Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Malaon cuba memahami

 

Pagi itu, selepas selesai solat subuh berjemaah di surau, Malaon diajak oleh Pak Effenti  dengan bersungguh-sungguh ke rumahnya. Seusai memberi salam habis solat, tiba-tiba tangan Malaon direntap Pak Effenti dengan kasar. Muka Malaon terseret ke karpet surau sebentar dan dia terpaksa bangun. Akibat daripada seretan yang tiba-tiba itu, lubang hidung Malaon dimasuki beberapa ketul najis cicak yang sudah kering. Malaon tak sempat nak menguisnya. Sesampai di ruang tamu rumah pak Effenti, tangan kiri Malaon yang dipegang pak Effenti dilepaskan. Malaon terus saja duduk di atas sofa yang paling hampir dengan pintu utama. Pak Effenti segera menutup pintu itu. “Pum!”

Malaon terperanjat hingga dia mengeluarkan satu jeritan kecil. Jeritan itu lebih kecil sedikit daripada bunyi anak kucing sesat. Seterusnya pak Effenti terus duduk menghadap Malaon. Sambil mengorek keluar najis cicak yang sekejap tadi menghuni lubang hidungnya, Malaon dengan tenang memandang pak Effenti yang kelihatan gelisah .

“cis!! Bukan taik cicak je rupanya!! Kuku kaki siapa pulak ni!!!”

Malaon tiba-tiba berteriak. Sejurus selepas itu, dia tersipu malu dan terus mencalit hasil kumbahan hidungnya ke bucu kemeja yang dipakainya. Ditenungnya lagi gelagat pak Effenti yang semakin lama semakin kalut.

“bawak bertenang pakcik! Apa yang kalut sangat ni?”

“aku..aku…ada benda aku nak cakap dengan kau ni On!!”

Sudah! Kata Malaon di dalam lobus hatinya yang mengecut. Apa yang pak Effenti nak kata?

“macam ni la pakcik, apa kata kita pi kedai kopi, sarapan dulu, sambil-sambil tu boleh pakcik story kat saya..amacam?”

Pak Effenti tak menjawab. Dia terus bangkit dan masuk ke dapur rumahnya. Selepas dua minit, dia datang balik ke ruang tamu dengan membawa sedulang juadah sarapan yang mewah. Ada nasi lemak lauk ayam dan telur; ada roti canai koyak tiga rasa; ada air kopi “o” cap kapal yahudi dan hmmmpkkh…sehingga tak sanggup diceritakan di sini. Malaon terus ternganga sehinggakan air liurnya mengalir deras seperti air terjun Victoria yang bersambung dengan sungai Nil itu.

“kau nak sarapan? Ni sarapan! Sekarang kau dengar apa yang aku nak kata! Makan!!”

Dengan sekelip mata, sikap pak Effenti berubah. Tadi gugup macam bakal pengantin yang nak kawin kali pertama. Sekarang dah jadi garang macam Idi Amin bekas Presiden Uganda yang berambut kerinting maggi itu pula.

Malaon pun mula menggerakkan tangan kanannya ke arah pinggan yang berisi nasi lemak yang kelihatan seperti bersuara, “marilah On! Marilah suap kami! Kami nasi lemak yang terpaling sedap di duniaaaaa!!!”

“woi! tak reti basuh tangan ke?”

Suara pak Effenti menghentikan tindakan gopoh Malaon. Dia lantas bangun dan ke dapur rumah pak Effenti dan membasuh tangan. Sekembalinya ke ruang tamu, dia mendapati pak Effenti sedang menikmati roti canai dengan rakusnya. Malaon terus duduk dan menyambung niatnya tadi. Nasi lemak lauk ayam dijamahnya dengan santun. Tidak ada sebutir pun nasi yang terjatuh di meja. Ketika mengunyah nasi lemak, Malaon merasakan seolah-olah dia sedang berlarian di sebuah oasis hijau yang memiliki sebuah kolam jernih yang indah. Sambil berlari-lari anak, dia berhenti di tepi gigi air kolam dan bermain-main dengan airnya yang jernih. Ah!! Nikmatnya. Tangannya yang sedang meramahi air jernih kolam itu tiba-tiba tersentuh satu objek yang menggerutu! Ada seekor katak yang sangat hodoh tetapi berwajah seakan pak Effenti sedang memandangnya, dan berkata,

“hoi, kau nak dengar tak apa yang aku nak kata?”

Sambil mengertap sepotong timun, malaon menjawab,

“nak!”

Pak Effenti tiba-tiba diam. Dia meneguk air kopi “o” dengan serius. Sambil minum dia cuba bersuara,

“khomuk srtsaauuup,,hhookuummm..miiiiiimisusyryoi!”

