Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Tulisan Buat Kamu..

 

 

Aku mahu menulis buat kamu. Kerna ada perkara penting buat kamu tuliskan di dalam ingatan kamu. Iya..memang untuk kamu. Bukan orang lain. Percayalah.

Ketahuilah lelaki, jika sekali kamu menolak seorang gadis,kemudian, gadis itu tersenyum. Terus, menyatakan dia baik-baik sahaja lantas berlalu..Ketahuilah, saat itu dia tidak lagi punya hati. Hatinya sudah berkeping-keping lantas ghaib ditiup angin lalu. Dadanya kini kosong, tiada apa yang tinggal padanya untuk terus hidup melainkan iman yang menyisakan sabar. Saat kamu melihat dia tersenyum, ketahuilah saat itu dia mahu berlari keluar ke hujung dunia, sehingga tiada satu manusia pun yang hidup di daerah ciptaannya. Ya. Malu itu yang membenarkan jiwa seorang hawa hidup sampai saat ini. Lalu jika dia meminjam malunya demi cintanya, ketahuilah, sebenarnya dia telah mempertaruhkan nyawanya demi cinta. Lalu, fikirkanlah jika mutiara malu itu sudah diserahkan padamu, apa lagi yang tinggal untuk hidupnya?

Yang tersenyum malah tertawa itu, kini bisu tanpa irama. Semuanya palsu menutup jasad tanpa jiwa. Ketahuilah bila hatinya yang dahulunya elok berdegup, lalu dalam bingung diserah pada kamu, lantas kini dia tidak lagi punya hati untuk diberi pada sesiapa. Seluruhnya hilang bersama penolakanmu. Lalu sekacak mana putera di hadapkan ke matanya, tetaplah dia membisu tanpa lagu. Bagaimana mungkin irama cinta boleh didendangkan jika satu-satunya yang boleh berbicara cinta itu tidak dipunyai lagi. Itulah hati.

Ketahuilah saat kamu menolak cinta sang perempuan, jangan sekali-kali kau cuba-cuba menegurnya LAGI tanpa tujuan. Hati yang baru belajar-belajar tumbuh itu, akan tertiris pedih walau tak nampak darah yang meringis. Tahukah kau, sakitnya membenci sekaligus mencinta itu?

Biarkan. Usah kau menegur dengan niat sekadar hanya berkawan lalu memujuk hatinya yang kau sangka sedang rawan. Jangan. Itu aku ingatkan. Biarlah dia sendirian. Dia tidak mahu bermusuh dengan mu. Tidak juga berkawan. Yang dia mahu adalah berjauhan. Mahu diam. Dan berusaha melupakan. Dia yang sehari-hari berdoa. Setiap malam menggantung harapan akan satu kenyataan dari TABIB CINTA yang memberi hikmat. ‘Hanya masa menjadi pengubat yang mujarab’. Dalam meniti hidupnya dia berusaha supaya percaya, ‘masa adalah ubat yang paling berkuasa’. Lalu usahlah kau muncul tika dia sedang merawat jiwanya.

Saat kau menolak hasrat seorang perempuan, tinggalkanlah ia. Jauhkan dirimu sejauh mungkin. Kerana wajahmu yang paling ingin direnung itu juga sekaligus menggarit hatinya. Dia tidak berjaya menghidupkan daerah tanpa manusia yang ingin sekali dihuninya itu. Lalu apa yang mampu baginya adalah berjalan di laluan tanpa bayanganmu. Walau kuasa fantasi lebih besar dari realiti jika terkadang wajahmu berani-berani muncul dalam mimpi. Malam-malamnya disuntik derita jika wajahmu muncul dalam lena. Lalu, terkadang dia terasa ingin terus berjaga agar kau terusan tidak mengganggunya.

Dia yang berusaha setiap hari membesarkan jiwanya. ‘Cintamu bukanlah apa-apa padanya’. Begitu mentera yang diulang sehari-hari. Dia yang selalu berbisik pada mentari, semoga sinarnya tiap pagi menunaskan jiwanya kembali . Dia yang setiap malam bersendiri berbisik di atas sejadah.

Dahulu di awal-awal hari kau menolaknya, namamu meniti doanya. Berdoa semoga kau baik-baik saja, sejahtera walau di mana kau melangkah. Sepurnama kemudian, bila sakit perit itu semakin menghimpit dia seperti terjaga dari selimutan. Lalu berjejerlah air matanya. Memohon taubat dariNya. Khilafnya diri mengagungkan cinta makhluk dari Khaliq. Lalu menyelar diri, inilah balasannya terlanjur melebihkan makhluk dari Penciptanya. ‘Tuhan, berikanlah lagi aku hati. Jika tidak, apa lagi yang dapat kuhadapkan padaMu, bagaimana aku dapat membuktikan cinta padaMu?’

Jika kau lihat dia, ketahuilah, hanya jasad yang berlari, menanti satu masa dia dipanggil Ilahi lalu disembahkan cinta di hadapanNya. Itu. Hanya itu yang dinantikannya. Cinta yang hakiki,untuk Dia Yang Maha Abadi.

Oh, ya. Kamu memang tidak salah apa pun. Bukan salah kamu dia menjadi begitu. Katakan saja cinta itu tak punya sebab mengapa kamu dipilihnya. Juga, tidak dinafikan, hak kamu untuk menolaknya. Tapi mohon, bukan kamu penyebab deritanya bertambah.

Ya. Mungkin kau tertanya. Aku pula siapa? Siapa aku di tengah-tengah kamu dan dia?

Siapa aku pada dia? Aku? Aku adalah kembar deritanya. Aku ada di setiap titis air matanya. Aku mendengar setiap patah rintihannya. Aku yang tidak sanggup lagi melihat sekeping hati didera. Aku BUKAN dia. Namun, dalam aku ada dia.

 Yang menulis,

Aku.

p/s: Sekali lagi aku ingatkan. Tinggalkan dia. Walau apa cara sekalipun. Melalui maya atau bersahaja. Atau apa sahaja cara. Berhentilah menghubunginya. Berhentilah, sehingga kamu berniat mahu menerimanya.  Aku serius. Percayalah.

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) KAMU..KAMU..KAMU..MENARIK

  • (Penulis)
    2) Ya. mungkin menarik. tapi kenapa caps lock botak? okey i take it as BIG compliment.
  • 3) best...
  • 4) jangan sekali memberi cinta pada wanita melainkan jika kamu berniat ingin menikahinya...ya tak keroppi??..

  • (Penulis)
    5) nonoe: thanks..
    ciksal : absolutely correct!
  • 6) Selalu sgt 'kita kawan ye lepas ni kawan?' selalu sgt dengar. Tapi sakitnya siapa yang tanggung?

Cerpen-cerpen lain nukilan keroppi

Read all stories by keroppi