Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PELUANG DI RAMADAN

 

"YA ALLAH WALAUPUN AKU SERING INGKAR AKAN PERINTAH MU, TAPI AKU BERTERIMA KASIH PADA MU KERNA BERIKAN AKU PELUANG"  Itulah doa yg aku ucapkan bila kedua2 tangan ni menadah. Aku menangis tak terhingga kerana PELUANG memohon ampun dan mencium tangan ABAH akhirnya tercapai jua. Hampir 10 tahun aku gagal melakukannya dan hampir 10 tahun juga aku DERHAKA pada ABAH. Botak tahu, orang di luar sana ada yg lebih teruk kenangan pahitnya. Tapi inilah kenangan botak... Kenangan yg tidak dapat dilupakan dan kenangan yg tidak dapat dinafikan. Bukan nak bertepuk dada tapi KESALAN...


Penghujung tahun 90an... BULAN RAMADAN... Dalam wad sakit kronik hospital kerajaan di selatan semenanjung. Tahun ini dah masuk 2 tahun abah menderita penyakit KENCING MANIS. Dua jari kaki kanan abah telah dipotong dan ibu jari kaki hanya tunggu masa saja. Badan abah dah kurus, tidak seperti dulu masa botak tinggalkan. Kini uban dah putih memenuhi rambut abah. Abah pun dah tak nampak lagi (buta) Abah memang bukan seperti dulu lagi... Sihat dan kuat. Sekarang abah dah tua dan sakit. Terasa sayu bila melihat abah begini. Hospital sekarang bagaikan rumah kedua abah... Keluar sekejap, kemudian masuk balik hospital. Memang botak tak lepaskan peluang ini untuk menjaga abah... Dalam hati berkata 


"Mungkin segala2 ini berlaku sebagai peluang utk botak menebus dosa2 silam... YA ALLAH KAU YG MAHA ADIL" 

 

Masih segar dalam ingatan... 3 hari lagi SYAWAL akan menjelma. Abah tidak dibenarkan keluar dari hospital kerana kandungan gula dalam badan abah sangat tinggi. Keputusan doktor muktamat, jadi botak pun berbincang dengan adik beradik. Bincang demi bincang akhirnya adik2 ikut keputusan botak. Botak arahkan adik2 kemas barang2 mak yg memang SETIA TEMAN SUAMINYA sejak dari tahun pertama lagi. Botak juga arahkan semuanya balik ke kampung hari ini juga. Pada mulanya mak agak keberatan utk pulang.

Mak, sekarang ini semua anak2 mak cuti... Inilah masa mak nak rehat kat rumah... Biar anak2 pulak ambil alih" itulah kata botak pada mak...

Mak diam pada mulanya

"Zam jangan buat kasar2 kat abah kau tau..." kata mak seolah2 risau...

Mak... Zam tahu, jangan risau... Dah2 mak pergi balik rehat puas2 kat rumah" kata botak menyakinkan mak. Mak pandang ke wajah botak kemudian berjalan ke katil suaminya.

Awak...  Saya pergi dulu..."

"Baik awak..." kata abah. Botak hanya melihat tapi dalam hati berbisik 

Bertapa kuat cinta yg hanya berjumpa di atas pelamin saja... Hampir 50 tahun mereka melayar bahtera dan botak salah seorang penumpangnya  Setelah semua pulang, akhirnya tinggallah botak dan abah saja. Botak memegang lengan abah sambil berkata 

"ABAH... Zamjaga abah sekarang... Abah nak apa2 bagitahu zam ya"

Abah yg tidak nampak... Hanya memandang ke arah botak melalui suara botak 

"Baik zam" ringkas saja kata abah.

 


Keesokan hari botak mulakan menjalankan tugas menjaga abah. Kalau sebelum ini botak hanya menjadi PEMBANTU atau RUNNER pada mak. Kini botak lakukan semua tugas dari mandi (lap), bawa abah ke tandas, menyuap abah dan basuh mana2 yg perlu. Botak rela, ikhlas, suka dan bangga melakukan semua itu. Dah banyak kali botak menjaga orang sakit tetapi inilah kali pertama botak jaga darah daging sendiri. Semasa menyuap nasi ke mulut abah, botak dapat lihat kedut seribu di wajah abah. Botak dapat lihat juga kulit tangan abah yg dah berusia. Botak menangis dalam hati tetapi di bibir terukir senyuman yg hanya lakunan. Sebenarnya abah nak puasa tetapi doktor tidak benarkan...

