Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Izzanna

Kaki Izzanna menguis-nguis pasir pantai. Terasa berat kaki untuk melangkah. Kemudian selangkah demi selangkah kaki diangkat, tak tahu mana arah tuju. Matanya redup memandang segala sudut keindahan Pantai Miami, Pulau Pinang ini. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapu wajah mulus milik Izzanna membuatkan rambut ikal mayangnya berterbangan menutup muka. Kemudian dia menyisir rambut kembali ke belakang telinga.

            Hatinya masih dalam keadaan remuk redam. Belum sembuh sepenuhnya akibat bahana putus cinta. Kekasih yang dia amat cintai mendustai dirinya dalam diam. Tak usah lagi dikenang perkara dahulu, kini masa untuk meneruskan hidup dan melupakan segalanya. Kedatangan Izzanna ke pulau ini sedikit sebanyak dapat menenangkan mindanya sebelum dia berangkat kembali ke Kuala Lumpur untuk meneruskan rutin harian bekerja menguruskan syarikat ibu bapanya.

            Awan hitam mula berarak lambat-lambat memberi tanda hujan mahu turun selebat-lebatnya. Izzanna seakan-akan tidak mahu berganjak dari pantai tersebut. Mahu menikmati hujan yang bakal turun selebat-lebatnya. Dia mengumpamakan hujan yang lebat itu interpretasi hatinya yang sedang juga lebat dengan air mata.

            Hujan mulai turun, perlahan dan kemudian lebat. Orang ramai yang bersantai di pantai tersebut naik ke darat. Ada yang berlari-lari anak dek tak mahu terkena hujan. Namun Izzanna sahaja yang masih disitu. Tak berganjak. Air matanya berhamburan. Izzanna tak mampu menahan lagi. Segala duka, amarah dan rindu dendam dilampiaskan. Hampir sepuluh minit Izzanna di situ. Hujan makin lebat dan ada sedikit guruh berdentum dentam.

            Tanpa Izzanna sedari seorang lelaki berbadan agak tegap dalam lingkungan awal 30an menarik batang tubuhnya. Lelaki berkemeja lengan pendek putih dan berseluar pendek paras betis itu mendukung Izzanna dan membawanya ke sebuah pondok beratap rumbia tidak jauh dari kawasan pantai. Izzanna yang dalam keadaan terkejut meronta-ronta ingin dilepaskan dan menumbuk tubuh sasa lelaki yang dianggap gila itu.

            “Eh ! Lepaskan aku orang gila! Apa kau tengah buat ni??” Jerit Izzanna sambil meronta-ronta mahu diturunkan,

            “Eh? Siapa yang gila sebenarnya ni? Kau ingat aku suka dukung-dukung orang ni. Berat tau !” Balas lelaki bertubuh tegap itu. Kemudian dia terus melepaskan dukungannya ke bawah membuatkan Izzanna terjelepok ke atas tanah.

            “Gila ! Gila! Kau memang lelaki sewel! Dahlah kau cempung aku macam tu je lepas tu bawak ke pondok ape tah ni. Kemudian kau lepaskan aku jatuh macam ni.” Ngomel Izzanna sambil mengurut-ngurut pinggulnya yang sakit akibat terhepap di tanah.

            “Amboi sedap-sedap mulut awak cakap saya gila. Awak sedar tak sekarang ni hujan lebat? Yang awak duduk kat tengah pantai sorang-sorang tu kenapa? Nak kena panah petir?” Balas lelaki itu pula. Wajah lelaki tersebut makin memerah. Menahan marah agaknya.

            “Ikut suka hati saya lah!” Jawab Izzanna sambil memandang kearah bertentangan. Air mata mengalir perlahan-lahan dari kelopak matanya.

            Lelaki bertubuh tegap itu mendekati Izzanna dan kemudian membuka pakaiannya untuk diberikan kepada Izzanna sebagai pelindung dari kesejukan. Izzanna terdiam seketika dengan tindakan lelaki tersebut. Dia kemudian beralih tubuh kearah lelaki itu. Mata mereka saling bertaut. Dek kerana malu Izzanna menundukkan pandangannya. Sedar dengan tindakan itu, lelaki itu cepat-cepat berdiri sedikit jauh dari Izzanna.

