Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Gadis yang menyayangi aku seperti mana dia menyayangi Padang Besar.

 

Aku sayang hang macam lagu jiwang. Hang? tanya aku. Sengaja ditanya soalan itu, mahu bikin suasana romantis. Dia diam buat beberapa lama, wajahnya tenang menghadapi angin laut Kuala Perlis. 

Erm. Aku sayang hang macam aku sayang Padang Besaq. Jauh, tapi aku rajin dok pi shopping tangtu. Balas gadis tersebut, lembut. Giliran aku terdiam, mengerutkan kening dengan dahi yang sedikit berpeluh.

Ke sebab badan aku besaq? aku tanya. Dia geleng kepala, angkat kedua dua bahu sambil menguntumkan sebuah senyuman kecil. Aku ikut tersenyum - biadap, tapi tetap comel. Aku suka hang. Suara aku sedikit tenggelam di tindih bunyi ombak.

Aku pun, suka hang. Dia balas, lalu terjun ke dalam laut Kuala Perlis dan mayatnya ditemui terdampar di muara Sungai Baru sebelum selamat dikebumikan di Tambun Tulang. 

Senja tadi aku kembali pinggir pantai, duduk menikmati sotong goreng tepung dan kerang bakar dalam sebuah gerai terbuka di pinggir laut. Mengenangkan gadis itu, yang mengaku sayang tapi tinggalkan aku sorang sorang.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) cepat, tapi tetap comel
  • 2) hui hui. dia bunuh diri pasaipa? zombie sentiasa stail!
  • 3) Kenapa nk bunuh diri? Kenapa? Kenapa?

  • (Penulis)
    4) kalau lah dia tahu kenapa.

    kalau lah.
  • 5) He he...aku mengesyaki yang: Sebenarnya yang mati ialah budak lelaki tu. Si pompuan tu takmati pun. Dia yang terjun dan mati, tapi dia ingat pompuan tu yang mati.

  • (Penulis)
    6) Mujur Kapasitor ini tak ada butang like pada komen.
  • 7) Mcm cabut plaster pada luka. Tapi ya? Kenapa? Dan komen saya sama dgn envik Kurusawa
  • 8)
  • 9) kesimpulannya, siapa yg tinggalkan siapa sebenarnya. cerita ni boleh jadi 2 cerita

Cerpen-cerpen lain nukilan zombie

Read all stories by zombie