Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Hadiah ke syurga

 

Sepasang telekung berwarna putih elok terletak di atas pangkuan riba wanita itu. Dia tersenyum puas kerana hasil tangannya siap juga untuk diberikan sebagai hadiah hari lahir. Tangan tua itu bermain-main dengan sulaman bunga berwarna ungu. 

Harap-harap dia suka, bisik hati kecilnya.

Setelah itu, dibungkus kemas dengan pembalut hadiah. Sekeping kad kecil ditampal di atas bungkusan tersebut berserta dengan ucapan 'Istimewa untuk Hana'.

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8:30 malam tetapi kelibat anak tunggalnya itu masih belum kelihatan. Di hatinya timbul perasaan risau.

"Mak!" suara itu mematikan keresahannya. Dia tersenyum lega tatkala anaknya muncul di muka pintu. Senyuman manis diberikan.


Hana segera mendapatkan ibunya dan terus menyalami tangan wanita itu.

"Maaf, ummi. Hana terlewat. Kelas tuisyen habis lambat."
 
 "Tak apa. Asalkan Hana selamat sampai dirumah. Subjek apa hari ini?" tanya wanita itu sambil tangannya membelai rambut anaknya. Manis juga anak aku ini. 
 
 "Matematik tambahan. Ummi masak apa? Perut Hana dah lapar ni." rengek si anak.
 
 "Eh, semalam bukan kelas Matematik tambahan juga ke?" 

Hana mula gelisah dengan pertanyaan ummi. 

"Yeke? Mungkin ummi silap dengar kot. Semalam kan Hana ada tuisyen Matematik. Hari ini baru Matematik tambahan."

 
 Si ibu mula pandang curiga tapi dibiarkan saja. Hana menghembus nafas lega apabila ummi tidak bertanya lebih lanjut dan mengajaknya makan.
 
 
 
 Dua hari kemudian, ummi datang mengejutkan Hana untuk solat subuh. Tetapi Hana tidur mati. Ditepuk-tepuk lagi bahu Hana dengan lembut. Kemudian direnjiskan air ke muka gadis itu. Hana terus menjerit kesejukkan.
 
 "Selamat hari lahir, Hana. Bangun solat subuh. Lepas ni ummi ada suprise." Mata Hana yang pada mulanya tertutup rapat kini terbuka luas. Tergelak ummi dengan aksi anak kesayangannya.
 
 Hana buru-buru mengerjakan solat. Itu pun tidak khusyuk dek teringat-ingat kejutan yang akan diberikan ummi sebentar lagi.
 
 Usai solat, Hana segera mencampakkan telekung dan mendapatkan ummi. Dipeluk pinggang ibunya dari belakang. 
 
 "Wah, lempeng. Boleh cicah dengan kuah masak lemak cili api semalam. Ni yang buat Hana terliur. Tapi sebelum tu, apa kejutan yang ummi nak beri tadi?"
 
 "Ada atas meja makan."
 
 Wajah Hana berseri-seri melihat bungkusan tersebut. Tangannya pantas mengoyakkan hadiah pembalut kertas. Senyumannya mati bila melihat isi kandungannya.
 
 Telekung nak buat apa! desis Hana didalam hati. Wajah ummi penuh mengharap.
 
 "Hana suka?" tanya ummi sambil meletakkan sepinggan lempeng di atas meja.
 
 "Lagi lagi telekung!" Hana mula meninggikan suara.
 
 "Ummi jahit sendiri khas untuk Hana. Arwah nenek selalu cakap dengan ummi, jahitan tangan seorang ibu untuk anaknya selalu terisi dengan doa."
 
 "Tapi telekung yang ummi jahitkan dua bulan lepas kan masih elok lagi." Hana berpeluk tubuh tanda protes.
 
 "Ummi tahu, tapi yang ini istimewa sikit sebab ummi tambahkan sulaman dengan warna kesukaan Hana."
 
 "Hana lagi suka kalau ummi belikan baju baru ataupun telefon bimbit daripada telekung. Penat tau Hana diperli rakan-rakan sebab setiap tahun dapat hadiah sepasang telekung je. Mereka cakap Hana ni dah jadi ustazah."
 
"Hana Humaira, kenapa bercakap dengan ummi guna nada tinggi ni? Berdosa."
 
 "Menyesal Hana pilih untuk tinggal dengan ummi daripada ikut ayah ke London dengan isteri barunya."
 
 "Astaghfirullahalazim..." manik-manik jernih muncul dipipi wanita separuh abad itu. Kecewa sungguh mendengarkan luahan anaknya.
 
 "Tak mengapalah Hana. Nanti ummi telefon ayah suruh bawa Hana tinggal di London." Perlahan-lahan dia bangun meninggalkan Hana yang masih masam mencuka. Sebelum hilang dari pandangan, ummi pusing semula pada Hana dan tersenyum manis. 
 
