Hilang

 

Nota penulis: Cerita ini ditulis untuk pertandingan buku "Hilang" karya Dayang Noor (Buku Fixi), tapi tak menang! HAHA. Maka post balik kat sini. Enjoy the short-short-story (limit 300 words). 


      Bila ada seorang bidadari yang cantik dan ayu cuba menggoda kau, apa yang kau buat? Adakah kau menolak untuk bersenggama dengannya?

 

      Si cantik genit berambut ikal, bermata bundar memandang tepat ke mataku sambil mengusap lenganku perlahan-lahan. Bibir mulusnya terukir senyum indah penuh nafsu; menggoda. Tiada kata-kata yang keluar daripadanya. Aku juga tidak berkata apa-apa, hanya menurut godaan, perlahan jari-jemariku mengusap dan mengelus raup wajah bujur tersebut. Dia sedikit kegelian apabila jariku memainkan cuping telinganya; perlahan dia mendesah; leher terteleng di mana tanganku terarah.

 

      Bau minyak wanginya yang amat mengghairahkan membuatkan aku merapatkan diriku padanya. Harum; bau jasmin – bau yang lembut menusuk hidung. Perlahan aku mendekatkan bibirku untuk menyerang lehernya yang jinjang dan putih.

 

      Tindakan aku dapat dikesan. Perlahan dia menggeliat menutup ruang kelemahannya, namun tindakannya membuatkan bibirku dan bibirnya berhadapan; mata bertemu mata, senyum menggoda bertukar nakal; kening dia terangkat; mencabar.

 

      Terus bibir kami bertaup rapat dengan sedikit desahan. Saliva bercampur; bibir basahnya aku kucup. Umpama harmoninya sebuah orkestra yang bermain; liuk lentuk dan lengguk tubuh kami perlahan memberikan reaksi; inzal keras berdiri; punat kecil tak terkecuali.

 

      Dia memberhentikan permainan; bibirnya ditarik sambil matanya tajam melihatku. Senyum nakal masih lagi tidak lepas dari bibir mulus itu. Bibir itu mula bergerak seolah hendak berkata-kata....

 

      Namun hanya suara garau yang aku dengar keluar daripada bibir mulus tersebut.

 

     “Abang boleh tonggeng bang?”

 

      Tangan halusnya kini berada di celah kelangkangku; perlahan mengusap anakonda liar yang masih lagi bersalut dengan seluar jeansku (juga seluar dalamku).

 

      Aku terkesima.

 

     “TAKNAK! Saya taknak hilang keterunaan saya!” jerit aku sekuat hati.

 

       Tiba-tiba satu suara yang luar daripada lakonan tersebut terpekik nyaring dalam lubang telingaku.

 

      “HOI! Tido lagi maghrib maghrib ni! Mimpi mengarut terjerit-jerit! BANGUN!”

 

      Suara mak membuatkan aku tersentak bangun. Laptopku masih lagi memainkan lagu “Where Is My Mind?” alunan kumpulan Pixie.

 

Mimpi? Babi!

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Laa..mimpi....seram sejuk baca ni..
  • 2) Choi orang belum kawin, mana tahu kelemahan wanita bagai *geleng geleng* Hehe!

  • (Penulis)
    3) ciksal: kenapa seram sejuk? HEHEHEHE

    caha: choiii!! aku tatau, itu daripada pembacaan je sebenarnya kihkihkih
  • 4) rearrange: romantik sangat tu...seram weh!
  • 5) hahahahhaahaha.. anakonda liar..tak boleh blah ayat..

Cerpen-cerpen lain nukilan rearrange

Read all stories by rearrange