Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

TELEPON

 

Sekarang nie semua orang memerlukannya, terutama yg jenis Handphone. Dapat pulak yg ada jenama. Contohnya jenama \"TAIK BABI\" Bila mempunyainya, automatic penampilan seseorang menjadi best. Kalau dah keluar rumah, tiba2 tersedar yg hp tertinggal, ada mereka yg sanggup patah balik. Biar pun terpaksa bayar tol. Begitulah erat hubungan handpon dengan kita. Bagaikan isi dan kulit. Handpon sebenarnya sudah menjadi sebagai keperluan dalam hidup kita. Handpon juga melambangkan kemewahan (duit) seseorang itu walaupun hanya handpon pinjam. Lagi mahal handpon seseorang itu, lagi banyaklah dia dapat pancing awek. KENAPA? TAK PERCAYA KE? Kali ini botak nak bercerita tentang handpon pulak. Jom ikuti cerita ini... Kisah yg botak nak kongsi kali ini ialah tentang KITA. Tentang macam mana kita menggunakan kemudahan tu dengan sebaik mungkin. Dan tentang macam mana handpon nie banyak memberi kesenangan pada kita. Tetapi, macam mana pulak kita harus bertanggungjawap terhadapnya. Adakah kita menggunakan handpon untuk satu sebab? Ataupun untuk semua sebab... Inilah yg botak hendak ceritakan. Iaitu tentang apabila seseorang itu hanya menggunakan telefon hanya untuk satu sebab, UNTUK BERSERONOK SAHAJA... Jom baca...

 

Di dalam sebuah rumah, terdapat tiga bilik. Di bilik ketiga (bilik paling kecil), terdampar lena satu tubuh di katil secondhand yg dibelinya setahun yg lalu. Kelihatan letih sungguh mamat nie...

\"Adi... Adi... Adi...\" suara diluar bilik yg memanggil2 namanya. Adi adalah nama pendek mamat nie. Dan nama penuhnya adalah MAHADI. Mmm, nama \"Imam\" tu! Tapi tak tahu lah perangainya sama macam Iman atau tidak...

\"Adi... Adi...\" nama mamat nie masih dipanggil. Tak sedar2 lagi tu! Tidur \"Badak\" ke mamat nie. Setelah diketuk... bukan setelah pintu digegar, barulah pintu dibuka.

\"Apa hal?\" kata adi.

\"Lu off handpon ke? Tadi abg lu call gua\" kata zul iaitu housemate adi.

\"Abg gua nak apa bro?\" soal adi.

\"Abg lu suruh lu call dia balik. Tadi abg lu call banyak kali, tapi tak dapat. Lu pun janganlah off handpon bro!\" kata zul mengingatkan kawannya. Itulah adi. Beliau hanya on handpon bila dirasakan perlu sahaja. Sepatutnya handpon tak perlu lah di off kan, janganlah menganggapnya sebagai gangguan. Setelah mandi, adi ke ruang tamu, terus call abgnya.

\"Hello... Adi nie. Tadi abg call ke?\" Didalam talian si abg jawab

\"Ya. Abg nak tanya kau balik kampung tak hujung bulan nie?\"

\"Tak bang. Adi ada hal hujung bulan nie\"

\"Baik lah kalau macam tu. Jangan off handpon lagi ya...\" kata abg sebelum mengakhiri perbualan mereka. Adi pulak dengan senyuman menjawab....

\"Ok\" Dan terus memberi salam kepada si abg. Setelah habis berbual, adi terus memdapatkan zul.

\"Bro, bro... Tadi pukul berapa abg gua call lu?\" Ketika itu zul sedang berbaring atas kerusi \"cleopatra\" (dibelinya dari member yg tengah terdesak) sambil matanya menonton drama melayu yg dibintangi oleh Rozita Che Wan di TV 32\\\' inchi nya.

\"Tengahari tadi bro\" kata zul.

\"Banyak kali ke?\" tanya adi lg.

\"Tentu banyak kali kan...\" adi sendiri jawab.

\"Tahu takpe!\" jawab zul seperti memperli adi. Kemudian zul tambah lagi

\"Adi, lu jangan lah off handpon. Susah nanti...\"

\"Kan lu ada...\"

\"Kalau gua takde macam mana?\"

\"999 ada\" jawab adi sambil gelak besar.

\"Suka hati lu lah\" jawab zul fed-up. Dan masa tu adi masih lagi tergelak ketika nak keluar rumah.

 

Itu lah adi. Tak pernah nak ambil serius bila orang beritahunya supaya jangan off handpon. Bagi adi, perbuatannya betul. Jadi tak perlulah adi nak dengar kata2 orang. Selalunya adi akan on handpon nya bila dirasakannya perlu. Kalau adi mahu fokus ataupun adi sedang bussy (comfirm adi akan off handpon nya) Contohnya ketika tidur, menonton TV (lagi teruk bila menonton cerita yg diminatnya) malah ketika mandi pun adi akan off handponnya. Termasuklah tengah buat SEDAP

 

Adi berasal dari Pulau Pinang. Mukanya ada jugak lah iras2 muka mamak. Adik beradiknya semua tinggal luar dari Kuala Lumpur. Abgnya duduk di Ipoh, kakaknya di Pulau Pinang dan adik bongsunya (perempuan) belajar di Kedah (satu tempat dengan SIHA) Cuma adi seorang sahaja yg duduk di Kuala Lumpur tinggal pulak dengan Zul (berdua sahaja menyewa apartment) Zul mula berkawan dengan adi masa mereka sama2 menuntut di Bangi dulu. Zul nie boleh lah dikatakan member baik adi. Zul berasal dari Negeri Sembilan. Mereka berdua adalah pegawai muda di sebuah syarikat I.T yg terkenal di K.L (satu bangunan tapi lain department) Zul di department H.R dan adi department I.T. Suatu hari, zul tertinggal kunci didalam rumah. Zul tengok kereta adi ada.

\"Cantik... Adi dah ada kat rumah\" bisik hati zul. Zul pun menekan no telepon adi,namun tak berjawap. Berkali2 zul telepon tetap sama jawapannya. Jam ketika itu menunjukkan pukul 7 malam. Zul naik kerumah, Sekali panggil, tak berjawab. Kali kedua panggil pun tak berjawab. Kali ketiga panggil tetap tak berjawab. Kali keempat tak berjawab jugak. Sampai lah sepuluh kali pun masih tiada sebarang jawapan. Hati zul pun dah panas, akhirnya zul terus naik ke atas, diketuk pintu rumah sambil jerit nama adi.

\"Adiii... Adiii... ADIII! ADIII!\" Sampai nak keluar anak tekak dan tangan pulak dah nak tercabut ketuk ke pintu, baru lah adi sedar,bukakan pintu.

\"Kenapa lu off handpon bro?\" kata zul (hati tengah panas) Adi pulak yg tak berbaju dgn seluar pendak tu hanya tersengih. Zul kata lagi

\"Bro, lu buat lah macam tu. Satu hari nanti lu yg akan menyesal\" Jam menunjukkan pukul 8 malam. Setelah sejam berlalu, baru lah zul dapat masuk ke rumah. Tiga hari jugak lah zul merajuk disebabkan kes nie. Setelah adi mintak maaf dan janji tak kan off hanpon nya lagi, baru lah zul ok. Kini sudah hampir 7 hari berlalu semenjak kes hari tu. Suatu malam, adi dan zul sedang DINNER tomyam di foodcourt kat Cheras. Sedang rancak berbual, tiba2 hanpon zul berbunyi. Zul pun menjawap panggilan itu.

\"Ya, betul zul nie. Siapa nie?\" Tiba2 zul terus pandang adi sambil menyerahkan handpon nya pada adi.

\"Bro, kakak lu!\" Adi menyambut handpon zul

\"Hello kak, adi nie... Kak kat mana nie?\"

\"Kak kat rumah ayah\"

\"Ayah sihat tak?\"

\"Sihat\" Kemudian adi pun berbual lagi dengan kakaknya. Mmm, ada jugak si kakak tanya kenapa off handpon. Tapi, adi beri alasan yg handpon nya ada problem (sambil tersengih mcm KERANG BUSUK pandang ke arah zul) Selang 2-3 minit, adi pun selesai berbual dengan kakaknya. Semasa hendak memulangkan handpon zul, tiba2 zul tanya

\"Mana handpon lu, bro\"

\\\"Tinggal kat rumah\\\" pendek, ringkas dan padat jawapan adi.

\\\"Dahlah off, tinggal kat rumah plak tu! Bro, lu nie jenis tak makan saman lah!\\\" kata zul dengan nada tegas. Dan adi jawab

\\\"Rilek la bro. Gua tak sengaja...\\\" (sambil gelak sinis) Ini lah adi. Memang dah jadi tabiat agaknya... Tabiat off handpon yg dah tak boleh diubah lagi. Suatu malam (hari yg berlainan) adi bergayut panjang kat ruang tamu. Kedengaran janji manis, kata2 manja dan sesekali gelak besar (boleh dikatakan adi memang happy betul lah malam nie) Tengah berbual dengan awek lah tu. Ketika itu zul cuma perhatikan sahaja tingkah laku adi sambil menonton TV. Dan juga sambil memerhatikan kawannya yg pelik nie. Ada kot dalam dua jam adi bergayut.

\"Bye sayang\" tu lah kata terakhir adi sebelum menamatkan perbualan. Sebaik habis je keromantikan adi, zul pantas bersuara

\"Tentang nie boleh pulak lu tak off handpon...\" zul perli.

\"Nie ok bro. Kalau macam nie, hari2 gua on handpon\" kata adi (happy sangat) Zul diam, malas dah nak layan dan fed-up sebab ada sahaja alasan adi nie.

 

Hari nie hari sabtu. Lepas makan tengahari adi tak ke mana2 hanya melepak kat rumah. Adi pun macam orang lain jugak. Iaitu mempunyai hobi. Hobi adi ialah membela ikan (ikan kaloi) Tapi nie pun tak tahu lah ikan yg ke berapa ntah adi bela. Tapi ikan kaloi yg ini pun dah agak lama adi bela. Pada tengahari nie adi buat keputusan untuk mencuci akuarium. Maka adi pun buatlah persiapan. Tengah adi leka mencuci, tiba2 zul tergesa2 bangun dari sofa.

\"Bro, abg lu mesej suruh lu call ayah lu\" kata zul sambil menggeleng2kan kepalanya. Lalu adi cepat2 masuk ke bilik ambil handpon, di on handpon terus mendail nombor telefon ayah. Adi beri salam kat ayah.

\"Ayah sihat?\"

\"Sihat. Dah makan ke?\"

\"Dah. Mak sihat tak ayah?\"

\"Mak sihat. Mmm, bila nak balik kampung? Lama dah tak balik...\"

\"Ada cuti nanti adi balik. Adi janji\" Berbual demi berbual, akhirnya ayah adi minta diri. Setelah adi memberi pesanan jaga diri ayah dan mak baik2. Maka adi pun tekan butang merah. Nasib baik si ayah bagitahu kat abg adi supaya mintak adi call nya. Kalau si ayah terus call tadi, tentu tak dapat2. Lagi satu, zul memang baik. Zul ada simpan nombor telefon adik beradik adi, walaupun tak semua. Zul tahu yg tabiat adi itu memang tak elok, tapi adi dah memang tak boleh nak di ajar. Lagipun nak buat macam mana? Kalau budak2, wajib dah adi kena penampar!

 

Suatu hari, masa makan tengahari di kawasan ofis

\\\"Bro... Minggu nie gua balik kampung. Ada kenduri\\\" kata zul.

\\\"Bila lu nak balik bro?\\\" kata adi pulak.

\\\"Friday night\\\" balas zul. Pastu zul tambah lagi

\\\"Lu jangan off handpon pulak. Gua takde. Time gua ada boleh lah jugak gua tolong\\\" Kemudian adi senyum je.

\"Ok lah...\" kata adi.

 

Hari jumaat pun tiba...

Balik saja dari kerja, selepas mandi, zul pun berkemas bersiap untuk balik ke kampung. Time zul sedang bersiap, adi pun sampai. Setelah meletakkan laptop dan barang2nya di bilik, adi terus ke bilik zul.

\"Bro, dah siap ke?\" kata adi.

\"Sudah\" kata zul.

\"Bila balik sini?\"

\"Mungkin ahad malam\" kata zul berjalan seiring dgn adi melepak di ruang tamu berbual2. Dalam berbual2 tu, sekali lagi zul mengingatkan adi supaya jangan off handpon nya. Adi kata

\"Jangan risau bro, gua janji!\"

\"Ok, baguslah kalau macam tu...\" kata zul walaupun was2. Selepas Isyak, zul pun mintak diri. Dan ayat terakhir dari adi

\"Bro, pandu elok2 dan jaga diri baik2. Owh ya, kirim salam kat abah dan mak lu\"

\"Allright\" balas zul. Malam tu, tidurlah adi seorang di rumah tu. Tengahari (hari sabtu), adi buat plan KOTOR. Adi call makwe dia dan ajak lepak di rumah. Mmm, biasalah orang KL (bukannya semua ok) Makwe adi datang pada pukul 5 petang dan akan bermalam di rumah adi. Semasa di rumah, adi pun berbual2 lah dengan makwe nya. Tak sampai 30 minit berbual2, adi pun terus off handpon. Adi pun macam biasa la ????????

 

Pada pukul 4 petang keesokan harinya (hari ahad), barulah adi on semula handpon nya. Apabila menyala saja cahaya di skrin. Ali hairan kerana tertera di skrin 50 Missed Call dan 30 Sms. Dalam hairan itu...

\"Banyaknya\" bisik hati adi. Pada senarai missed call, kebanyakan adalah dari adik beradik adi. Missed call dari zul pun ada. Kemudian adi pun bukalah mesej yg terbaru iaitu dari zul. Semasa adi membaca mesej tersebut, adi menggigil, menangis DAN menjerit. Makwe adi pun terkejut melihat apa yg sedang berlaku pd pakwenya. Di skrin handpon adi tertera...

\"Adi... Banyak2kan bersabar. Ayah kau kena strok dan meninggal dunia pada pukul 4 pagi tadi. Maaf adi, aku tak dapat datang. Takziah dari aku...\" Itulah kata2 mesej yg dihantar oleh zul. Ketika itu adi dah tak tentu arah, menangis dan menjerit nama ayahnya. Melihat suasana itu, makwe adi pun cuba untuk memujuk. Apabila adi dah tenang sikit (walaupun air mata masih mengalir di pipi), adi terus mintak maaf pada makwe nya dan minta dia pulang dulu. Nasib baik si makwe faham situasi adi.

\"Baiklah abang, tapi abang banyak2kan bersabar ya\" kata makwe adi sebelum beredar dari rumahnya. Sedang adi bersiap2 hendak pulang ke kampung, adi cuba call abangnya. Tetapi tidak berangkat. Dan adi beranggapan yg tentu abangnya sedang sibuk menguruskan kerja2 kematian. Jadi adi pun menghantar sms. Dalam mesej adi tulis

\"Abg, jangan kebumikan ayah lagi! Saya nak tengok wajah ayah untuk kali terakhir. Tolonglah abg...\" Adi menghantar mesej nie dengan air mata yg menitis jatuh ke handpon Kemudian adi terus start enjin keretanya dan terus pecut. Adi cuba untuk sampai secepat mungkin. Tapi kalau diikutkan logik akal, secepat mana yg adi boleh pergi pun... KL ke P.Pinang... Adi ikut selayang terus ke rawang. Bila keluar dari tol rawang, adi terus memecut lagi. Tak sampai sejam adi berada di atas highway (memang benar kata orang tua2, malang memang tak berbau) tiba2 tayar kereta adi meletup. Ketika itu adi cuba untuk mengawal keretanya. Tapi mungkin disebabkan adi memandu dengan terlalu laju, jadi adi tak dapat untuk mengawal keretanya. Kereta adi berada di luar kawalan... Akhirnya kedengaran satu letupan kuat, kereta adi telah melanggar belakang kontena yg sedang berhenti di lorong kecemasan. Kelihatan handpon adi terpelanting ke atas jalan. Tiba2 keadaan berubah menjadi senyap seketika. Dan tak semena2 handpon adi berbunyi, kedengaran bunyi sms masuk. Ketika itu di tempat kejadian telah penuh dengan orang2 yg datang berkerumun. Salah seorang dari orang ramai menjumpai handpon adi. Bila ternampak sms baru masuk yg belum dibaca, lalu hamba Allah itu pun membuka sms tersebut.

\"Adik... Ayah telah selamat dikebumikan lepas zohor tadi. Adik kat mana nie?\" itulah kata2 yg tertera di skrin handpon adi. Tak tahulah apa yg berlaku pada adi...

 

6 bulan selepas kejadian...

Di kawasan tanah perkuburan, kelihatan seseorang sedang duduk di kerusi roda. Sedang bersusah payah menolak kerusi roda keluar dari tanah perkuburan. Di tepi jalan pula kelihatan sebuah kereta sedang menunggunya bersama dua orang YG DUDUK didalam kereta tersebut. Orang yg berkerusi itu adalah MAHADI. Ya, adi... Adi telah kudung kedua2 belah kakinya akibat kemalangan itu. Selepas kejadian itu, adi telah berpindah ke kampung. Sekarang, tabiat adi setiap hari akan pergi kubur arwah ayahnya. Adi akan menangis di depan pusara arwah ayahnya. MENYESAL TAK SUDAH... Nasi dah menjadi bubur. Zul telah berpindah ke johor tapi zul masih lagi menjadi kawan baik adi...

 

 

\"DS PASTI TUNAI\"

 

 

Kepala otak-BOTAK

Ditulis-DIN TWIN

 

RJR © 2009 Hakcipta Terpelihara

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Handphone yang bermasalah...hehehe..akhirnya membawa masalah...
  • 2) Peeergh. menusuk siot. Itulah, kalau galak sangat, nanti pasti kena :-s Fuh kisah benar ke apa ni bro?? Rumet lu ke?

    Orang macam adi ni .. kadang dah jadi camni, lagi baik dari kita yang belum diuji.

Cerpen-cerpen lain nukilan botak_9444

Read all stories by botak_9444