Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

KUCING (PART 2)

 

Panjang pun perhatikan tingkap tu dengan berhati2.

\"Bayang kucing nie...\" bisik hati panjang. Jantung panjang berdebar2 tapi panjang cuba utk memberanikan diri. Bila bayang kucing memasuki tingkap, panjang cepat2 lari, menyorok di tepi almari besar. Dan akhirnya muncul lah seekor kucing yg sangat2 panjang kenal.


\"Nie adik nie, kucing belaan mak\" bisik panjangMemang mirip sangat2, cuma mata adik je tampak MERAH MENYALA. Tapi kali nie tak macam dulu, badan adik kurus sangat. Kemudian adik terus melompat masuk ke lantai. Berjalan perlahan2 menuju ke pinggan kaca (tempat makannya) yg dah diisi dengan makanan. Lalu adik pun makan dengan lahap sekali seolah2 dah seminggu tidak makan. Ketika itu panjang dapat hidu bau yg begitu kuat sekali. Walaupun samar2 tapi panjang yakin apa yg sedah dilihatnya. Panjang tak percaya apa yg dapat dilihatnya.


\"Kucing mak kan dah mati...\" fikiran panjang dah bercelaru. Sedang adik makan, tiba2 kedengaran suara mak.

\"Adik dah datang ya. Makanlah adik, mak dah sediakan dah. Adik tentu lapar kan...\"

\"MAKKK\" kata dalam hati panjang. Sebenarnya panjang pun tak sedar bila mak keluar dari bilik. Sepatutnya kalau pintu bilik mak dibuka, pasti panjang dengar. Sebabnya bilik mak paling dekat dengan dapur. Aahhh, panjang pun tak faham. Kelihatan mak mengambil kerusi lalu duduk di depan adik.

\"Makan adik sayang... Mak tambah lagi ya...\" kata mak sambil menuangkan makanan kucing ke pinggan. Sesekali adik berbunyi tapi suara adik kedengaran garau dan pelik. Tak macam suara adik yg dahulu. Mak pun membongkokkan badan menggosok2 badan adik dengan penuh kasih sayang. Sambil adik makan, sambil tu lah mak bercakap dengan adik. Tiba mak bangun

\"Adik.. Jom sayang kita tidur\" kata mak sambil berjalan menuju ke bilik. Adik berjalan mengikut dari belakang. Setelah panjang pasti yg mak dan adik sudah didalam bilik, maka panjang pun keluar dari tempat persembunyian.



Dari luar bilik mak, panjang dapat dengar dengan jelas

 

~TIDUR, TIDUR ADIK MAK SAYANG

  TIDUR, TIDUR PEJAM MATA

  ESOK PAGI BANGUN AWAL

  BOLEH KITA MAKAN BERSAMA~

 


Panjang cukup kenal dengan lagu ini. Itu lah lagu yg selalu mak nyanyikan utk adik. Tapi masa adik hidup tapi sekarang adk dah mati... Pertanyaan dan persoalan berulang lagi dalam fikiran panjang. Di luar, panjang hanya mendiamkan diri. Rasanya mak dan adik dah tidur sebab dalam bilik mak dah senyap. Kemudian panjang duduk di sofa, didalam kesamaran. Dalam fikiran panjang bermacam2 persoalan yg timbul, panjang tahu yg semua persoalan itu tiada penjelasan yg masuk di akal.



Tiba2 kedengaran suara garau adik. Panjang juga dapat dengar bunyi pergerakan, mungkin mak dah bangun. Lalu cepat2 panjang berbaring di sofa, buat2 tidur.

\"Adik dah bangun ya... Adik hendak balik ya...\" kedengaran suara mak dari dalam bilik. Kemudian terdengar pintu bilik mak dibuka.

\"Cepat adik\" mak pun melangkah keluar. Bila panjang dah yakin yg mak dan adik dah ke dapur, lalu panjang cepat2 bangun mengintai dari pintu menuju ke dapur. Dalam samar2 panjang dapat melihat mak sedang mendukung adik. Lalu diciumnya adik puas, mak juga menangis tatkala hendak meletakkan adik di tingkap.