            “Hmm, awak ada masalah ke? Anyway, nama saya Karlishah. Awak boleh panggil saya Karl,” tegur Karl perlahan. Dia tidak mahu menaikkan lagi api kemarahan gadis ini.

            “Saya okey. Tak apa-apa. Nama saya Izzanna,”. Jawab Izzanna ringkas sambil mengulas senyuman. Baju Karl ditarik-tarik menutupi bahagian dadanya.

            “Tapi tadi saya tengok awak menangis, macam orang ada masalah. Kalau awak tak keberatan boleh ceritakan. Tapi kalau awak rasa saya bukan orang yang terbaik untuk mendengar, then it’s okey,”. Karl tersenyum memandang Izzanna. Dia cuma prihatin terhadap gadis dihadapannya ini. Izzanna dilihat seperti ada perkara yang terbuku di hati.

            “Tak apa, saya okey saja. Anyway thanks sebab bagi pinjam baju ni dan thanks jugak sebab selamatkan saya tadi,”, kata Izzanna yang termalu dengan tindakannya sebelum ini.

Izzanna dan Karl berbual-bual kosong sambil ditemani hujan yang makin lama makin mengendur lebatnya. Namun perbualan mereka tiba-tiba tergendala apabila sebilangan penduduk kampung di kawasan sekitar pantai tersebut menyerbu mereka berdua. Mereka dituduh melakukan maksiat !

            “Tok Imam, percayalah cakap kami. Saya dan dia tak buat apa-apa pun. Saya baru je kenal dia. Nama penuh pun tak tahu lagi !” Jelas Karl beria-ia. Dia sedaya upaya meyakinkan Tok Imam supaya tidak mengahwinkan mereka berdua.

            Namun Tok Imam kelihatan seperti masih bertegas. Tambahan pula Karl dilihat tidak berbaju dan hanya berdua-duaan sahaja dengan Izzanna di pondok tersebut. Izzanna pula diam tak terkata apa-apa. Dia hanya mampu menangis dan berharap semua dugaan yang menimpanya sekarang ini akan berakhir. Sudahlah baru putus cinta, sekarang dipaksa kahwin pula!

            “Tok tak boleh berlembut lagi dengan kamu berdua. Mahu atau tidak, rela tak rela kamu berdua mesti dikahwinkan! Tok tak mahu maksiat terus berleluasa!” Keputusan muktamad Tok Imam sudah dikeluarkan. Maknanya tiada lagi kompromi.

            Akhirnya, Karl menikahi Izzanna dalam keterpaksaan. Izzanna menangis sepanjang sesi akad nikah dijalankan. Masakan tidak, dia langsung tidak mencintai Karl mahupun mengenali siapa Karl sebenarnya. Lagi pula, apa yang mahu dia beritahu kepada orang tuanya setelah sekembalinya dia ke Kuala Lumpur. Semuanya sangat menghimpit jiwa Izzanna. Rasa seperti nak mati saja!

“Izzanna, sampai hati kamu menconteng arang di muka kami? Kami tak sangka kamu tergamak memalukan mama dan papa!” Datuk Hisham naik angin. Kali ini Izzanna betul-betul menaikkan api kemarahannya.

            “Papa, Izzanna tak sangka semua ini boleh terjadi. Percayalah pa, Izzanna….”

            Izzanna mula menangis. Bapanya tak pernah sebegini berang. Manakala Datin Zaiton, ibunya cuma mendiamkan diri dan langsung tidak menyebelahi Izzanna. Mereka berdua seakan-akan tidak percaya akannya. Walaupun Daniel, adik Izzanna cuba mententeramkan Datuk Hisham namun, mereka tetap menyalahkan Izzanna. Kata mereka, Izzanna tak habis-habis membuat masalah. Cukup-cukuplah dengan masalah kekasih Izzanna yang lepas. Ini ditambah pula dengan perkahwinan mengejut Izzanna. Semua masalah ini hanya akan memburukkan reputasi keluarganya sahaja.

            “Datuk, saya minta maaf mencelah tapi saya rasa Datuk tak boleh menyalahkan Izzanna tentang hal ini. Saya yang bersalah. Ya, kerana sayalah Izzanna terpaksa berkahwin. Jadi Datuk hukum dan marahlah saya, bukan Izzanna,”. Tiba-tiba Karl bersuara. Kata-katanya meluruhkan sedikit kesedihan di hati Izzanna.

            “Baiklah kalau kau dah berkata macam tu, aku nak kau buat sesuatu untuk aku,” Datuk Hisham mula mengeluarkan syarat-syaratnya.

“Kenapa awak cakap macam tu dengan papa saya? Awak tak kenal papa saya. Awak tak tahu apa yang dia boleh buat,”. Izzanna ternyata menyesal kerana tidak menghalang Karl dari menyetujui syarat bapanya tadi. Seburuk-buruk Karl pun, Izzanna tidak sekejam itu untuk menetapkan syarat yang bukan-bukan kepada Karl.

            “Saya menuruti syarat tersebut kerana saya tahu saya yang bersalah. Lagipun, saya memang tak ada pekerjaan sekarang. Eloklah saya jadi driver awak. Pasal soal kita kena merahsiakan perkahwinan ini, saya rasa inilah cara yang terbaik untuk menutup malu keluarga awak. Saya pun tahu yang awak tak suka akan perkahwinan ni. Jadi, janganlah paksa diri awak tu. Untuk 6 bulan ni saya berjanji takkan sentuh awak dan akan turut semua arahan awak dan keluarga awak,”.

            Karl bagi Izzanna adalah lelaki paling bodoh kerana menerima syarat-syarat bapanya. Karl seorang suami dan dia punya hak ke atas Izzanna dan punya pilihan untuk tolak semua syarat Datuk Hisham. Tambahan pula, Izzanna bukan gadis calang-calang. Dia jelita, berkerjaya dan ada segala-galanya yang boleh membuatkan wanita lain cemburu. Sesiapa yang memiliki Izzanna bermakna mereka memiliki semua kepunyaan wanita itu termasuk harta kekayaannya.

“Karl! Cepat! Awak tahu tak saya dah lambat ni !” Izzanna menjerit dari bawah. Sikap dingin dan arah mengarah Izzanna makin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Tambahan pula syarikatnya sekarang mengalami masalah. Fashionista Sdn. Bhd. tidak mampu membayar pembekal tekstil untuk membuat pakaian rekaan mereka oleh kerana masalah kewangan yang semakin merunsingkan. Kalau masalah ini tidak dapat dikawal dengan baik, ada kemungkinan Fashionista bakal bankrup!

            “Yes ! Kejap saya turun, saya dekat toilet ni !”

            “Awak ingat saya main-main ke? Ni lagi satu, tolong jangan panggil saya Izzanna. Panggil saya Cik Izzanna. Saya tak mahu pekerja saya dengar awak panggil saya dengan nama je,” Izzanna sedaya upaya cuba menutup soal perkahwinannya dari pengetahuan umum.

             “Iya, awak tak perlu risau. Dah hampir 2 bulan saya buat kerja ni. Saya tak pernah terlepas cakap,” jawab Karl. Dia begitu sabar dengan sikap Izzanna yang tak menentu angin amarahnya itu.

“Eh kacaklah kan pemandu baru Miss Izzanna tu. I like..!” Pekerja syarikat Izzanna mula bergosip. Sejak Karl mula bekerja dengan Izzanna, ramai pekerja Fashionista mula mengorat Karl. Ada yang memberi nombor telefon. Ada pula yang mahu belanja makan. Tapi Karl hanya menolak permintaan mereka secara lembut. Dia tak mahu menimbulkan masalah dan perkara yang dia dan Izzanna sorokkan selama ini terbongkar. Selain itu, hatinya juga sudah terpaut…

            “Eh, apa yang awak semua pandang-pandang ni? Continue your work! Kalau tak mahu kerja boleh berhenti. Kurang beban syarikat ni!”, marah Izzanna.

Kata-kata pekerjanya itu bagai menusuk-nusuk hatinya. Makin lama makin menjadi-jadi. Lain kali Karl tak boleh masuk office lagi. Cukup setakat menghantarnya di luar saja.

“Karl, lepas ni awak tak payahlah lagi hantar saya sampai masuk dalam,”

“Kenapa? Awak cemburu?”

“Tak da masa saya nak cemburu,”

“Kalau awak cemburu cakap sajalah,”

“Tak!”

“Ye kan..”

“Tak! Tak! Taakkkkkkk!”

PANG! Izzanna menghempas fail di atas mejanya. Habis semua kertas-kertas lukisan hasil rekaan fesyennya berterbangan dan bertaburan di atas lantai. Kemudian dia terus keluar dari pejabat sambil menghempas pintu. Karl cuma menggelengkan kepala dan mengutip semua kertas-kertas ynag bertaburan di atas lantai. Sikap Izzanna yang panas baran itu tidak boleh dikawal lagi. Bila-bila dia rasa nak meletup, dia akan meletup saja tanpa memikirkan orang kiri dan kanan.

“Awak pergi mana ni? Dah dekat sejam saya tunggu tau!” Izzanna merungut. Sudah hampir sejam dia menunggu di luar koridor syarikatnya. Karl selalu sahaja lambat bila mahu menjemputnya pulang. Ada saja alasannya.

            “Sorry sangat! Tadi saya ada hal sekejap. Jalan jammed pulak,”

            “Awak ni kerja dengan saya ke awak ada buat kerja lain?!”

            “Ermm.. tak saya cuma lambat sikit je. Sudahlah, awak masuk cepat.”

            “Kalau saya dapat tahu..!”

            “Awak nak saya bawak pegi makan?” Karl cepat-cepat menukar topik. Dia tak mahu Izzanna terus bertanya.

            “Awak cuba tukar topik ye? Awak dah kahwin? Awak pergi jumpa anak bini awak kan??” Izzanna cuba menelah.

Banyak rahsia yang tersimpan kemas mengenai Karl yang dia tidak tahu. Walaupun sudah bergelar suami isteri selama dua bulan, Karl begitu perahsia dan tidak banyak perkara yang dia tahu mengenai lelaki ini. Manakala Karl pula seperti sudah tahu luar dalam masalah keluarga Izzanna dan begitu prihatin mengenainya. Cuma satu perkara saja yang dirahsiakan Izzanna dari Karl, mengenai kekasih lamanya.

“Cepatlah, awak nak makan tak? Saya belanja awak ye,” Karl cuba memujuk Izzanna.

“Are you sure nak belanja I? Macamlah ada duit..”

“Hmm.. tak mahu sudah,”

“Okey.. okey.. Cepat, saya dah lapar ni!” Izzanna akhirnya termakan juga pujukkan Karl.

“Waiter, tolong kirakan semua,” arah Izzanna.

            “Puan, semua ni dah dibayar,” jawab waiter tersebut sambil tersenyum.

            “Dah dibayar? Siapa yang bayar?” Izzanna curiga. Siapa pula yang bayar ni? Tak mungkin Karl. Tadi Izzanna mengarahkan dia mengambil kereta.

            “Encik Karl puan.”

            Izzanna tersentak. Mana lelaki itu dapat duit sebanyak ini untuk membayar bil makan malam hari ini. Lagi pula restoran ini berkelas lima bintang. Namun, Izzanna mengambil jalan untuk mendiamkan diri dan cuba menyiasat sendiri siapakah Karl yang sebenarnya.

“Cik Izzanna, keadaan syarikat kita semakin teruk. Cik harus buat sesuatu. Mereka dah tak mahu bekal tekstil pada kita selagi hutang tak dilangsaikan. Lagi pun mereka dah kata yang mereka mahu menamatkan kontrak dengan syarikat kita tak lama lagi,” Fakhrul menerangkan permasalahan syarikat mereka kepada Izzanna.

            “Mereka tak boleh buat macam tu! Kan kontrak kita dengan syarikat mereka tamat lagi 2 tahun,” kata Izzanna. Keadaan semakin merunsingkan. Kalau dibiarkan boleh lingkup syarikat ini.

