Semalam hujan lebat

 

Malam semalam, hujan lebat sangat ,macam drama laki bini yang dah tak sehaluan bergaduh baling pinggan.

Petir guruh berdentum dentam macam bunyi bom dalam filem ‘Selamatkan Prebet Ryan’. Ribut yang dahsyat itu menyebabkan satu kampong kami ‘blackout’ selama 6 jam bermula daripada pukul 9 malam. Kejadian blackout yang tak semena-mena itu menyebabkan Majigol, jiran sebelah kiri rumah saya mengamuk dan marah. Mana tidaknya, beberapa ketika sebelum itu, siri Adam dan Hawa sedang bersiaran di kaca TV.  Lain pula halnya dengan si Dollah@Dolly, jiran belakang rumah saya. Katanya,

“Mujur semalam blackout!”

Saya tanya dia,

“apasal pulak mujur?”

“yelah..mujur blackout, aku tak payah nak tengok muka garang bini aku tu..he he”

Dolly ketawa macam Hyena bertompok sewaktu mengutarakan kegembiraannya itu.


Apa yang hendak saya ceritakan sebenarnya ialah, sewaktu blackout semalam, tepat jam 11.33 malam, pintu rumah saya diketuk dengan kuat sehingga berbunyi,

“dum! Dum! Dum!”

Saya yang baru saja selesai qada’ hajat kecil terhuyung-hayang berlari dengan lilin di tangan kiri membuka pintu. Angin kuat menerobos masuk ke ruang tamu rumah apabila pintu terbuka. Pada waktu itu, petir meyambar sebatang pohon kelapa tua yang berdiri longlai di laman rumah saya.

“pedepung!!!”

Serentak dengan kilatan petir itu, saya lihat satu sosok lembaga manusia sedang berdiri di muka pintu rumah saya. Lilin ditangan saya terpadam ditiup angin.

“Bidan Lijah! Cepat! Isteri saya dah nak bersalin!!”

Rupa-rupanya pak Effenti yang datang. Sepantas kilat yang baru saja menyembamkan pohon kelapa tua di depan rumah, saya bersiap (tak sempat calit gincu!). Motor pak Effenti yang saya tunggang memang tak berbumbung. Basah kuyup kami berdua meredah hujan lebat menuju ke rumahnya.  Sesampai di rumah pak Effenti, saya bergegas menuju ke bilik dimana isteri beliau sedang nazak. Saya terus meminta segala keperluan disediakan. Isteri pak Effenti, si Munah becok, sedang terbaring menjerit-jerit kesakitan. Pak Effenti yang sedang kalut tiba-tiba datang duduk di sebelah saya.

“sabar ya Munah!! Sikit je lagi anak kamu nak keluar dah ni!!”

Saya cuba bersikap professional. Ribut diluar rumah semakin menggila. Ruang bilik tempat kami bertiga sedang bergelut hanya diterangi oleh sebiji pelita gasoline.

“Alhamdulillah!! Anak lelaki Munah!!”

 

Selesai menyambut bayi pak Effenti. Saya minta dihantar pulang. Pak Effenti dan Munah meminta saya untuk tunggu sehingga hujan reda. Saya akur. Sejam berlalu, hujan tak berhenti-henti juga. Saya yang berasa letih, terlelap sekejap di ruang tamu rumah pak Effenti. Dalam terlelap itu, saya bermimpi. Saya bermimpi bertukar profesyen. Saya mendapat kerja didalam bidang penerbangan. Saya menjadi seorang peramugari. Maklum sajalah saya masih muda, baru saja menginjak 27 tahun. Berwajah kacukan Melayu- Ukraine pula. Wah! Saya terbang di awan didalam Airbus 380 yang besar dan hebat! Saya berjalan di ruang diantara kerusi penumpang dengan lenggang lenggok dan menghidangkan makan malam kepada seorang penumpang yang kacak. Tiba-tiba saya terpandang yang lelaki kacak itu ada name-tag di bajunya. Name tag itu berbunyi PAK EFFENTI!!!

Saya terjaga daripada mimpi saya akibat dentuman guruh yang kuat. Nama saya dipanggil!

“Lijah!! Lijah!!”

Munah memanggil saya. Saya masuk ke biliknya dan saya terkejut! Pak Effenti sedang terbaring di lantai. Kaku!

“Lijah!! Lijah! Tolong!! Pak Effenti pengsan!’

Saya pun dengan segera menampar pipi pak Effenti dengan kuat! Dia tak juga bangun. Saya menjerit di telinganya,

“pak Effenti!!! Bangun!!!! Masterchef dah nak start!!!”

Syukur, pak Effenti terjaga dan mengurut-ngurut dadanya. Dia berkata,

“aku masuk bilik ni tadi, aku tergelincir dan terus pengsan!”


Selepas dua jam, elektrik kembali ada, hujan pun sudah semakin reda, pak Effenti pun menghantar saya balik ke rumah. Sesampai di rumah, saya terus menghidupkan semula sistem elektrik rumah, memasang TV dan duduk bersandar di sofa. Jam sudah menunjukkan waktu 4 pagi. Saya terlelap semula. Rancangan “Mari mengumpat” di TV menonton saya yang sedang berdengkur. Saya kembali menyambung mimpi menjadi peramugari sehingga jam 10 pagi. Maklum sajalah, penerbangan dari KLIA ke Dubai memakan masa yang panjang.

 

Tuan, sebab itulah, saya terponteng kelas hari ini.

 

Yang benar,

 

Lijah binti Edward Dimitri Abdullah

Bidan Sandaran Tak Terlatih

Kampung Lenguh Sebadan

 

*(Bidan Lijah masih menyambung pelajaran di IPT , peringkat sarjana muda bidang Penulisan skrip dan pengarahan filem)

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) dah lama tak masuk kapa, serius rindu giler kat sini.
    dan citer ni buat bot rindu karya kurusawa
    style masih sama kan, mesti ada 'overr sangat' kat situ.hehee
  • 2) lamanya tak baca cerpen kurusawa. rindu... best macam biasa!
  • 3) iye aa...bace kome pnye trus ingat kurusawa..tp ada gaya aaa...kretippp juge sdari menulis..satulagi ade macam sambadi laa...kalo x silap johari nama ehh...lama x masuk sini....byk bole layan...errr...hambe pembace je...bkn reti menulis...kohkohkoh.....
  • 4) laa mmg btl kurusawa aa.....hohohhh...cabottt
  • 5) best....
  • 6) ya la lijah, kalau bukan sebab kau, mungkin bini aku bersalin sendiri, aku bidannya.

    - pensyarah -
  • 7) Lima kali dah akubaca. Mau rasa nak carik-carik rambut
  • 8) hahaahahahahaa.. suka!!!!!
  • 9) tak guna punya pak effenti. peminat masterchef rupanya! cis. sama pulak.

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa