Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kembali ke langit.

 

 

“Argh! Akhirnya!” bisik Qila bila keluar dari dewan peperiksaan itu. Perkarangan dewan mula hingar. Ada yang baru melepasi kertas akhir sepertinya, lalu menjerit-jeritlah mereka gembira.

“Sumpah, susah weh!” kata Qila tak semena-mena pada Ria yang berada di hadapannya. Ria memandangnya pelik. Oh, baru dia teringat, dia jarang bercakap dengan Ria, sekalipun mereka sekelas, lagi pula perkataan 'susah' itu sememangnya janggal untuk Ria yang selalu dapat DL.

“Ah! Salah orang nak mengadu” dia memandang sekeliling, mencari mereka yang dikenali.

Saat dia berpusing dia tidak menyangka bahawa Faiq akan ada di situ, berjalan ke arahnya, atau lebih tepat ke arah pintu dihadapannya. Faiq sedang memandang lurus ke arahnya dan kaki Qila bagai terpaku di depan pintu. Refleks, dia berpusing ke depan semula, menarik nafas, dan memejamkan mata. Dadanya terasa sesak. Penuh dengan debaran dan Ya hanya inilah masanya. Tiada lagi peluang selepas ini.

Dalam kiraan 3 saat, dia membuka mata, dan kini belakang  bahu Faiq yang berlapik t-shirt biru menjadi santapan matanya.

“Faiq!”

Leher lelaki itu berpusing menghadapnya, dan matanya bersabung dengan mata hitam lelaki itu yang terlindung dek kaca mata berbingkai penuh gaya terbaru. Ada anak rambut yang menutupi sebahagian kening yang lebat terletak. Cepat-cepat dia mengalih pada hujung kasut yang sempat dinilai, ada setompok kesan lecak di situ.

“Hm?” hanya kening diangkat Faiq sebagai isyarat kenapa.

Erk. Semua perkataan yang diatur sudah berterabur menari-nari keluar dari otaknya. Memang tak pernah dia sengaja menegur lelaki ini jika bukan di meja mesyuarat dengan karekter Timbalan Pengarah Program.

“Okey paper tadi?”itu yang terkeluar dari bibir Qila.

“Okey..”

Cis! Lagi mahu tanya, of course la okey, pelajar DL setiap sem. Aku je tak okey. Seranah hati Qila.

“Ada lagi paper ke lepas ni?”

“Takde?”

Ah soalan bodoh lagi. Dia kan satu kelas dengan aku.

“Er.. okey so balik terus lah hari ni?”

“Yup. Hari-hari aku balik rumah.”

Ah. Syengal.  Rumah dia sepelaung saja dengan kampus. Bukan duduk hostel. Macam mana kau boleh lupa Qila?

Okey tenang Qila.

“Okey..dengar ni. Nanti dah tak dapat jumpa dah. So, aku nak minta maaf. Sepanjang buat kerjasama selama ni. Lebih-lebih lagi masa post mortem hari tu. Emo sikit. Teruk jugak kau kena amuk hari tu. Sorry. Dan aku penah kutuk ko sikit, plus umpat, dan sikit tak puas hati.” laju ayat itu keluar

“Sekarang tak puas hati lagi ke?”

“Tak. Tak. Dah okey. Dan dah menyesal. Sebab tu minta maaf ni”

Otot pipi Faiq tertarik menampakkan lesung pipitnya dan giginya yang bersih. Qila terasa hatinya sudah terasa mahu ikut burung terbang mendakap awan. Kemudian tiba-tiba ada helang kacau line. Lalu dia jatuh ke bumi semula. Dan dia kembali berpijak di lantai dewan.Okey Qila. Dia senyum saja. Jangan over.

“Sama, aku pun.”ujar Faiq tanpa nada.

“Dah dimaafkan lah ni?”

Angguk. Dibalas juga dengan anggukan.

Cakap Qila. Cakap.

“Okey, all the best for your next life.” Ah! Lain yang nak cakap, lain yang keluar. Terasa ingin saja menggigit lidah sendiri. Dan tiba-tiba rasa ingin marah. Cakap banyak patah sikit, tak boleh ke duhai Faiq! Hari ni saja. Kalau dah miskin kosa kata tu, miskin jugak. Terlupa yang tadinya dia baru meminta maaf.

“Ok, gerak dulu” Qila berpusing. Dengan harapan, hatinya turut berpusing, kembali normal seperti sebelum dia mengenal Faiq.

Baru dua langkah dia terdengar

“Aqilah”

Sesaat dia berhenti kemudian berpusing menghadap lelaki itu dengan kerutan.

Faiq bersuara bila Qila mengangkat kening bertanya kenapa. “Tak, ada lagi satu kesalahan kau”

“Eh? apa?” Dah sudah..

“Kau dah sembunyikan hati aku dekat mana? Baik pulangkan sekarang. Tak baik ambil tanpa izin.” Faiq memandang tepat pada Qila.

Qila tiba-tiba menjadi faqir yang tak sempat mengemis kata-kata dari pujangga. Dia kini jadi tak tahu pun nak mengeja. Kotak suaranya kehilangan anak kunci. Mindanya terhenti mencairkan butir-butir kata Faiq.

Sepi. Hilang sudah semua pelajar di sekelilingnya  yang sedang sibuk berjalan menuju ke destinasi. Hilang jerit pekik gembira mereka yang baru lepas final paper.

Yang ada tinggal mereka berdua. Tiba-tiba angin yang bertiup terasa sehingga ke dalam hati. Nyaman. Meniup pergi resahnya setiap kali selepas berpapasan dengan Faiq selama ini. Menyah pergi rasa bersalahnya setiap kali selepas bertelingkah dengan Faiq ketika berprogram dengan lelaki itu. Melapangkan dadanya yang sering sesak apabila menatap Faiq.

“Er..” bahunya tiba-tiba dilanggar.

“Aduh!”

“Apahal  berdiri tengah-tengah alam ni? Susah orang nak keluar!” marah seorang yang pelajar. Kemudian berpusu-pusu pelajar keluar dari pintu dewan.

“Eh?”

Dia memandang sekeliling. Tiada Faiq. Dan riuh pula. Juga panas dengan bahang mentari. Tidak lagi nyaman.

Apakah? Dia mengetuk kepalanya beberapa kali.

Sah! Kau berangan lagi Qila! Ria dihadapannya sudah riang keluar dari dewan.

Baru dia hendak  melangkah, satu susuk yang sangat dikenali melaluinya. Faiq! Lidahnya terus kelu. Hanya hatinya saja yang berbisik tika itu.  Dia tak cukup berani lagi sekalipun untuk berdehem saat itu. Lalu belakang Faiq itulah yang ditatap. Buat sekian kalinya. Hatinya seperti digarit. Ya, dia cukup benci menatap belakang bahu orang, terasa jauh, terasa ditinggalkan, dan terasa sendiri. Namun apakah dia punya banyak pilihan. Jika inilah kali terkhir dia berpeluang melihat Faiq, sekadar belakang bahu  Faiq pun dia sanggup tengok, walaupun hatinya sakit. Sehingga kelibat Faiq hilang di balik pintu gerbang dewan, baru dia melangkah pergi.

Laju langkahnya menuju ke arah motorsikalnya. Ya, takkannya kau berani nak cakap apa-apa pada Faiq tu. Hanya dalam novel saja scene dapat-luah-perasaan-lepas-final-paper tu. Marah hati Qilah.  Dia terasa tidak berguna apabila hanya mampu bersuara gagah demi keberjayaan program, namun untuk kemenangan hatinya, dia jadi kecil, pengecut.

 Enjin motorsikal mengaum, laju menongkah angin. Saat itu satu yang Qila fikir,jikalau angin tidak dapat mengutus rasa hatinya, biarlah angin ini membawa pergi bersama rasa ini jauh. Jauh ke langit. Kembali ke pangkuan Pemberi rasa itu.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) jap, maksud kau pedal motor dipulas tu macamane? puas aku google.. aku harap maksud kau throttle
  • 2) masalah dan situasi di dalam cerpen ini adalah common. bahkan sampai sekarang aku kurang faham masalah 'terpaku' dan nervous di kalangan remaja apabila berhadapan dengan gender berlawanan mereka yang attractive.

  • (Penulis)
    3) rebelliben: harapan kau memang bukan sekadar harapan. aku dah edit. tengs.

    nizaris: ada dua masalah: 1-ego, 2-malu. dalam nak menimbangkan dua benda tu, tengok-tengok masa dah tak de dah. ko mesti manusia berani sedunia kan? salute la bai..
  • 4) Sokong nizaris..kenapa ek?

Cerpen-cerpen lain nukilan keroppi

Read all stories by keroppi