Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kuih! Kuih!

 

*Sambungan cerpen Juadah Ku, Juadah Mu...

 

EMI mula senyum. Sejak dia pandai membuat kuih cek mek molek, dia merasakan ada satu keseronokan untuknya mencuba kuih lain.  Otaknya mula ligat berfikir tentang rezeki bulan ramadhan. Balik dari kelas tadi, sempat dia mencari resipi di internet beberapa jenis kuih yang dirasakan dapat menarik pembeli untuk mencuba kuihnya nanti.

Kelasnya akan habis awal bila bulan puasa tiba. Tambah-tambah kalau pensyarah yang suka batalkan kelas. Seawal pukul empat dia sudah ada di rumah. Kesempatan itu dia gunakan sepenuhnya untuk mempelajari cara untuk membuat kuih. Mencari duit lebih untuk menampung pengajiannya di kampus nanti. Emi senyum lagi.

Maka bermulalah misi Emi untuk menjadi seorang peniaga kecil-kecilan. Dia mula berangan ingin menjual kuih pada hujung minggu saja.  Kebetulan ada satu gerai yang sudi memberinya tumpang di situ dengan membayar sedikit sewa.

“Err..kak Eton..boleh saya tumpang berniaga kuih kat sini tak? Hujung minggu je. Nanti saya bayar sewa..boleh tak?” Emi mula bersemangat. Dia kenal kak Eton masa beli nasi lemak di gerai itu dulu. Kak Eton memang murah dengan senyuman.

Kak Eton yang pakai apron di depannya senyum.

“Boleh..kebetulan hari minggu akak tak banyak kuih. Bila nak mula?”

“Minggu ni!” Emi senyum lebar.

 

Pagi Sabtu,  Emi bangun dengan perasaan semangat berkobar. Dia melangkah ke dapur dengan senyuman. Kak Yati hanya senyum melihat Emi yang tersenyum-senyum begitu. Nor, Alin dan Shidah pula tiada di rumah. Masing-masing berbuka di luar. Ada yang balik ke kampung masing-masing. Maklumlah rumah mereka dekat saja dengan kampus. Hari ini hanya dia dan Kak Yati saja yang lepak di rumah. Emi senyum lagi. Terasa tiada gangguan.

“Emi, nak buat apa dengan bahan-bahan yang banyak ni?” kak Yati garu kepala melihat banyak bahan untuk buat kuih atas meja makan.

“Hihihi..kak..saya nak berniaga. Bulan puasa ni banyak rezeki. Ni! Saya dah salin semua resipi kuih yang saya nak buat nanti!” Emi hulur buku nota resipinya kepada Kak Yati.

Kak Yati membelek helaian demi helaian. Ada senyuman di bibirnya.

“Hmm..not bad! Tapi..banyak ni, larat ke buat nanti? Nak akak tolong?” Kak Yati mula menawarkan diri.

“Eh! Akak tak sibuk ke? Terima kasih daun keladi!” Emi melompat gembira. Pembantu sukarela sudah ada.

 

Bertungkus-lumus Emi dan Kak Yati membuat kuih mengikut resipi yang ditulis dalam nota kecil itu. Satu persatu bahan-bahan yang dibeli dari pasar raya tadi diletak di sekelilingnya. Setelah memastikan semua bahan ada, Emi mula memakai apron dan sarung tangan. Kebersihan perlu dijaga.

“Ok Emi! Let’s start the mission! Cayok!” Emi senyum sambil memberi kata semangat kepada dirinya sendiri.

Kak Yati hanya gelak  kecil melihat telatah Emi yang gila-gila. Happy go lucky orang putih kata! Dia segera menolong Emi membancuh tepung dan bahan-bahan lain mengikut sukatan. Ada lebih kurang sepuluh jenis kuih.

“Emi! Banyaknya! Sempat ke nanti?” Kak Yati pandang senarai kuih dalam nota kecil.

“Ala kak..kuih cek mek saya dah pandai. Yang lain tu kita ikut jelah resipi dalam tu! Macam kuih seri muka tu..kan akak dah expert!” Emi senyum lagi.

Kak Yati senyum. Begitu bersemangat melihat Emi yang sentiasa riang.

“Semangat nampak? Puasa ke tak ni?” Kak Yati mula bergurau.

“Eh! Saya puasa la kak! Akak tu yang tak puasa! Nanti boleh lah akak rasa kuih ni nanti!” Emi sengih.

Kak Yati turut sengih. Terlupa yang dia masih dalam keadaan uzur.

 

MEREKA mula menyediakan satu demi satu kuih yang dalam senarai tadi. Ada yang kena goreng, ada yang kena kukus dan ada juga yang kena bakar. Rumah mereka yang sememangnya lengkap dengan barang keperluan dapur seperti oven dan pengukus, membuatkan kerja mereka lebih mudah.

“Kak..terima kasih kerana beri pinjam barang akak ni..” Emi pandang Kak Yati yang begitu rajin menolong Emi.

“Ala..akak kan suka masak. Korang guna je..janji jangan jahanamkan barang tu sudah!” Kak Yati senyum lagi. Dia juga tidak berkira dengan teman serumahnya dalam banyak hal asalkan mereka tahu menghargai.

Hampir pukul tiga petang mereka baru siap buat semua jenis kuih. Masuk waktu zuhur tadi, Emi tinggalkan Kak Yati seorang diri sementara dia menunaikan solat zuhur. Semua kuih diletakkan dalam bekas plastik besar mengikut jenis kuih.

“Emi nak jual kat mana nanti?” Kak Yati betulkan urat bila terasa lama duduk bersila tadi.

“Kak Eton yang jual nasi lemak tu bagi tumpang kat Emi. Emi bayar sewa tapak tu..kongsi dengan kak Eton!” Emi mula mengemas dapur yang berselerak.

Kak Yati hanya angguk. Dia turut menolong Emi mengemas bila melihat jam di dinding dapur sudah hampir tiga setengah petang.

 

PETANG itu, Emi bersama Kak Yati mula bergerak ke bazar ramadhan berdekatan dengan rumah mereka dengan menaiki kereta kak Yati. Kak Yati pula menolong Emi mengangkat kuih-kuih ke gerai Kak Eton. Dari jauh Kak Eton sudah senyum.

“Wah! Banyaknya kuih ni Emi! Semua ni Emi buat sendiri ke?” Kak Eton terbeliak melihat pelbagai jenis kuih yang dibawa.

Emi angguk dan mula senyum sambil menjeling Kak Yati. “Saya dengan kak Yati ni yang buat.”

Kak Yati turut serta menjual kuih bersama Emi di gerai Kak Eton. Mereka mula menyusun semua kuih dengan kemas dan diletakkan nama pada setiap jenis kuih.

“Amboi! Peliknya nama!” Kak Eton ketawa.

Kak Yati juga turut ketawa melihat nama-nama yang diberi oleh Emi pada kuih-kuih yang mereka buat tadi. Dia pandang Emi yang tersengih-sengih.

“Emi ni suka buat lawak la!” Kak Yati masih menekan perutnya melihat nama-nama kuih Emi.

“Ala..kak..dengan nama pelik macam ni nanti..Emi harap orang akan beli! Rasa pun sedap..kak Yati dah rasa tadi kan?” Emi geletek Kak Yati di sebelah.

Emi mula melihat pengunjung bazar di situ mula membanjiri gerai-gerai. Dia segera memakai apron merah menyala dan mula senyum kepada pengunjung yang lalu di depan gerai Kak Eton.

“Abang, kakak, pakcik, makcik! Mari! Mari! Kuih bagus mari!” Emi sengih lagi.

Beberapa orang pelanggan di situ mula membeli kuih Emi bila terbaca nama-nama pelik pada setiap jenis kuih yang diletak di tepi kuih.

“Kuih! Kuih!” Emi melaung dengan kuat tanpa rasa malu. Teringat masa kecil dulu, dia sering membantu ibunya menjaja kuih di kampung sambil menjerit kuih!

Kak Yati senyum gelihati melihat gelagat Emi yang tidak segan menjual kuih. Laungannya cukup menarik pelanggan berkerumun di gerai Kak Eton. Nasi lemak Kak Eton turut terjual sama.

***************

SHAFIQ berjalan perlahan-lahan melalui gerai-gerai di sekitar bazar ramadhan. Hari ini dia tidak bercadang memasak. Dia masih tercari-cari juadah apa yang ingin dibeli untuk berbuka nanti. Teman serumahnya ada yang pulang ke kampung. Hanya dia dengan Halim saja yang ada di hujung minggu begini.

“Lim! Kau nak beli apa? Aku tak tahu nak makan apa!” Shafiq pandang Halim di sebelah.

“Alah..tinggal kita dua je kan? Kita belilah nasi apa-apa dan kuih sikit. Untuk sahur nanti, kita beli lauk je. Nasi kita masak sendiri!” Halim senyum. Dia pandang pula sekitar gerai.

“Eh! Tu bukan jiran kita ke?” Halim tuding ke arah satu gerai. Dia kenal dengan kak Yati.

“Mana?” Shafiq panjangkan tengkuk melihat gerai yang ditunjuk Halim tadi.

“Tuuu!! Tu Kak Yati kan?” Halim juga turut terjenguk-jenguk di sebalik orang ramai yang mula memenuhi bazar di situ.

“Yalah! Bila masa pulak kakak tu berniaga? Uih! Ramai la pelanggan dia! Jom-jom! Kita pergi tengok!” Shafiq menarik tangan Halim menuju ke arah gerai tadi.

Di celah-celah orang ramai, Shafiq dan Halim mula melangkah laju ke gerai Kak Yati. Pelanggan mula ramai. Shafiq dan Halim terjenguk-jenguk melihat apa yang dijual di situ.

“Eh! Tu kan budak perempuan yang bagi kita kuih cek mek inti budu hari tu kan?” Shafiq renung Emi yang sibuk melayan pelanggan.

“Apa? Cek mek inti budu? Bila kau makan?” Halim pula tercengang.

“Lupa..korang tak ada kat rumah masa tu! Aku yang makan..hihihi!” Shafiq senyum sendiri.

Shafiq dan Halim segera mendekati gerai setelah melihat pelanggan mula reda. Dia melihat Emi dan Kak Yati tak menang tangan melayan pelanggan yang datang membeli kuih mereka.

“Eh! Shafiq!” kak Yati mula senyum bila perasan jiran sebelah kirinya tercegat di situ.

Emi memandang Shafiq dengan muka tak bersalah. Agaknya dia sudah rasa cek mek inti budu aku tu..fikirnya sendiri.

“Nak beli kuih ke?” Kak Yati bertanya lagi setelah melihat Emi diam. Tadi bukan main lagi Emi menjerit memanggil pelanggan.

“Nak juga rasa..mana tahu kali ni inti cuka pulak!” Shafiq jeling Emi di sebelah Kak Yati. Wajah Emi sudah berubah.

“Wow! Pelik gila nama kuih korang ni!” Halim membaca satu persatu nama kuih.

 

Kaki Gangster Lompat Tikam

Minah Seksi  Puteri Mandi

 Si Keji Tahi Itik

Si cute Cek Mek Molek

Wahai alim Ketayap

Kaki pukul Kuih Lompang

Dari Zoo Badak Berendam

Si Tenteram Kuih Makmur

Awet Muda Seri Muka

Si Munafik Talam Dua Muka

Malas mandi  Bau- Lu


“Hahaha! Nama tu Emi yang bagi!” kak Yati pandang Emi di sebelah.

Emi pula mula tunduk. Tidak sanggup melihat kuihnya nanti ditertawakan oleh Shafiq dan Halim.

Eii! Bila nak blah ni! Emi jeling lagi.

“Kak! Saya nak beli lah kuih ni. Nak rasa sedap ke tak!” Shafiq jeling Emi yang mula muncung.

“Nak kuih apa? Boleh campur! Lima biji dua ringgit!” Kak Yati pula terpaksa melayan bila Emi masam begitu.

“Hmm..bagi saya kaki gangster, minah seksi, si munafik, awet muda dan si keji! Err..kak! Si cute tu saya tak nak..takut ada inti budu!” Shafiq berkata sambil ketawa geli hati.

“Saya pula mestilah nak minah seksi tu! Bagi dua ringgit!” Halim turut ketawa.

Emi hanya jeling Shafiq dan Halim yang masih ketawa. Jaga korang! Emi ketap bibir menahan marah mendengar ketawa mengejek jiran sebelahnya.

“Nah! Ni Emi bagi free satu sorang!” Kak Yati letak dua biji kuih bahulu.

“Hmm..kuih ni namanya malas mandi..mesti Emi malas mandi kan kak? Sebab tu bau semacam je!” Shafiq mengusik Emi sambil memerhati nama kuih. Duit dihulur.

Tiba-tiba dirasakan satu senduk melayang ke arahnya. Shafiq cepat-cepat mengelak sambil berlari bersama Halim. Mereka ketawa berdekah-dekah. Puas dapat mengenakan Emi semula.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Jenaka

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) keh keh keh..banyak kuih-muih yang anti-hero...

  • (Penulis)
    2) hehehe..26life..tak nak cuba ke? ..
  • 3) ololo cho chuwittt.. hehehe.
    hebat 'emi' ni. happy go lucky menjual kuih. kalau saya jumpa saya pun nak ngorat jugak

  • (Penulis)
    4) hahaha...mana boleh!..Shafiq dah nyakat dia dulu..Irsyad dalam kapten melangut pun dah book!

    Jangan jadi MBA..
  • 5) MBA apa kak?

  • (Penulis)
    6) Married But Available...

  • 7) Ala nape jangan jadi akak tak kesian ke dengan perempuan. Laki dah la menyikit. pastu ramai baran. dadah. inferiority complex. anggap perempuan hak mutlak dia.

    akak taknak ke nasib kaum akak terbela dengan lelaki yang sesuai. kui kui

  • (Penulis)
    8) kih kih kih...ooo...ada hati la ni...apa salahnya kalau mampu dan ADIL..sila-sila!

    Marah orang rumah nanti...kena kejar dengan sudip akak tak tahu!
  • 9) Sudip terbang pulak. Apa lagi yg terbang ni?

    Suka flow cerita akak. Sgt smooth

  • (Penulis)
    10) Tq ucu..masih tak pandai buat cerpen..heheh..ikut gerak tangan dan hati saja..masih amatur..hehehe

Cerpen-cerpen lain nukilan ciksal

Read all stories by ciksal