\"Adik, esok datang lagi ya. Mak tunggu...\" tu lah kata2 terakhir dari mak sebelum adik melompat keluar. Di tingkap, tampak mak yg masih menangis sambil memandang adik menghilang dari pandangannya. 2 hingga 3 minit juga lah mak berdiri termenung ditepi tingkap.



Ketika mak hendak menutup tingkap, cepat2 panjang berjalan menuju ke sofa lalu berbaring buat2 tidur lagi. Dalam buat2 tidur tu, panjang nampak mak masuk ke bilik. Selang 30 minit kemudian, azan subuh pun berkumandang. Kemudian panjang bangun terus ke dapur. Di dapur, panjang dapat hidu bau macam bau bangkai. Cepat2 panjang menutup hidung dan terus patah balik ke biliknya. Sebaik pintu biliknya dibuka, panjang lihat Nani (adiknya) sedang duduk dikatil berselubung dalam selimut dengan ketakutan.

\"Ssyyhhh...\" Panjang letak jari telunjuk di mulut tanda diam. Kemudian panjang merapat ke nani

\"Abg... Adik takut\" kata nani.

\"Takde apa2 adik...\" kata panjang sambil menenangkan adiknya.

 


Keesokan harinya semasa sarapan pagi, panjang perhatikan mak. Tapi mak hanya diam macam tiada apa2 yg telah berlaku. Selepas sarapan, ketika mak nak berkemas

\"Takpe mak biar nani yg buat\"

\"Baiklah...\"

\"Mak masuk ke bilik dulu ri\" Panjang diam tapi hanya memandang ke arah mak sahaja. Sekarang nie, kebanyakan masa mak banyak dihabiskan di bilik. Kalau keluar pun hanya bila ada keperluan je. Apabila dah pasti yg mak dah masuk ke bilik, panjang pun mendekat ke nani.

\"Adik. Siapa yg ada masa kejadian kucing mak kena langgar?\"

\"Kenapa abg?\" tanya nani yg tengah cuci cawan. Kemudian panjang diam sekejap.

\"Abg nak tahu cerita sebenar\" jawab panjang bersungguh2.

\"Kalau tak silap adik, Pak Abu ada masa tu. Mungkin dia tahu abg\" kata nani lagi. Pak abu ialah ayah kepada yati, jiran terdekat panjang.

 


Tengahari tu panjang pergi ke rumah pak abu. Panjang beri salam di depan tangga, yati yg menjawab salam.

\"Hai, abg sukri bila balik?\"

\"Semalam. Yati ayah awak ada tak?\"

\"Ada abg, kejap yati panggilkan. Mmm, naiklah dulu abg\" jawab yati tersenyum ayu.

\"Takpe yati. Abg tunggu kat bawah je...\"

\"Baiklah abg\" Sementara menunggu, panjang duduk di pangkin di bawah pokok di seberang rumah pak abu. Sedang panjang leka, tiba2

\"Sukri, sukri...\" nama panjang dipanggil. Lalu panjang toleh ke depan. Rupa2nya pak abu sedang berdiri di pintu rumah sambil melambai2kan tangannya. Panjang tersenyum berjalan ke arah pak abu...

\"Sukri, naik lah dulu\"

\"Takpe pak abu, kita berbual kat bawah je pak abu. Lagipun kat bawah banyak angin. Boleh tak?\" kata panjang cuba mengelak masuk ke rumah.

\"Baiklah\" kata pak abu... 

 \"Yati buatkan air ya...\" arah pak abu pada anaknya. Semasa pak abu menuruni tangga, panjang terus menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan pak abu. Panjang dan pak abu pun duduk berbual di pangkin di seberang rumah pak abu.

\"Berapa lama kau cuti sukri?\" kata pak abu sambil duduk menyandar.

\"Tak lama pak abu, seminggu saja\"

\"Macam mana kerja?\" tanya pak abu sambil mengeluarkan kotak rokok dari poketnya.

\"Ok je pak abu...\" kata panjang lagi sambil melihat pak abu menyalakan api rokoknya.

\"Pak abu sihat ke?\"

\"Syukur, sihat sukri. Tapi orang tua nie masa ok, dia ok lah. Tapi masa sakit, dia sakit lah. Susah nak cakap...\" jawab pak abu panjang lebar. Kelihatan yati sedang berjalan membawa dulang yg berisi dua cawan, sebekas kuih. Setelah yati meletakkan dulang di pangkin.

\"Terima kasih yati, susah2 je...\" kata panjang tersenyum.

\"Sama2. Takpe, takde susah pun. Mmm, minumlah ayah, abg sukri\" kata yati lalu melangkah pergi. Kemudian panjang dan pak abu terus menjamu hidangan yg tersedia lalu menyambung perbualan mereka.

\"Pak abu, boleh saya tanya tak?\" kata panjang yg memulakan niat sebenarnya.

\"Boleh, nak tanya apa?\"

\"Pak abu ada kan masa kejadian kucing mak saya dilanggar?\" tanya panjang sambil memandang ke wajah pak abu.

\"Owh, tentang tu... Memang pak abu ada. Pak abu jugalah yg gali lubang buat kubur adik. Mak sukri yg minta tolong\" pengakuan dari pak abu.

\"Kubur?\" tanya panjang terperanjat.

\"Iya, permintaan mak sukri minta buatkan kubur untuk adik\" ulang pak abu.

\"Kat mana kuburnya pak abu?\" tanya panjang ingin tahu.

\"Kat belakang rumah sukri. Kat pokok rambutan tua tu. Tapi...\" tiba2 pak abu terdiam.

\"Tapi apa pak abu?\" tanya panjang tak sabar.

\"Masa tanam kucing tu, pak abu takde sebab mak sukri kata dia nak tanam sendiri. Jadi, lepas gali lubang tu pak abu terus balik ke rumah... Lepas kematian kucing tu, mak sukri banyak berubah. Mak sukri dah jarang keluar rumah. Malah mak sukri juga dah tak pergi sembahyang kat masjid dah. Yati pun ada juga bagitau pak abu yg yati pernah terdengar mak sukri bercakap sorang2 kat dalam rumah. Kata yati mak sukri seolah2 sedang bercakap dengan adik. Lepas tu yati pun dah takut nak pergi ke rumah sukri. Pak abu minta maaflah kalau kata2 pak abu nie buat sukri terasa hati atau marah\" Semasa menceritakan semua nie, pak abu memandang ke wajah panjang.

\"Takpe pak abu, saya tak marah. Sebaliknya saya berterima kasih dengan pak abu sebab bagitau saya semua nie\" Panjang tanya lagi

\"Masa kejadian tu, ramai orang ke pak abu?\"

\"Kejadian tu berlaku lepas solat asar. Ada lah dalam 5-6 orang kot. Tapi masa gali tu hanya pak abu dengan mak sukri je\" Mendengarkan penjelasan pak abu, panjang terdiam sedang memikirkan sesuatu.

 


Selang beberapa minit kemudian panjang pun minta diri untuk pulang. Selepas bersalaman dengan pak abu, panjang pun terus berjalan ke rumah. Tapi panjang tidak terus masuk ke rumah sebaliknya panjang ke belakang rumah. Panjang tahu dimana tempat yg pak abu ceritakan tadi. Sesampai je di bawah pokok rambutan tua tu, panjang terus memerhatikan keadaan sekeliling. Akhirnya panjang ternampak satu longgokan tanah.

\"Macam kubur nie...\" bisik hati panjang. Entah kenapa perasaan ingin tahu panjang begitu menebal. Bermacam2 bermain di fikiran panjang.

\"Kenapa mak berubah? Apa sebenarnya yg dah berlaku?\"



Lagi sekali panjang perhatikan keadaan sekeliling, takde sesiapa. Belakang rumah panjang nie berhampiran dengan hutan, jadi keadaan keliling memang sunyi. Lalu panjang terus mencari cangkul sambil mata panjang memerhatikan kalau2 mak tiba2 ada. Setelah pasti semuanya ok, barulah panjang cangkul tanah tempat yg disyaki kubur adik. Dalam beberapa minit kemudian, akhirnya panjang ternampak satu bungkusan kain berwarna hitam. Kemudian panjang berhenti mencangkul lalu menarik bungkusan kain tu. Panjang lihat ikatan bungkusan kain tu sama macam ikatan jenazah orang mati. Berdebar2 jantung panjang bila hendak membuka ikatan tu. Takde bau busuk, cuma bau tanah je... Ikatan pertama dan kedua dah dibuka. Bila semua ikatan sudah terbuka, panjang terperanjat sebab hanya ada sebatang kayu sebesar tangan kanak2 didalamnya.

\"Kenapa kayu yg mak tanam? Mana bangkai kucing tu?\" bisik hati panjang, bertambah tebal lagi lah perasaan ingin tahu panjang. Kemudian cepat2 panjang tanamkan semula bungkusan tadi.

 


Setelah selesai, panjang buat macam tiada apa2 yg berlaku. Panjang terus masuk ke rumah ikut pintu depan. Panjang perhatikan yg bilik mak tertutup rapat.

\"Tentu mak didalam bilik\" bisik hati panjang. Lalu panjang terus ke dapur. Di dapur, nani tengah buat minum petang.

\"Adik, mak kat bilik ke?\" kata panjang sambil berjalan ke sinki basuh tangan.

\"Ya abg\" jawab nani. Betul tekaan panjang.

\"Abg, adik takutlah tengok mak. Cuma sebab dah lama tak jumpa mak baru adik gagahkan diri. Tapi adik tak tahu berapa lama adik boleh tahan. Nasib baiklah ada abg\" nani mengaku pada abgnya.

\"Bila adik habis cuti?\" tanya panjang sambil duduk di kerusi di meja makan.

\"Esok adik blk KL. Abg, kenapa mak jadi macam nie?\" kata nani dengan wajah ketakutan. Panjang hanya mendiamkan diri, yg termampu dibuat panjang hanyalah merenung wajah adiknya. Tiba2 pintu bilik mak terbuka. Mak pun keluar dari bilik.

\"Mak, minum mak...\" kata panjang bila terlihat wajah mak.

\"Takpe ri, kamu minum dulu. Mak ada kerja kejap...\" jawab mak memandang wajah panjang sambil melangkah ke pintu dapur. Panjang hanya diam melihat mak berjalan keluar. Apabila mak menghilang dari pandangan, panjang cepat2 bangun mengekori mak. Lalu panjang menunjukkan isyarat senyap pada adiknya, nani diam hanya memerhatikan abgnya keluar ke pintu dapur.



Panjang intai gerak geri mak. Panjang nampak mak baru keluar dari bilik stor kat belakang dapur dengan membawa satu beg plastik (sederhana besar berwarna hitam) panjang tak tahu apakah isi didalamnya. Kelihatan mak sedang berjalan sambil matanya meliar memandang ke kiri kanan. Akhirnya mak masuk ke bawah rumah. Kemudian dalam 10 minit, mak pun keluar dari bawah rumah tanpa beg plastik di tangan dan terus masuk ke rumah ikut pintu dapur.

\"Apa yg mak buat kat bawah rumah? Apa didalam beg plastik tu?\" Ahhh, pening panjang fikirkan.

\"Takpe, aku akan siasat\" nekad hati panjang. Apabila panjang nampak yg mak dah berada di dapur sedang berborak2 dengan nani.

\"Nie peluang\" kata hati panjang. Lalu cepat2 panjang berlari ke bawah rumah. Bila sampai saja, panjang terus mencangkung masuk ke bawah rumah. Panjang lihat sekeliling situ tiada apa2 yg pelik. Yg ada hanyalah barangan lama dan 2 buah peti kayu buruk sahaja. Dan panjang masih tak tahu apa yg nak dicari. Tiba2 hati panjang berdebar2 bila terlihat salah satu peti kayu yg ditutup dengan plastik kanvas warna oren. Panjang hampiri peti itu dan diselak plastik kanvas tu. sebuah peti kayu bersaiz 3 kaki panjang dan 2 kaki tinggi kelihatan. Panjang dapat hidu ada sejenis bau pada peti tu tapi tak berapa kuat baunya. Lalu panjang pun tolak\"angsel\" lalu diangkat penutup peti tu.



\"Ya Allah\" panjang tergamam. Di dalam peti kayu tu terdapat bangkai adik yg hampir reput. Di badan adik penuh dengan serbuk putih. Panjang sentuh serbuk tu, diamatinya betul2...

\"Kapur nie\" bisik hati panjang. Mmm, patutlah bau bangkai adik tak kuat. Tiba2 panjang pandang papan diatas kepalanya.

\"Nie lantai bilik mak nie...\" baru panjang tahu kenapa mak selalu masuk bilik. Dalam hati, panjang dah tahu apa yg berlaku.



Setelah mengemas segala2nya ikut keadaan asal, panjang pun terus masuk ikut pintu depan kemudian berjalan ke dapur macam tiada apa2 yg berlaku. Ketika itu mak dan nani sedang mengemas meja makan. Semasa panjang sedang basuh tangan di sinki, suara mak tiba2 terdengar dari belakang

\"Pergi mana ri tadi?\" Lalu panjang menoleh ke mak sambil berkata

\"Takde mak, ri pergi jalan2 kat kampung tadi\" panjang tipu mak. Mak diam mendengar penjelasan anaknya.

 


Waktu maghrib pun dah nak masuk... Semasa berjalan keluar dari tandas (lepas mandi), panjang ternampak cermin tingkap terbuka lagi. Panjang hanya diam diperhatikan sahaja. Selepas makan malam, panjang duduk di sofa. Nani duduk disebelah, mak di bilik. Seketika nani bangun masuk ke bilik kemudian keluar lagi dengan membawa bantal dan selimut masuk ke bilik abgnya. Panjang hanya memerhatikan saja tingkah laku adiknya. Sebenarnya dalam fikiran panjang masih bermain2 dengan apa yg dilihatnya siang tadi. Kini panjang sudah tahu bahawa kucing tu tidak ditanam. Sebaliknya kucing tu disimpan oleh mak. Panjang berkata pada dirinya

\"Aku mesti buat sesuatu\"

\"Abg, esok adik balik KL tengahari\" tiba2 nani bersuara.

\"Baiklah adik\" kata panjang ringkas.

\"Abg, tadi abg ikut mak ke?\" soal nani dengan nada perlahan. Panjang pandang ke wajah adiknya

\"Betul adik\"

\"Mak buat apa abg?\" tanya nani ingin tahu tapi sambil pandang ke arah bilik mak. Kemudian panjang pun dekatkan mukanya dengan muka nani

\"Nanti abg cerita. Sekarang tak boleh...\" Nani diam tapi diwajahnya telah timbul riak panik.



Jam di dinding menunjukkan pukul 11 malam. Nani awal2 lagi dah masuk ke bilik. Tapi panjang tahu yg nani belum tidur dan tak boleh tidur. Lalu panjang berbaring di sofa sambil menonton TV. Malam nie panjang nekad akan tunggu lagi.

 


Pukul 11:30 malam... 

Panjang off TV terus baring di sofa dalam samar2. Malam nie macam biasa, panjang akan buat2 tidur. Dan hampir sejam jugalah panjang menunggu. Tiba2 terdengar pintu bilik mak dibuka. Panjang buat2 pejamkan mata, dalam kesamaran panjang dapat mendengar langkah mak yg berjalan menuju ke dapur. Kemudian panjang pasang telinga. Iya, terdengar sayup2 suara mak lagi bercakap. Cepat2 panjang bangun berjalan perlahan2 menuju ke dapur. Sampai je di pintu (menghala ke dapur) panjang pun mematikan langkahnya. Suara mak jelas kedengaran. Malah bau busuk juga dapat panjang hidu.

\"Adik mak sayang, mak tahu adik lapar. Siang adik tak dapat makan...\" Sesekali panjang mengintai. Tampak mak sedang duduk mencangkung sebelah kucing tu. Mak jugak mengosok2 badan kucing tu.

\"Mak sayang adik. Mak rindu adik...\" Adik pula hanya mengiau2 tapi dengan nada yg garau. Badan adik kelihatan semakin kurus semacam tinggal tulang dan kulit sahaja.

\"Adik dah kenyang ya?\" tergelak2 mak bila bercakap dengan adik.

\"Jom adik sayang, tidur dengan mak\" Bila terdengar je ayat tu, panjang terus berjalan laju cepat2 baring di sofa buat2 tidur lagi. Mak jalan dahulu diikuti kucing tu yg mengekori dari belakang dengan badan yg kurus kering (sambil mengiau2 garau) Panjang perhatikan semua tu, dalam 2-3 minit.

 

~TIDUR, TIDUR ADIK MAK SAYANG

  TIDUR, TIDUR PEJAM MATA

  ESOK PAGI BANGUN AWAL

  BOLEH KITA MAKAN BERSAMA~

 


Jelas panjang terdengar lagu mak untuk mendodoikan kucingnya. Panjang masih mematikan dirinya di sofa. Dah nak hampir masuk waktu subuh baru mak keluar dari bilik (untuk menghantar adik balik). Dan panjang perhatikan segalanya. Dalam 10 minit, azan subuh pun berkumandang. Mungkin disebabkan terlalu letih jadi panjang pun terlelap.

 


Pagi tu ketika sarapan, panjang kesian melihat wajah adiknya. Mukanya pucat, matanya cengkung ke dalam sebab tak cukup tidur.

\"Adik, balik nanti hati2 ya. Jaga diri baik2\" kata panjang sambil memandang wajah adiknya.

\"Baiklah abg\" jawab nani yg memang tengah tak cukup tidur.

\"Mak dah minum ke adik?\"

\"Dah abg\"

\"Mana mak adik?\" tanya panjang sambil menghirup teh o panas.

\"Mana lagi abg, mak dalam bilik...\" jawab nani sambil pandang ke bilik mak.



Lepas sarapan, panjang terus ke ruang tamu baca suratkhabar. Sebenarnya hari nie panjang ada misi yg akan dilakukannya. Lepas makan tengahari, panjang, mak duduk di ruang tamu. Sesudah nani bersiap nak balik KL, panjang terus menolong nani mengangkat beg ke kereta. Mak pula berdiri di muka pintu. Selepas semua barang2 adik selesai dibawa ke kereta, panjang pun berdiri ditepi pintu pemandu melihat adiknya bersalaman dengan mak. Ketika nani menuruni anak tangga, mak sempat berpesan lagi

\"Nani hati2 memandu ya. Jaga diri baik2...\"

\"Baik mak\" Bila nani berdepan dengan abgnya, nani terus bersalaman.

\"Abg, adik pergi dulu ya..\"

\"Baiklah adik. Kalau adik mengantuk, nanti berhenti tidur di hentian rehat ya\" jawab panjang yg faham akan keadaan adiknya.

 

*To be continued...

 

 

\"DS PASTI TUNAI\"

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kepala otak-BOTAK 

Ditulis-DIN TWIN

 

RJR © 2009 Hakcipta Terpelihara

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Sayang betul mak pada kucing tu kan? Maklumlah, itu aja teman berckp mungkin

Cerpen-cerpen lain nukilan botak_9444

Read all stories by botak_9444