 


"
ALLAHHH HUAKBAR ALLAHHH.... HUAKBAR ALLAHHH... HUAKBAR...  Syawal menjelma akhirnya. Sayup2 kedengaran TAKBIR RAYA dari masjid berdekatan. Botak dah mandikan abah, botak sarungkan abah dengan BAJU BATIK ibarat baju raya walaupun baju itu biasa abah pakai. Selesai memberi abah sarapan, botak terus ke tandas utk mandi. Keluar saja dari tandas

Wah pakcik... Anak pakcik handsome pakai baju melayu biru" kata seorang jururawat pada abah...

Botak tersenyum saja tapi dalam hati 

"Aku pakai baju biasa tak handsome ke?" Abah hanya tersenyum dan mungkin cuba bayangkan warna biru macam mana yg dimaksudkan oleh jururawat itu 

"Biru air laut ke, biru pekat ke?" Lagi pun abah dah lama tak tengok anak jantannya ini pakai baju melayu, maklumlah dah lama tak balik raya ke kampung. Botak hampiri ke katil abah yg ketika itu abah sedang berbaring dengan berlapik 2 biji bantal. Botak duduk disisi abah dengan hati berdebar2 dan juga hati teringin sangat2...


 

Abah... Zam nak minta maaf pada abah" kata botak pandang ke wajah abah dan dengan perlahan tangan abah botak pegang. Abah bergerak perlahan2 kemudian mengiring menghadap botak tapi tidak berkata apa2  


 

"ABAH... ZAM MINTA MAAF DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI... ZAM TAHU ZAM BANYAK MENYAKIT HATI ABAH DULU... ZAM BANYAK MELAWAN CAKAP ABAH... ZAM DAH DERHAKA DENGAN ABAH... ZAM DAH LAMA TAK CIUM TANGAN ABAH... HARI INI ZAM NAK CIUM TANGAN ABAH... ZAM TERINGIN SANGAT... IZINKAN ZAM, ABAH... ZAM BETUL2 MINTA MAAF ABAH"


 

Masa itu botak dah tak kisah orang di keliling dan botak tak kisah menangis depan orang...

Abah mengangkat badannya sedikit 


 

"ABAH DAH LAMA MAAFKAN ZAM... SEJAK KAU MERANTAU LAGI... KAU JANGAN BIMBANG, ABAH DAH HALALKAN SEMUANYA... KAU DAH TAK ADA HUTANG APA2 DENGAN ABAH" kata abah yg mukanya menghadap ke botak dan ada senyuman dibibirnya...

Botak terus menjawap

"ABAH TERIMA KASIH... ABAH" dan terus botak cium tangan abah.... Tangan yg selama ini berkerja mencari duit utk membesarkan botak... Tangan yg memimpin botak semasa kecil  yg baru nak belajar berjalan dan tangan yg memukul botak, MENGAJAR bila besar nanti jangan jadi KURANG AJAR.  Botak mencium tangan abah dengan penuh rasa kesyukuran kerana diberi PELUANG. Airmata botak penuh di tangan abah... Botak biarkan airmata itu agar abah dapat rasakan yg anaknya ini telah BERUBAH. Akhirnya abah pegang bahu botak sambil berkata sekali lagi 

ABAH MAAFKAN KAU ZAM... ZAM SELAMAT HARI RAYA " Botak masih tunduk mencium tangan abah... Ingatkan botak dan abah yg menangis, rupanya pesakit2 di katil berhampiran turut emosi melihat apa yg berlaku diantara ABAH DAN ANAK.


 

Selang berapa bulan... Dalam bulan FEBRUARI... Abah telah pergi buat selama2nya. Perginya abah pada waktu subuh.


 

"YA ALLAH KAU AMPUNKAN DOSA2 ABAH KU DAN KAU TEMPATKAN DIA DI TEMPAT ORANG2 YG BERIMAN


 

"ABAH TERIMA KASIH MAAFKAN ANAK MU INI YG BANYAK MELAKUKAN KESILAPAN "

 

 


AL-FATIHAH UTK ABAH

 

 

 

"DS PASTI TUNAI"

 

 

Kepala otak-BOTAK 

Ditulis-DIN TWIN

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Ramadan

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Sedihnya. Tapi ini mmg jujur sgt. Alhamdulillah, sempat jaga ayah

  • (Penulis)
    2) Tksh pd TUHAN kerana memberi botak peluang...

Cerpen-cerpen lain nukilan botak_9444

Read all stories by botak_9444