Debok yang nak!

 

“mak! Gedegung nak sahur!”

“hah? Tak payahlah Gedegung, kau bukannya nak puasa esok..”

“Debok nak puasa!”

“hmm..oklah..meh sahur cepat!!”

Mak memang agak terkejut dengan permintaan Gedegung, pada pagi satu Ramadhan yang itu. Setahu kami semua, Gedegung memang tak suka puasa. Bukan sebab saja-saja tak nak puasa, tetapi sebab umurnya. Dia baru saja berusia 5 tahun. Sekarang ni pulak, dia asyik guna alasan “Debok”. Sikit-sikit Debok. Debok nak itulah, Debok nak inilah. Debok yang nak, Debok yang tak nak. Hmm..sampai naik bosan kami mendengar si Gedegung mempergunakan nama kawan imaginasinya itu.

Pernah sekali tu aku tanya dengan Gedegung.

“Gung, Debok tu macam mana orangnya? Besar ke kecik? Hensem ke hodoh?”

Dia jawab,

“Debok sama macam Gedegung, Cuma dia pandai sikit je..tapi gigi dia ghongak! Kikiki!!”

Aku pun tak berapa nak ingat, sejak bila yang si Gedegung mula mewujudkan watak si Debok ni. Seingat aku, Debok tak pernah ada sehingga tahun lepas. Mungkin Debok baru datang dalam awal tahun ni.  Aku juga pernah tanya,

“Gung! Debok orang mana?”

“ki ki ki…Debok datang dari angkasa lepas lah! Dari planet Segustitani! Dia datang naik spaceship yang ada kaler-kaler tu!”

Selepas beberapa minggu kehadiran Debok, kami semua pun mula terbiasa dengannya. Sehinggakan si Debok seolah-olah sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kami.

Berbalik ke meja makan kami yang terletak di tengah dapur. Jam sudah menunjukkan pukul 5 pagi tepat. Esok hari pertama Ramadhan. Kami semua duduk mengelilingi meja makan di atas kerusi masing-masing. Ayah, mak, aku, gedegung, Debok dan atok. Tompok duduk kat bawah, tepi kaki ayah. Selesai membaca doa makan, kami pun bersahur. Sambil makan, kami biasa berbual sedikit. Pagi tu, ayah masak nasi goreng Boring Uganda.  Siapa yang tak pernah makan, memang takkan kenal nasi goreng ni. Ayah punya resepi asli dan rahsia. Mak pun tak tau resepi dia. Memang lazat dan terangkat. Sampaikan Tompok pun menjilat kakinya dan kaki ayah. Aku tak sampai tahap tu. Aku Cuma akan memuji ayah sambil  makan.

“sedap ayah masak..”

“Tengkiu mere bête!!”

Ayah seperti biasa, akan tersipu-sipu malu macam anak dara sunti yang sedang dingorat dek jantan tak guna. Mak buat muka biasa je. Tiba-tiba atok bersuara,

“emmm..Debok, kamu larat ke puasa?”

“hmm..Debok cakap, dia dah biasa puasa kat planet dia..”

“oh..kamu pulak Degung? Larat ke puasa esok?”

“a.ah.. Gung!, abang dulu umur kau, rilek-rilek je makan aiskrim siang Ramadhan!”

“isyh!! Jamdol, janganlah lemahkan semangat dia..”

“takpe mak, Degung boleh puasa! Kalu Debok pun boleh, mesti Degung pun boleh!!”

Kami pun meneruskan bersahur dengan perasaan masing-masing. Selesai bersahur, Gedegung laju je lari masuk bilik dan kembali berdengkur. Aku pun nak buat macam tu, tapi ditahan oleh ayah. Dia mengajak aku mengaji di ruang tamu. Kami mengaji sehingga subuh. Selesai solat subuh ayah mengajak aku ke pasar. Selesai membeli barang di pasar, kami pulang ke rumah seperti biasa. Tak ada perkara yang luarbiasa berlaku, selain daripada aku terguling di lantai pasar akibat terpijak siput sedut yang tiba-tiba muncul di kaki ( sebenarnya aku yang gatal pegi pegang bungkusan siput sedut sampai berterabur). Kami tiba di rumah sekitar jam 8 setengah pagi. Sampai di depan pintu rumah kami disapa oleh Gedegung.







“abang Dol, sedap tau eskrem Malaysia ni!! ki ki ki!!”

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Hahhaa...bukan main lagi nak puasa si Debok ni..alih2 makan eskrem! ..siap offer kat Abang Dol!
  • 2) debok apa ah? kucing eh. aku lupa.
    ah jamdol sopan pulak dalam cerita ni. himawari (gedegung) dia pulak yang bertindak fani. hehe.
  • 3) debok gastrik kot? gedegung tumpang bebuka skali.

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa