Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

ANAK

 

\\\"Wan, cepat makan... Mak suapkan ya... Cepat, nanti lepas nie wan boleh tengok TV\\\" kata mak sambil memujuk anaknya. Lalu wan berjalan perlahan2 menuju ke arah mak.

\\\"Mak, mawi ada nyanyi tak dalam TV hari nie?\\\" kata wan dengan tergagap2 sambil membuka mulut untuk disuapkan oleh maknya.

\\\"Takpe... Wan makan dulu. Nanti kita tengok mawi\\\" kata mak untuk sedapkan hati wan. Wan memang minat pada mawi. Wan kata mawi pandai nyanyi, suara mawi sedap, mawi baik macam ustaz kat masjid yg mengajar kelas agama. Lepas selesai makan, wan suruh mak pasangkan TV. Apabila mak on kan je remote control, TV pun terpasang. Lepas satu demi satu channel mak buka ikut kemahuan wan, dengan tergagap2 wan pun bersuara

\\\"Takde pun mawi, mak...\\\" Mendengarkan kata wan, cepat2 mak memintas

\\\"Mawi cuti hari nie. Esok ada mawi\\\" (mak terpaksa tipu sunat) Wan percayakan kata mak. Wan pun hanya tengok cerita yg telah terpasang.

Itulah RIZUWAN B. ABDUL RAZAK. Berumur 25 tahun, tinggal dengan abah dan mak di sebuah kawasan perumahan kos rendah di Tampin. Adik beradiknya ada dalam tiga orang dan wan adalah yg bongsu. Abg dan kakaknya telah berumahtangga. Si abg beli rumah di Melaka, kakaknya beli rumah di Johor. Maka tinggal lah wan dengan abah dan mak saja. Si abah menghidap Asma Kronik. Wan seorang Lembam. Seorang yg mempunyai IQ yg rendah, lurus bendul dan segala pergerakan yg terbatas. Tetapi wan seorang yg baik. Rutin harian wan adalah duduk di rumah, tengok TV dan mendengar radio. Cuma sekali sekala je wan keluar. Itupun disuruh mak untuk beli barangan runcit kat kawasan berhampiran. Mak melarang wan keluar kerana takut wan bercampur dengan budak2 jahat. Sifat wan yg lain, wan jenis peramah dan senang terpengaruh. Pendek kata, wan memang jenis suka berkawan tetapi banyak pula orang yg suka memain2kan wan. Pernah terjadi wan bercampur dengan budak2 kawasan perumahan tetapi diajar merokok. Mula2 wan menolak. Kata wan

\\\"Merokok tak elok, boleh mendatangkan sakit. Nanti mak marah\\\" Tapi budak2 tu kata

\\\"Rokok sedap macam makan Burger kemudian diajar supaya jangan bagitau mak\\\" Entah macam mana, akhirnya wan terpengaruh belajar merokok. Dekat berbulan2 juga wan merokok, akhirnya mak pun dapat tahu. Sebabnya kerana wan selalu meminta duit sebagaimana yg disuruh oleh budak2 tu. Teruk wan kena pukul dan dimarahi. Sebelum ini wan juga pernah lari dari rumah, pernah meminum arak dan semua itu disebabkan pengaruh kawan2. Wan pernah bersekolah di sekolah khas. Tapi, hanya sampai setakat itu sahaja. Orang2 macam wan memang takde tempat di luar sana. Puas mak cuba untuk mendapatkan kerja untuk wan tapi masih juga gagal. Sebab semua yg berlaku tu, mak dah tak bagi wan untuk bercampur atau berkawan lagi (duduk di rumah sahaja) Walaupun mak tahu yg dia tidak patut buat begitu, tapi mak terpaksa. Apabila mak tiada di rumah, mak akan risau. Sebabnya abah wan selalu sakit asma boleh dikatakan hampir seminggu sekali si abah perlu mendapatkan rawatan di hospital. Mula2 mak bawa wan sekali sekala tetapi lama2 wan dah tak nak ikut.