            Tiba-tiba pintu bilik Izzanna dikuak. Aleysha, pembantu peribadi Izzanna masuk dengan wajah penuh senyuman.

            “Cik Izzanna jangan risau. Nampaknya ada satu syarikat tekstil ni yang ingin membantu kita. Mereka bersedia untuk melabur dengan Fashionista dan membekalkan tekstil dengan harga yang berpatutan. Apa kata Cik?”

            Izzanna tersenyum lebar sambil memandang pekerjanya dengan pandangan penuh makna. It’s time to change!

Izzanna mulai keluar dari pintu pejabatnya dan menuju ke tempat letak kereta bangunan. Hari ini Karl seperti biasa tiba lambat dari waktu yang sepatutnya. Izzanna mengambil masa menanti Karl dengan mengelamun sendirian sambil berdiri di tepi koridor.

            ‘Karl tu handsome juga kalau selalu dipandang. Tapi sayang, dia tak cintakan aku. Kalaulah aku jumpa dia sebelum aku jumpa Hairul. Mesti dah bahagia hidup aku sekarang ni. Tapi tak mahulah lelaki yang mencurigakan macam dia tu. Entah-entah dah ada anak isteri berderet-deret. Terpaksa je kahwin dengan aku sebab kena tangkap basah.’ Izzanna mula berbicara sendirian dalam hati.

            Tanpa dia sedari ada sesusuk tubuh sedang memerhatinya dari jauh. Kemudian susuk tubuh milik seorang lelaki itu memeluk tubuh Izzanna dari belakang dengan kuat. Ia membuatkan Izzanna sukar untuk bernafas dan sekaligus dia menjerit.

            “Arghhh!!! Apa kau cuba buat ni?!! DAH GILA KE KAU HAIRUL?!”Izzanna menjerit dengan sepenuh hati tanpa menghirau kiri dan kanan. Dia  mengharap ada orang akan dengar dan membantu dirinya yang dalam keadaan cemas kini.

            “Izza, please! Jangan menjerit kuat, nanti orang dengar.”

            “Eh! Biarlah orang dengar! Kau buat apa kat sini? Go away! Jangan cari pasal dekat sini”

            Izzanna sedaya upaya cuba melepaskan rangkulan Hairul ke atas dirinya. Dia membenci lelaki itu. Jijik! Kemudian Hairul melepaskan Izzanna kerana tidak mahu wanita itu menjerit lebih kuat.

            “Izza, I miss you. You tahukan yang I sayangkan you. I tahu you pun menderita tanpa I di sisi. Maafkan I please! Perkara dulu-dulu tu tak payah lagi you kenang. I janji tak buat lagi!” Hairul mula bersumpah. Dia sedaya upaya cuba meyakinkan Izzanna untuk terus kemabali kepadanya.

            “Hey! You tak faham ke or buat-buat tak faham! I tak suka you. I juga dah move on okey! And I tak boleh bersama dengan you lagi, faham tak?? You wanna me to speak in what language? Tamil? Untuk you faham?”

            “Benda ni benda kecik. You tak payah nak kecoh-kecoh and jerit satu kampung. Please bukan I sorang je yang macam ni.”

            “You ingat I bodoh? I tak mahu terlibat dengan apa yang you buat. Enough! I tak mau memalukan family I. Kalau you rasa hidup you tu hebat macam ni, then go on.”

            “Sebab I gay ke you benci I? I don’t understand. You berfikiran kolot,” Hairul mula menuding jari telujuknya kearah Izzanna.

            “I tak nak you ganggu I lagi.” Izzanna terus berjalan pergi dari tempat tersebut. Orang yang tak faham bahasa buat apa dilayan.

            Hairul naik berang. Dia merentap tangan Izzanna dan mula mencengkam keras tangan kiri wanita tersebut. Tiba-tiba satu tumbukan jurus mengenai wajah macho Hairul. Bedebush! Hairul jatuh ke lantai. Darah merah keluar dari sisi bibirnya.

            “Jangan ganggu Izzanna lagi.” Karl dengan gagahnya bersuara. Manakala Izzanna menyorok di belakang Karl sambil memegang tangan suaminya itu.

            “Kau siapa nak masuk campur?!” Hairul berang. Lelaki yang mencampuri urusan dia dan Izzanna harus diberi pengajaran.

            “Siapa aku itu tak penting. Jom Izzanna.” Karl menarik tangan Izzanna dan memeluk wanita yang dalam ketakutan itu.

            “Hey! Kau senang-senang je eh nak bawak girlfriend aku macam tu je. Kau siapa haa??”

            “Sudahlah Hairul! Jangan ganggu I lagi. This is my husband. Sekarang you puas?” Izzanna tiada pilihan lain selain menceritakan hal yang sebenar. Dia tak mahu Hairul terus mengganggu hidupnya lagi.

            Hairul tercengang dan tak mampu berkata apa-apa. Begitu juga Karl. Namun pelukan Karl terhadap Izzanna semakin erat. Mereka berlalu pergi meninggal tempat tersebut.

“Terima kasih sebab tolong saya tadi,” kata Izzanna ringkas. Masih malu-malu.

            “Its okey perkara kecil je tu. Lain kali you tunggu kat dalam office je lah. Tak payah keluar,” Karl tersenyum sambil menfokuskan matanya ke arah jalanraya yang sesak.

            “Karl, I mintak maaf kalau..”

            Karl memintas kata-kata Izzanna.

            “Izzanna, sudah. I tak ambil peduli pun hal-hal ni. Lagipun its my job to help and protect you.”

            “Karl, there are some things that I tak mahu you terus buat..”

            “Izzanna, kita ada lagi 3 bulan untuk bersama. Cant we just stick to the plan?” Karl sekali lagi memintas kata-kata Izzanna. Dia tak mahu semua ini menjadi sia-sia. Perasaan dia dan Izzanna tak mungkin akan bertaut jikalau hanya dia yang merasa tapi Izzanna.. Entahlah !

            “Karl, for just at least once! Tolonglah bagi tahu I apa yang you sedang rahsiakan dari I! I’m your wife and I need to know!” Izzanna tidak suka dirinya didustai. Tambahan pula perasaannya mula bercambah terhadap sang suami.

            “Apa yang I dustakan? Izzanna, semua ini tak da gunanya lagi,” Karl mengeluh.

            “I need to know mana you pegi selama ni sampai you selalu lambat ambik I dari kerja. I need to know mana you dapat duit banyak-banyak sampai you boleh bayar bil restoran semalam!” Izzanna seperti separuh menjerit. Perasaan dia meronta-ronta ingin tahu tentang Karl.

            “Suatu masa nanti you akan tahu juga Izzanna,” Karl menjawab ringkas.

Hari Izzanna hari ini penuh dengan perjumpaan dengan klient. Tak dilupakan juga, Izzanna akan berjumpa dengan proksi pembekal tekstil yang baru. Kali ini Izzanna boleh menarik nafas lega setelah Fashionista terlepas dari beban hutang dan bankrupt. Semua ini disebabkan pembekal tekstil mereka yang baru itu. Tekstil yang ditawarkan mereka adalah dalam harga yang berpatutan disamping syarikat mereka juga turut serta melabur di Fashionista. Tapi sayangnya, Izzanna hanya dapat bertemu dengan proksi boss besar Syarikat KSHAH Holding sahaja. Pemiliknya masih belum dapat bertemu lagi. Walaubagaimanapun, ini sudah cukup rahmat buat Izzanna.

            Masa juga berlalu dengan pantas. Lagi beberapa minggu, genaplah 6 bulan Izzanna dan Karl melayari bahtera perkahwinan yang hambar. Tiada cinta dan bahagia. Derita juga tidak timbul dalam soal ini. Mereka cuma suami isteri atas nama. Dalam tempoh 6 bulan ini jugalah Izzanna merindu dendam dengan Karl secara senyap-senyap. Takut-takut ahli keluarganya tahu. Takut juga Karl tahu yang dia menyimpan perasaan kepada sang suami.

