • (Penulis)
    8) @Kosong: Hmmm tak sure lah, gaya bebas kot? Hahaaha
    @Jojo: Tu la pasal..risau jugak sbb saya ni jenis cepat hilang fokus. Itu yg bercita-cita nak ada banyak jenis kerja..heee~
    @Uculer: Ha tu la! Tempat yg tak sangka2, dan org yg tak disangka2..harapnya dpt lah jumpa lg banyak orang mcm tu..seronok.

Cerpen-cerpen lain nukilan Xilantra

Read all stories by Xilantra
No stories.