Pandai dah wan kata \\\"Boring\\\" Wan nie jenis yg tak boleh dipaksa. Bila dipaksa, teruk mak kena pujuk sebab wan akan buat perangai. Nasib baiklah ada jiran depan rumah yg sanggup menolong (tolong tengok2 kan)

Di depan rumah mak, tinggal dua orang Andalusia. Salah seorang dari merekalah yg selalu menolong mak untuk tengok2 kan wan. SALMAH namanya. Dia adalah cikgu sekolah rendah, mengajar subjek Pendidikan Islam. Mmm, boleh lah dikatakan Ustazah. Cikgu sal lah yg selalu tengok dan berbual dengan wan di luar rumah sampai mak pulang dari hospital. Tentang makan wan, mak dah sediakan. Jadi apabila wan mahu makan, cikgu sal akan balik ke rumahnya sambil pesan

\\\"Kalau ada apa2 keperluan, bagitau kak...\\\" Itulah pesanan cikgu sal tiap2 kali bila cikgu sal meninggalkan wan seorang diri di rumah. Dan hampir empat bulan juga mak terpaksa meminta bantuan cikgu sal untuk tengok2 kan wan. Pada suatu petang, wan duduk2 dengan mak yg tengah melipat kain. Tak semena2 wan bertanya pada mak.

\\\"Kenapa mak selalu bawa abah ke hospital?\\\" Mak pun jawab

\\\"Kan abah sakit. Jadi kenalah pergi hospital\\\"

\\\"Kenapa bukan abg dan kakak yg bawa abah ke hospital?\\\"

\\\"Abg dan kakak kan sibuk\\\"

\\\"Kenapa mak jaga abah?\\\" Mak pandang ke wajah anaknya lalu berkata

\\\"Kan mak nie bini abah. Jadi bini lah yg kena jaga suami\\\" sambil cuba fahamkan anaknya.

\\\"Kalau macam tu, wan nak cari bini lah mak!\\\" Terperanjat mak bila mendengar kata2 wan. Mak terdiam... Wan tanya lagi

\\\"Mak, boleh tak wan cari bini? Nanti boleh lah bini wan jaga wan\\\" Mak diam lagi. Mak dah panik tak tahu nak bagi alasan apa kat wan.

\\\"Mak, boleh tak wan cari bini?\\\" wan masih bertanya lagi. Setelah puas mak berfikir, akhirnya mak pun berkata

\\\"Sekarang wan masih belum boleh kahwin lagi...\\\"

\\\"Habis tu, bila mak?\\\" tanya wan. Sambil bangun menuju ke dapur

\\\"Nanti mak bagitau\\\" Mak menangis semasa menjawab soalan terakhir wan tadi. Dari luar wan masih bersuara

\\\"Mak... Nanti dah boleh bagitau wan ya!\\\" Wan percaya pada alasan mak, mak terdiam sambil menangis. Di dapur, mak menangis bila wan kata nak cari Bini. Perempuan manalah yg sanggup kahwin dengan wan?

Dan perempuan manalah yg nak laki Lembam (walaupun wan berumur 25 tahun, kadangkala wan berfikiran semacam budak berumur 7 tahun. Air mata mak mengalir laju bila mengenangkan nasib wan. Apakah yg akan terjadi pada wan bila dirinya tiada? Mak tak dapat jawab semuanya... Mak juga tak tahu nak cakap apa... Baginya, biarlah keajaiban berlaku. Mak rasa bersalah sangat... Kini wan selalu bertanya pada mak berkenaan bini. Dan mak masih juga memberikan alasan yg sama setiap kali wan bertanya.

\\\"Belum lagi...\\\" kata mak.


Begitu lah wan yg asyik bertanyakan bila dia boleh berbini & berkahwin. Wan ingat senang ke nak kahwin? Wan ingat ada ke perempuan yg nak kan dia? Tapi wan tak fikir malah wan tak tahu tentang semua tu sebab wan kan lembam. Boleh dikatakan dah 6 bulan wan bertanya, 6 bulan jugalah mak terpaksa menipu wan.

Sampaikan mak dah rasa bersalah sangat kerana sebut (bercerita) tentang \\\"Bini\\\" pada wan hingga menyebabkan timbul keinginannya untuk berbini. Kini, mak pun dah tak tahu berapa lama lagi dia mampu untuk menipu wan lagi. Wan pula sekarang nie dah mula pandai tunjuk perasaan, merajuk, tak nak makan dan bermacam2 kerenah yg dibuatnya. Satu hari, cikgu sal datang rumah wan. Setelah beri salam, mak pun muncul di depan pintu sambil menjawab salam.

\\\"Cikgu, masuk lah\\\" pantas memperlawa masuk.

\\\"Terima kasih makcik\\\" kata cikgu sambil melangkah masuk.

\\\"Duduk cikgu... Biar makcik buatkan air sekejap\\\"

\\\"Takpe, tak payah susah2\\\"

\\\"Takpe, alah takde yg susah pun\\\" jawab mak sambil berjalan menuju ke dapur. Cikgu sal hanya diam dan mengalah. Seketika, mak muncul membawa dulang, di atasnya 2 cawan air bersama2 sepinggan goreng pisang.

\\\"Buat susah2 je makcik nie\\\"

\\\"Takpe lah cikgu... Bukannya selalu pun\\\"

\\\"Mana wan makcik?\\\"

\\\"Kat belakang dengan abahnya\\\" kata mak. Kemudian mak dan cikgu sal pun berbual2. Sedang mereka asyik berbual, tiba2 cikgu sal bersuara.

\\\"Makcik, saya nak kahwin dengan wan...\\\"

\\\"Apa?!!\\\" kata mak buat2 tak dengar.

\\\"Saya nak kahwin dengan wan\\\" cikgu sal ulangi.

\\\"Cikgu dah gila ke?\\\" kata mak dengan nada yg sedikit tinggi.

\\\"Tak, saya tak gila\\\" jawab cikgu sal.

\\\"Kenapa nie cikgu?\\\" soal mak yg dah tak tentu arah. Kata cikgu sal lagi

\\\"Saya dah tahu makcik... Tentang wan yg nak kahwin. Mmm, wan pun ada cerita pada saya 2 bulan yg lalu\\\" Mak terdiam. Lalu airmata mak telah mula bertakung di kelopak mata.

\\\"Habis tu, kenapa cikgu sanggup?!!\\\" tiba2 mak bersuara.

\\\"Saya dah fikir masak2, saya sanggup berkahwin dengan wan\\\" jawab cikgu sal dengan tegas.

\\\"Cikgu sedar tak apa yg cikgu tengah buat nie? Cikgu tahu kan anak makcik tu macam mana... Walaupun nanti wan menjadi suami, tapi cikgu kena jaga dia macam budak2\\\" jawab mak dengan panjang lebar.

\\\"Saya tahu makcik. Saya pun pernah jaga wan bila makcik pergi hospital\\\" jawab cikgu sal yg masih juga berdegil.

\\\"Cikgu janganlah buat nie. Janganlah rosakkan masa depan cikgu\\\" jawab mak.

\\\"Saya tahu saya boleh kahwin dengan orang lain, tapi saya tak kahwin jugak sampai sekarang... Makcik, saya dah buat keputusan nak kahwin dengan wan. Dan saya tahu kebaikan dan keburukannya\\\" jawab cikgu sal tegas.

\\\"Adakah cikgu nak kahwin dengan anak makcik sebab kesian?\\\" tanya mak untuk kepastian.

\\\"Tidak makcik! Saya ikhlas...\\\" jawab cikgu sal yakin.

\\\"Dah lah cikgu... Makcik rasa cikgu pun tak faham apa yg cikgu tengah buat nie! Cikgu balik lah, tumpukan lah pada hidup cikgu... Tentang wan, cikgu tak perlu simpati. Wan masih ada abah dan maknya\\\"

\\\"Maaf cikgu, makcik ada kerja nie...\\\" kata mak seolah2 tak mahu siapa2 pun simpati waima kesian pada wan.

Selepas kejadian tu, mak dah tak mintak tolong lagi pada cikgu sal untuk tengok2kan wan. Hubungan mak dengan cikgu sal pun dah tak berapa baik.


Sebulan pun berlalu. Tiba2 wan jatuh sakit, lalu dibawa ke hospital. Setelah diperiksa, doktor mengesahkan yg wan tak sakit. Tapi hanya badannya yg lemah dan takde tenaga. Ya betul... Sejak insiden wan nak sangat kahwin tu, wan memang dah tak selera nak makan. Makin lama makin teruk selera wan. Kalau wan makan pun hanyalah sebab dipaksa oleh mak. Mmm, tu pun hanya ala kadar sahaja. Iya, mak memang tahu... Tapi mak tak boleh nak buat apa2. Doktor beri amaran yg semua nie boleh membahayakan diri wan kalau perkara ini masih berulang. Akhirnya mak risau dan takut. Wan dirawat selama 3 hari di hospital. Pada hari kedua, seseorang telah datang melawat wan kedatangannya adalah tak diundang bagi mak, iaitu cikgu sal. Ketika itu hanya abah dan mak yg menjaga wan. Abg dan kakak wan dah pulang kerumah masing2.Setelah memberi salam dan bertanya khabar semua, cikgu sal terus meletakkan bekas plastik di atas meja wan.

\\\"Apa nie kak?\\\" tanya wan.

\\\"Sup untuk wan. Suka tak?\\\" jawab cikgu sal. Wan diam sahaja tapi sebenarnya wan suka sangat kehadiran cikgu sal. Tapi mak macam biasa lah, kurang sikit. Tapi mak hanya diam. Bila keadaan senyap seketika, tiba2 cikgu sal bersuara depan abah dan mak.

\\\"Pakcik... Makcik... Saya nak kahwin dengan wan. Saya ikhlas nak kahwin dengan wan\\\"

Mak terperanjat betul dan tak sangka yg cikgu sal masih tak berputus asa. Mak ingatkan selepas mak keluarkan kata2 tempoh hari, cikgu sal akan berubah hati. Tapi yg berlaku adalah sebaliknya. Abah memandang ke arah mak tanpa mengeluarkan sepatah kata. Cikgu sal pula memandang ke arah wan dengan senyuman.

\\\"Wan... Kita kahwin ya! Wan nak kahwin dengan kak tak?\\\"

\\\"Nak, nak... Hey2 wan dapat bini!\\\" kata wan dengan gembira. Tiba2 cikgu sal mencelah

\\\"Wan tak boleh panggil kak. Wan kena panggil sal. Boleh tak?\\\"

\\\"Boleh, boleh...\\\" jawab wan.

\\\"Kak sal...\\\" kata wan.

\\\"Bukan lah. Sal...\\\" cikgu sal membetulkan sambil ketawa. Dan akhirnya, semua tergelak. Dalam hati mak, keajaiban dah berlaku. Dengan perlahan2 mak hampiri cikgu sal. Kemudian tangan cikgu sal mak genggam. Lalu cikgu sal memandang ke arah mak. Mak pula hanya mampu tersenyum tanda terima kasih. Cikgu sal juga tersenyum... Kemudian mak dan bakal menantu pun berpelukan.


Cikgu sal berumur 40 tahun. Berasal dari pahang. Cikgu sal tiada sesiapa lagi. Abah dan mak nya telah lama meninggal. Mmm, tak tahu lah kenapa cikgu sal tak kahwin lagi. (ye lah! Kerja ada, masa depan pun ada... Agaknya cikgu sal tak kahwin mungkin kerana ada sejarah silam kot... Memang berani, nekad, baik hati dan besar pahala cikgu sal. Bukan semua perempuan boleh lakukan apa yg cikgu sal buat.


Kini sudah seminggu wan dan cikgu sal berkahwin. Majlis perkahwinannya dilakukan kecil2an sahaja. Hanya ambil yg wajib sahaja, diikuti dengan kenduri doa selamat yg diadakan di rumah mak (masa akad nikah, dekat berbelas kali diulang hingga akhirnya wan berjaya) Setelah berumahtangga, wan duduk di rumah sewa cikgu sal. Housemate cikgu sal telah berpindah. Katanya bagi Can kat pengantin baru. Pada permulaan alam perkahwinan mereka, memang agak kelakar dan kelam kabut. Contohnya pada malam pengantin. Ada ke patut wan kata dia nak tidur kat ruang tamu. Katanya nak tengok TV sebab mawi ada nyanyi. Tapi apabila dipujuk, barulah wan tidur di bilik pengantin.

Cuba bayangkan bagaimana cikgu sal nak betulkan lidahnya nak panggil \\\"Abg\\\". Kadang2 wan minta isterinya suapkan makan. Malah ada juga wan panggil isterinya dengan panggilan\\\"Kak\\\". Macam mana pun, cikgu sal tetap banyak bersabar dan banyak mengajar. Cikgu sal mengajar wan tentang dunia baru. Syukur sebab wan pun telah banyak berubah.


Diam tak diam, kini perkahwinan wan telah masuk 3 bulan. Pada suatu hari, cikgu sal rasa pening2 kepala dan akhirnya pengsan. Panik mak bila mendapat tahu khabar menantunya dari wan. Lalu cikgu sal dihantar ke hospital disahkan hamil 2 minggu. Tiba2 keadaan berubah. Semua dalam kegembiraan. Mak mencium dahi cikgu sal sebagai tanda syukur. Dan yg paling happy sekali ialah wan. Sambil menjerit2 melompat2 disisi isterinya

\\\"Mak, wan dapat anak\\\" Isteri wan hanya ketawa sahaja... Masuk bulan pertama kandungan, cikgu sal selalu sakit2. Pada mulanya mak sangkakan Pembawakan Budak tapi makin lama ia makin teruk. Dengan sakit kepala yg melampau, muntah2, kadang2 pengsan dan di peranakannya keluar darah. Suatu hari mak bertanyakan pada menantunya.

\\\"Sal ada salah makan tak?\\\"

\\\"Takde mak...\\\"

\\\"Lain macam sakit sal nie. Teruk nie... Kita pergi ke hospital ya...\\\"

\\\"Tak payah lah mak... Sakit Pembawakan Budak je...\\\"alasan cikgu sal.KENAPA CIKGU SAL TAK NAK KE HOSPITAL? Mak pun ikut lah kata menantunya...


Masuk bulan kedua kandungan, pada suatu pagi dalam pukul 1:30 pagi, wan menjerit2 diluar rumah.

\\\"Mak!!! Mak... Sal sakit!\\\" Bukan mak sahaja yg tersedar malahan jiran2 sekeliling juga terkejut mendengar jeritan wan. Lalu mak terus meluru ke arah wan  

\\\"Kenapa wan?\\\" kata mak dalam keadaan gelabah.

\\\"Sal, mak... Sal pengsan mak!\\\" kata wan dengan tergagap2. Jiran2 dah penuh berkumpul didepan rumah wan. Mak pantas berlari ke dalam rumah. Bila sampai sahaja di pintu bilik, mak mengucap panjang. Diatas katil terdampar tubuh cikgu sal yg pucat dengan muntah yg bersepah di bantal dan mulut cikgu berbuih. Di celah kangkangnya terdapat darah. Darah yg keluar dengan begitu banyak sekali. Mak dan  beberapa orang jiran dah berada di dalam bilik. Mak menghampiri menantunya. Dipanggil2 nama menantunya. Tapi, tak berjawab... Digoncang2 tubuh menantunya. Masih tiada sebarang tindak balas. Lalu mak pun menangis sambil memanggil2 nama menantunya dgn mengoncang2kan tubuhnya. Namun cikgu sal tetap kaku membisu. Selang 30 minit kemudian, ambulans pun sampai. Cikgu sal dibawakan ke hospital. Di hospital, cikgu sal dimasukkan ke wad ICU. Pada ketika itu, cikgu sal masih tak sedarkan diri lagi.


Semua berkumpul di luar wad. Wan menangis macam budak2 sambil memeluk mak. Mak dan abah juga menangis. Mak menadah tangan memohon pada tuhan agar menantunya selamat. Wan duduk pula duduk bersila di lantai sambil menangis. Selang sejam kemudian, doktor keluar. Pada baju doktor terdapat kesan darah. Apabila kelihatan doktor sahaja, wan terus berlari mendapatkan doktor.

\\\"Doktor! Doktor! Doktor... Macam mana dengan bini saya?\\\"

\\\"Encik banyakkan bersabar... Isteri encik tak dapat diselamatkan, bini encik dah mati\\\"

\\\"Doktor tipu! Doktor tipu... Wan tak percaya! Bini wan tengah tidur kan?!!\\\" wan dah hilang akal. Mak menghampiri wan untuk cuba memujuk. Tapi, kali nie wan dah lain macam. Wan dah hilang kawalan. Wan berlari masuk wad ICU. Semua yg berada di situ mengejar wan. Akhirnya wan dapat ditahan. Ketika itu, wan menangis dengan kuat.

\\\"Mak... Bini wan tengah tidur kan?\\\" kata wan dengan airmata yg mengalir laju di pipi. Mak hanya diam sambil tangannya menggosok2 bahu anaknya supaya bersabar. Apabila mayat cikgu sal ditolak keluar dari wad (kebetulan lalu didepan wan) Wan terus menerkam mayat isterinya. Bila dibuka kain yg menutupi muka isterinya, wan menjerit sekuat2 hatinya. Wan menjerit nama isterinya. Dan akhirnya wan pengsan jatuh ke lantai. Sebenarnya, cikgu sal menghidapi kanser pangkal rahim, sepatutnya kondisi nya tak boleh untuk memiliki zuriat... merbahaya. Tapi disebabkan sayangkan wan, cikgu sal sanggup ambil risiko. Dan akhirnya, mati...


Di rumah, wan berbaring di katil dengan memeluk erat gambar isterinya. Sudah 3 hari cikgu sal telah dikebumikan. Wan masih juga tak dapat terima kenyataan.

\\\"Wan!!!... Wan!!!\\\" di luar rumah kedengaran suara mak memanggil2 anaknya. Dengan lemah dan tidak bertenaga, wan keluar di depan pintu.

\\\"Ya mak...\\\"

\\\"Jom makan... Dah 3 hari wan tak makan, nanti sakit\\\" kata mak dengan hati yg risau.

\\\"Tak selera mak\\\"

\\\"Jomlah makan... Mak suapkan ya\\\" kata mak macam memujuk. Wan diam berlalu masuk ke dalam rumah. Dan mak faham, wan tak mahu la tu. Sekarang wan susah untuk dipujuk. Kadang2 wan bercakap seorang di dalam rumah, bercakap dengan isterinya. Kedengaran suara gelak tawa wan seolah2 isterinya masih hidup. Pada hal sudah masuk 2 minggu cikgu sal meninggal dunia. Wan da banyak berubah, perubahan yg buat mak risau. Kini hidup wan dah tak macam dulu.


Pada suatu hari, kira2 pukul 11 pagi, mak nampak wan lalu ditegur wan yg lalu di depan rumah.

\\\"Wan beli apa tu?\\\"

\\\"Beli sayur dan ikan, mak...\\\"

\\\"Baguslah. Boleh mak masakkan\\\"

\\\"Takpe mak... Wan surul sal masak. Nanti wan jemput mak ya...\\\" kata wan sambil tersenyum. Mak pula hanya terdiam sambil melihat wan berjalan masuk ke rumah.

Pada suatu petang (hari yg lain), mak datang ke rumah wan. Lepas beri salam dan bersalaman dengan anaknya, mak pun masuk ke dalam. Di rumah wan, mak lihat semuanya dalam keadaan kemas. Seolah2 ada orang yg tolong kemaskan. Lalu mak pun puji

\\\"Pandai wan kemas...\\\" Wan jawab dengan serius

\\\"Bukan wan kemas. Sal yg kemas\\\" Mak terdiam. Kemudian wan ajak mak ke dapur.

Di dapur, diatas meja terdapat tudung saji yg tertutup rapat. Tiba2 mak tergerak hati untuk membuka tudang saji itu. Alangkah terkejut (juga tergamam) mak tengok di dalamnya ada banyak lauk. Dalam hati mak tahu yg wan tak pandai masak semua nie.

\\\"Mak nak makan tak?\\\" tiba2 wan memperlawa mak makan. (Mak diam lagi)

\\\"Makanlah mak, sal yg masak nie\\\" Mak diam lagi tapi mata mak dah merah nak menangis.

\\\"Mak sekejap ya\\\" kata wan sambil berlari masuk ke bilik. Seketika, wan keluar dengan sepasang baju kurung di tangan.

\\\"Mak, pandai tak wan iron baju nie untuk sal? Esok dia nak pergi sekolah\\\" kata wan dengan penuh semangat. Lalu mak pandang ke wajah anaknya dengan penuh kesian. Dan airmata tidak dapat ditahan lagi. Mak kata

\\\"Wan pindah ke rumah mak ya...\\\"

\\\"Mana boleh mak. Nanti siapa yg nak jaga sal\\\" kata wan dengan yakin. Akhirnya mak dah tak dapat berdiam diri lagi. Mak dah tak boleh bersabar lagi dengan sikap wan.

\\\"Sudah! sudah!!! Sal dah mati! Bini kau dah mati! Kau faham tak?!! Kau nie dah macam orang gila tau!\\\" dengan airmata yg menitis di pipi, mak bersuara dengan keras sambil memandang tepat ke wajah wan.

\\\"Tak! Tak! Sal tak mati\\\" kata wan yg menjerit sambil berlari masuk ke bilik lalu menghempas pintu bilik. Puas mak mengetuk pintu cuba memujuk wan. Segala usaha mak gagal. Lalu mak pun tinggalkan wan dalam bilik keseorangan. Memang betul wan dah berkelakuan pelik. Betul kata mak, dah macam orang gila. Bila tengah malam bukan sahaja mak, malah jiran2 sekeliling pun dapat dengar wan menjerit2 memanggil2 nama isterinya.


Sejak insiden itu, sudah 2 hari mak tak nampak kelibat wan. Mak juga hairan tengok rumah wan yg tertutup rapat. Ada juga mak bertanyakan pada abah. Tapi abah meyakinkan mak yg mungkin wan keluar. Mak diam dengar jawapan abah tapi mak masih rasa tak sedap hati. Petang tu mak pergi ke rumah wan. Di luar rumah, mak tengok kasut dan selipar wan ada. Dipanggil nama wan. Malah berkali2 pintu diketuk tapi masih tiada jawapan. Lalu mak berjalan ke pintu belakang. Diketuk pintu dapur, dipanggil nama wan. Dan masih juga tiada jawapan. Mak hairan. Ke mana pula pergi wan nie. Kemudian mak berjalan ke pintu depan balik. Sedang mak berjalan nak ke pintu depan, tiba2 mak terpandang tingkap. Tingkap bilik wan terbuka sedikit. Bila mak hampiri tingkap itu, mak dapat dengar bunyi radio. Terpasang lagu Mawi dengan volume yg sangat perlaham.

\\\"Ada orang nie\\\" bisik hati mak. Kemudian mak cuba intai setakat yg boleh. Ya Allah, mak ternampak ada sebujur tubuh terbaring di katil. Walaupun tak jelas apa yg mak nampak, tapi siapa lagi yg tinggal di rumah nie. Hanya wan seorang sahaja. Mak berlari sambil menjerit meminta tolong. Dalam sekelip mata jiran berkumpul datang. Setelah menjelaskan apa yg mak nampak, jiran2 pun buat keputusan untuk pecahkan pintu depan rumah wan. Apabila pintu dipecahkan, semua terus menyerbu ke bilik. Betul, memang ada tubuh terbaring kaku di katil. Tapi yg terbaring itu adalah seorang \\\"Perempuan\\\" dengan kain tudung berwarna biru dan baju kurung biru bercorak besar. Dan dimana pada dakapannya terdapat sebuah bingkai gambar. Kipas disebelah katil masih terpasang, begitu juga radio. Bila mak amati betul2 wajah yg sedang terbaring kaku itu...

\\\"Oh tidak! Wan!!!... Wan!!!...\\\" mak menjerit sekuat2 hati. Lalu mak terkam dan peluk erat2 tubuh tersebut.

\\\"Wan, kenapa buat macam nie?\\\" kata mak dalam keadaan sedih sangat.

Semua orang yg berada dalam bilik berpandangan sesama sendiri.


Hairan... Kenapa wan mati? Kenapa wan mati berpakaian perempuan? Bingkai gambar didalam dakapan wan ialah gambar cikgu sal yg juga isterinya. Tiada siapa yg tahu apa sebabnya... Pada keesokan harinya wan dikebumikan.

 

 

\\\"DS PASTI TUNAI\\\"

 

 

Kepala otak-BOTAK

Ditulis-DIN TWIN

 

RJR © 2009 Hakcipta Terpelihara

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) sedih citer ni..eh cikgu sal kan?..hehe...sib baik la..

Cerpen-cerpen lain nukilan botak_9444

Read all stories by botak_9444