            Seboleh-bolehnya Izzanna mahu tahu ke mana Karl pergi setiap hari, apa yang dilakukan lelaki itu dan memeluk jejaka tersebut erat-erat sambil memanggilnya ‘baby’. Tapi semuanya sudah terlambat. Bak kata Karl sendiri ‘sudah tiada gunanya’. Hanya keajaiban yang mampu membawa Karl dan Izzanna bersama.

Karl membelek-belek rantai berloket hati yang diperbuat daripada emas putih itu. Di tengah-tengah hati itu, ada berlian sebesar ibu jarinya berkilau-kilau indah. Loket itu dianggarkan bernilai ratusan ribu ringgit. Kalau Izzanna tahu soal ini, pasti terkejut besar dia. Entah-entah Karl dituduh pencuri kerana memiliki loket ini.

            “Hanya dia yang layak memakainya.” Karl memasukkan loket tersebut ke dalam kocek seluarnya. Kemudian dia memandu kereta Honda Accord miliknya ke destinasi pertemuan dengan sang kekasih yang dia cintai.

“Awak yakin yang boss awak tu akan datang?” Izzanna membelek jam Swatch miliknya. Sudah hampir pukul 9 malam.

             “Sabar puan. Saya yakin Encik Shah akan sampai tak lama lagi. Dia bukan jenis orang yang memungkiri janji. Mungkin dia sibuk atau mungkin dia ada surprise untuk puan,” kata Tajul merangkap proksi untuk pemilik KSHAH Holdings.

            “Surprise? Tapi saya dah tunggu lama ni. Hampir sejam tau,” Izzanna beria-ia mahu berjumpa dengan empunya syarikat tekstil yang menjadi penyelamat kepada syarikatnya.

            Tiba-tiba sepasang mata milik Izzanna ditutup erat oleh tangan milik seorang yang tidak dikenali dari arah belakang. Izzanna cuba meraba-raba dan hatinya mula berdetak kencang.

            “Izzanna..”

            “Awak siapa? Tolong alihkan tangan awak dari mata saya,”

            “Awak mesti kenal siapa saya hanya dari suara ini,”

            Izzanna meragut tangan lelaki tersebut dari matanya. Kemudian cepat-cepat dia alihkan badan ke belakang untuk melihat siapakah gerangan sang jejaka yang bersuara itu. Izzanna terpaku seketika. Wajah jejaka itu adalah wajah yang tidak asing lagi dari pandangan matanya. Pandangan mereka bertaut dan Izzanna serta merta mendakapi jejaka tersebut. Oh Karlishah! Kini semua persoalan sudah terjawab. Karl bukan seperti yang dia sangkakan. Oh Karl,you were made for me!

            Karl tersenyum melihat Izzanna. Dia juga membalas dakapan isterinya itu. ternyata perasaan mereka saling berbalas. Di kala ini, merekalah pasangan yang paling bahagia di dunia. Jodoh telah mempertemukan mereka dalam keadaan yang tidak sangka-sangka. Akhirnya cinta menguasai segalanya.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Ada masalah dgn editing nampaknya ni. Cubaan yang bagus

  • (Penulis)
    2) thanks atas komen akan cuba perbaiki lagi!
  • 3) Oo.. dekat Penang ada Pantai Miami. Baru tahu..

    Em.. Tok Imam ni selamba je paksa nak nikahkan orang. Lepas tu tak hubungi wali Izanna. Haiyoh. Tok Imam scam ni! Haha.

    Izanna tak cari pembekal tu, tapi pembekal syarikat KSHAH yang cari dia, sedangkan syarikat Izanna tengah bad reputation sebab tak bayar hutang. Izanna tak terdetik ke pelik, kenapa ada syarikat lain offer camtu tetiba? Thehehehe. Kemon Izanna, mesti la husband u yang tulung!! Hehehe.
  • 4) saya suka jalan cerita ni..tapi like uculer said..editing..tengah sedap baca tiba2 aik??..ulang balik semula...hahah..
  • 5) MENARIK....

  • (Penulis)
    6) thanks semuaa

Cerpen-cerpen lain nukilan syaida

Read all stories by syaida