 "Hana Humaira tetap buah hati ummi sampai akhir hayat. Ummi ampunkan Hana walaupun kata-kata tadi membuatkan ummi kecewa. Makanlah lempeng tu. Nanti sejuk tak sedap. Ummi masuk bilik sekejap."

Hana bersarapan keseorangan. Selepas menghabiskan lempeng di pinggan, fikirannya kembali waras. Terbit kekesalan meninggikan suara dengan ibunya. Sedangkan menyebut 'Ah' pun dah dikira berdosa, inikan pula aku yang memperlekehkan hadiah ummi, bicara Hana sendiri.
 
 Dia mengambil telekung yang terbiar di atas meja makan lalu menciumnya. Harum dengan bau minyak attar. Hana memandang pintu bilik ibunya yang masih tertutup rapat. Merajuk ke ummi dengan aku?
 
 Hana mengetuk pintu bilik itu dan memutar tombol pintu untuk masuk ke dalam. Ummi sedang berbaring di atas katil, mengiring membelakangkannya. Dia mula rasa tidak sedap hati. Perlahan-lahan Hana mengatur langkah menhampiri katil tersebut. Diusap-usap bahu ibunya dengan harapan dia terjaga dari tidur. Tiada reaksi. Badan ummi terasa terlalu berat untuk dipusingkan. Masih terdapat bekas air mata di pipi si ibu.

 Tapi kenapa bibir ibunya pucat?Digoncang-goncang bahu ummi tapi masih tiada reaksi.
 
 "Ummi bangun! Ummi! Jangan tinggalkan Hana. Maafkan Hana." dicium seluruh wajah ibunya berulang-ulang kali. Ummi masih bernafas! Tapi denyutan nadinya sangat lemah.
 

 "Ya Allah, aku berdosa. Aku anak derhaka. Jangan Kau ambil nyawa ummi dulu. Aku banyak berdosa dengan ummi. Aku belum sempat berbakti pada ummi." esakan Hana memenuhi ruang bilik ibunya.
 
 
 Sepuluh tahun kemudian...
 
 Hana Humaira mengesat air mata yang laju mengalir. Dia mengusap-usap batu nisan itu dengan penuh kasih sayang. Dihatinya masih berbekas penyesalan melukakan hati ummi dulu. 
 
 "Ummi, semoga tenang disana. Hana akan doakan untuk ummi sepertimana ummi selalu buat untuk anak ummi ini."
 
 Sudah seminggu ummi pergi meninggalkannya. Dia bersyukur diberikan peluang menebus kesilapannya pada ummi ketika usianya remaja dulu.
 
 Teringat kata-kata doktor dulu selepas keluar dari bilik pembedahan.
 
 "Syukurlah umur ibu cik masih panjang. Kami berjaya menyelamatkannya. Selalu untuk kes begini, peluang untuk terselamat amat tipis lebih-lebih lagi ibu cik berhenti bernafas ketika turun dari ambulans."
 
 "Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Kau berikan aku peluang kedua."
 
 Sejak dari itu, Hana Humaira menanamkan dalam diri untuk menggembirakan hati ummi. Dia lega dapat berada disisi ummi ketika sakaratulmaut datang menjemput. Wajah ummi nampak tenang sekali dengan senyuman di wajah ketika menghembuskan nafas terakhir.
 
 "Mama! Jom kita balik. Abah dah tunggu dalam kereta." suara kanak-kanak kecil menghentikan lamunannya. Dia senyum pada anak lelakinya. Baru berusia 4 tahun tapi sudah petah bercakap.
 
 "Hanif sayang mama tak?" tanya Hana sambil mengucup pipi montel anaknya. 
 
 "Mestilah." dia mula jalan berpimpinan tangan menuju ke kereta.Suaminya sedang mendukung anak kedua mereka, Nur Umaiya yang sedang ketawa mengekek.
 
 Dia tidak akan melupakan hadiah pemberian ummi sepuluh tahun yang lepas. Sepasang telekung biasa tapi menyebabkan dirinya berubah menjadi manusia yang lebih baik. Masih dijaga dengan baik hadiah walaupon sudah lusuh kerana dipakai berkali-kali.
 
"Lebih baik lusuh sebab selalu dipakai daripada elok tapi tak pernah disentuh." kata ummi.
 
 Terima kasih ya Allah kerna kau berikan ibu yang terbaik untuk ku. Semoga aku dapat menjadi ibu yang terhebat untuk anak-anak ku pula. Insya'allah.


 
                                                  ******TAMAT*********

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Huks. sweet dan tak cliche sangat walaupun mula-mula tadi dah nak cliche. hehe.
    eh apa ah nickname manja nightingale ni dulu. lupa pulak. baru ingat nak sakat

  • (Penulis)
    2) caha: mula-mula ingat nak buat citer ala2 aku sebatang pen tapi versi aku sepasang telekung.
    nickname? sudah dipadamkan dari memori(tak pun). lalala...

Cerpen-cerpen lain nukilan nightingale

Read all stories by nightingale