Dia selesai minum dan meletakkan cawannya di atas dulang.

“kau dengar tak On?”

Malaon berasa amat jengkel sekali. Dikunyahnya kaki ayam dengan bernafsu.

“pakcik…mak saya tak ajar, cara nak faham bahasa minum kopi..”

“he hee..maafkan aku On! He he..aku saja je nak cuba ke'kreatif'an kau! He heeh!”

Malaon terus mengunyah sambil matanya dikecil dan dibesarkan berselang seli.

“macam ni On!...aku nak bagitau kau…yang aku rasa……”

“ye…teruskan…’

“aku rasaa……………………..”

“ye….rasa apaaa???.....’

‘aku rasaaaaaaaaaaaaaa….”

“ye pak Effenti rasa apaa????”

“aku rasaaaaaaaaaaaaaaaaaa….”

Tiba-tiba pak Effenti berhenti bercakap. Malah tubuhnya pun turut mengeras. Kaku. Mulutnya separuh terbuka, membuktikan yang dia baru selesai mengeluarkan bunyi ‘aaaa’.

Malaon turut tersentak. Dia berhenti mengunyah. Ada lagi beberapa gram nasi lemak dan kulit ayam di ruang mulutnya. Tanpa menelan, Malaon berkata,

“ppffakkkkhhhhh   Epppphheuummmmtiiiii!”

Yang hebatnya, isi mulut Malaon tak tersembur walaupun sebutir. Selepas dua saat, pak Effenti bergerak semula.

“On! Mak aku pun tak pernah mengajar cara faham bahasa kunyah nasi lemak! He he!”

Malaon tertelan terus semua makanan yang ada di dalam rongga mulutnya. Dia seperti tak dapat bernafas. Secepat mungkin dia meneguk air teh “o” dihadapannya. Kemudian dia kembali stabil. Ditenungnya muka pak Effenti dalam-dalam.

“macam ni On! Aku rasa..aku ni…ROBOT la!”

“apasal pulak?”

“yelah! Kau tak perasan tadi? Kan aku boleh berhenti berfungsi dengan tiba-tiba! Tak ingat?!”

Malaon hanya mampu tersenyum. Dia menghabiskan air teh dan terus bangun ke dapur dan mencuci tangan serta mulutnya. Dia kembali ke ruang tamu dan berkata kepada pak Effenti,

“saya percaya pakcik!”

“hmmm…bagus lah!”

“saya balik dululah ye pakcik..terima kasih sarapannya!”

Malaon sampai di muka pintu utama apabila pak Effenti bersuara lagi,

“jangan kasi tau lain orang tau!”

Malaon hanya mengangguk ke arah pak Effenti. Sambil berjalan pulang, Malaon hanya mampu tersenyum pahit. Sebenarnya, semenjak kematian isteri dan anaknya setahun yang lalu, setiap tiga hari sekali, pak Effenti akan memaksa Malaon datang kerumahnya dan mula memberitahu satu rahsia yang ganjil-ganjil. Tiga hari lepas, pak Effenti kata dia sebenarnya ialah Beruang Kutub yang bogel. Minggu lepas, dia mengaku yang dia sebenarnya ialah adik kandung Rajnikanth!

Malaon layan je. Sebab boleh dapat sarapan percuma.

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Hailah on. menangguk di ayer keroh ya!
  • 2) HAhaha.. best
  • 3) Esok esok Pak Effenti panggil lagi, beritahu rahsia yang sebenarnya dia adalah teleivisyen 32 inci yang telah rosak di sambar kilat.

    satu je caranya untuk ubat penyakit penyakit begini - bernikah.

  • (Penulis)
    4) alamak! kalu dah menikah, rugi la Malaon
  • 5) syiok nye jadik malaon. haha
  • 6) Org tua ni nk kawin lg sorang ni. Beliau memerlukan bekap dr golongan org muda
  • 7) Haha. Watak Malaon mengingatkan sy pada satu watak tempelan dalam 'Alahai Jijah'.

  • (Penulis)
    8) Ha ha ha...tafsiran Jojo dan Zombie yang paling tepat!! he he..
    Nak kena beli la Alahai Jijah macam ni..he he
  • 9) Kalau dah dpt makan mcm tu, rahsia pelik mcm mana pun oke kan? Rindu betul nak baca tulisan pak kuru :)

  • (Penulis)
    10) Lagi rindu nak jumpa ucu! he hei! dah tak lepak pantai dalam lagi ke?
  • 11) Org mmg duduk situlah. Tak lepak penamanya. Haha.
  • 12) syukurlah dengan kewujudan orang mcm pak effenti ni. meriah sikit dunia

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa